BAB 4

Romance Series 1340

Pejam celik pejam celik. Dah 4 bulan duduk dekat Matrikulasi. Taufiq berkawan tanpa rancang. Namun diam tetap menjadi pilihan. Dalam tempoh 4 bulan itu jugalah dia menyandang jawatan sebagai Ketua Praktikum.

Nak kata berat , tidaklah berat mana. Kerna maklumat semua dihujung jari. Apa yang diberi dalam telegram,perlulah dihantar kepada pelajar praktikumnya.

Namun tak seringkas itu kehidupannya. Praktikumnya terdiri daripada beberapa pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Tiap kali pelajar itu tidak hadir ,pasti Taufiq yang perlu hadirkan diri ke pejabat hal ehwal pelajar bagi melaporkan kes tersebut. Bukan itu sahaja , Taufiq juga perlu mendengar setiap luahan dan leteran para pensyarah memandangkan majoriti pensyarahnya adalah perempuan.

Tugasannya bertambah mencabar apabila tiap pagi dan selepas rehat , Taufiq perlu menjemput pelajar tersebut dibiliknya. Ya. Pelajar lelaki. Mana mungkin Taufiq menjemput pelajar perempuan.

"Taufiq. Jom makan. Aku lapar ," anggukan diberi sebagai persetujuan Taufiq untuk mengikut Kamal ke cafe.

"Aku dengar minggu depan ada pertandingan chess. Kau joinkah?" tanya Kamal.

Walaupun Taufiq pendiam, dia tak pernah lokek menjawab setiap persoalan yang diajukan oleh Kamal. Maka Kamal menjadi selesa berkawan dengan Taufiq walau terkadang Taufiq tidak melayan Kamal sepenuhnya.

Sifat Taufiq yang lebih suka menyendiri menimbulkan rasa tidak puas hati Kamal. Maka Kamal gemar mengganggu Taufiq tika Taufiq bersendirian. Disebabkan sifat Kamal yang suka menempel dengan Taufiq. Mereka digelar sebagai belangkas.

"Pergi.Aku dah daftar dah," air mineral yang dibeli tadi diteguk beberapa kali bagi membasahkan tekak yang makin kering.

"Ouhh..Daftar tak beritahu aku. Sampai hati kau," tiba tiba Kamal memuncungkan bibirnya. Taufiq memandang tajam.

'macam perempuan' getus hati Taufiq dalam diam. Kemudian menggelengkan kepala.

"Kalau aku ajak kau pun. Bukan kau nak libatkan diri," sindir Taufiq. Air mineral tadi diteguk lagi.

"Alah. Kalau aku tak libatkan diri. Sekurang-kurangnya aku boleh tolong libatkan diri aku dalam sokong kau. Aku kan penyokong sejati kau," tersenyum sumbing Taufiq apabila mendengar ayat Kamal.

"Aku beritahu awal atau lambat. Sama saja. Tak ada apa yang beza," Taufiq menghabiskan air mineralnya kemudian direnyukkan botol plastik itu. Pantas tangannya mencampak botol tadi ke dalam tong kitar semua.

'masuk'

"Goall," jerit Kamal kegirangan

"Kau kenapa!" berkerut wajah Taufiq tersentak dengan jeritan Kamal

"Kau berjaya masukkan botol tu..Aku teruja.Jadi aku jeritlah 'goal'. Tu pun nak marah," Kamal memuncungkan lagi bibirnya.

Nak kata lembut.Tidaklah.Tapi terkadang muncul juga perangai macam perempuan. Merajuk tiba-tiba. Taufiq pun tak tau makhluk apa yang merasuk keaslian jantina Kamal.

Bila difikirkan balik. Adik beradik Kamal semuanya perempuan. Mungkin itu merupakan salah satu faktor dirinya menjadi ala ala perempuan tak sejati.

Taufiq menggeleng tersenyum.

"Aku tak buat lawaklah," tiba tiba Kamal mencelah. Pelik Taufiq memandang Kamal.

"Bila masa aku kata kau buat lawak?" tanya Taufiq kehairanan.

"Kau gelak tadi,"

Taufiq menepuk dahi. Makin dilayan,makin menjadi-jadi perangai mengada Kamal ni. Nasib baik Aiman tak macam tu.

Aiman

Rindu pula dengan Aiman. Adik kesayangan yang sangat nakal. Tanpa kenakalan tu, pasti Taufiq sunyi.

"Dah jom . Kejap lagi ada kelas kat BS36," pantas jemari Taufiq menarik beg galasnya lalu mengambil langkah meninggalkan cafe. Kelam kabut Kamal mengikut jejak langkah Taufiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience