BAB 10

Romance Completed 12053

"Mar!! Mar!!" jerit suara itu nyaring mengejutkan Marcella. Marcella pantas menegakkan tubuhnya. Lehernya diraba. Tak sakit pun. Masih seperti biasa.

"Kau ni dah kenapa? Dahla terjerit jerit masa tidur. Kemudian terkejut sebelum pegang leher" tanya suara itu lagi. Marcella kenal suara itu. Lantas dia menoleh. Terjatuh dia dari bangku melihat wajah Flo kehairanan. Marcella ketakutan.

"Kau..Kau belum mati lagi ke?" gagap Marcella bertanya. Mkin pelik Flo dibuatnya.

"Kenapa pula aku mati?" tanya Flo. Apanya sakit Marcella sampai cakap benda bukan bukan ni.

"Bukan kau dah..dah..darah.." Marcella terketar ketar. Ketakutan.

"Hah? Darah apa" tanya Flo lagi. Marcella tak mampu nak cerita. Marcella pandang sekeliling. Ini biliknya. Bukan tadi dia tidur kat bilik tetamu ke?

"Matteus mana?" tanya Marcella. Flo hairan melihat Marcella yang berubah ubah macam itu.

"Kau kan suruh dia balik lepas sembuh. Dia dah baliklah. Semalam." jelas Flo. Marcella ternganga. Itu benar atau sekadar mimpi sahaja ke?

"Apa apa jelah. Kau dahla tidur atas kerusi. Macam tak ada katil je. Bangun cepat! Pergi sekolah" arah Flo tegas. Marcella menurut. Flo melangkah ke luar. Marcella meraup wajah. Mungkin hanya mimpinya. Tapi kenapa Matteus dikaitkan dengan vampire?

Flo di luar mengeluh. Dia langsung tak dapat baca fikiran Marcella. Dia risau apabila Marcella ketakutan melihatnya dan menyebut darah. Begitu juga mencari Matteus. Kenapa?

****
Marcella duduk diam dari tadi buat Sha pelik. Selalunya, awal pagi begini, Marcella layan mimpi indah. Terlentok atas meja. Hari ni hari bersejarah. Marcella asyik tenung muka pintu je. Sha tak berani tegur. Aura tak nak dikacau pun Sha boleh rasa. Biarlah walaupun rasa ingin tahu membuak.

Marcella sebenarnya tunggu kedatangan Matteus. Dia nak tahu. Selepas 10 minit, Matteus tersenyum manis muncul. Ada rakan sekelas yang jenis gatal balas senyuman Matteus. Marcella perhatikan sahaja sampai Matteus duduk di sebelahnya.

"Hey! Morning" sapa Matteus gembira. Begitu teruja melihat Marcella pagi ni. Tapi kenapa wajah Marcella serius. Malah tak larikan pandangan seperti selalu.

"Mar? Okay ke?" tanya Matteus. Marcella tersentak.

"Okay!" jawab Marcella terus. Matteus lega.

"Terima kasih ya tolong aku hari tu. Kalau tak, dah lama aku mati" ucap Matteus ikhlas. Dia tersenyum. Marcella perhatikan gigi Matteus. Tak ada taring pun.

"Kau boleh mati ke?" pertanyaan itu buat Matteus terkejut.

"Ka..Kau cakap apa ni?" tanya Matteus. Marcella tenung Matteus sebelum dia mengeleng.

"Tak ada apa apa" ujar Marcella sebelum bangun. Dia ponteng lagi. Sha tengok terus ikut jejak Marcella. Matteus kehairan. Soalan Marcella pelik.

"Hey boy! Tak bagitau pun kau dah rapat dengan Mar" ujar suara dari belakang diiringi dengan tepukan di bahunya. Matteus menoleh. Aidi dan Atin tersenyum penuh makna kepadanya. Matteus baca fikiran mereka. Tak percaya dia berbual dengan Marcella.

"Bukannya apa pun" balas Matteus kecewa. Atin dan Aidi terus mengusiknya tanpa tahu apa yang dia fikirkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience