Rate

..

Horror & Thriller Series 3448

Bismillah,

Pada pagi tersebut, aku(timah),alin,teah dan wawa bersama lagi 3 orang senior(lelaki) berkumpul di perkarangan sekolah utk bertolak ke rumah cg Azwani.

Tujuan kami ke sana ialah untuk menjadi babysitter anak cikgu oleh kerana cg sibuk menjalankan latihan petrosains bersama 3 senior aku. Kami bermalam di sana selama 3hari 2 malam.

Untuk sampai ke rumah cikgu kami perlu melalui ladang pokok getah yg sunyi...
TADAAA!!
dh sampai.. Rupanya cikgu menghuni di sebuah kuarters yg tidak jauh dari pejabat suaminya...

Setibanya disana, kami diperkenalkan dengan dua anaknya yg sangat comel iaitu rayyan(4th) and raisha(2th+) rasanya betul kot anggaran umur tu sebab aku pun dh lupa.. (sebab cerita 3tahun yg lepas)

Raisha, perangainya bagus tak banyak meragam tetapi tak suka didukung dan suka memanjat tangga sbb rumah cikgu aku ni 2 tingkat.
Rayyan ni pulak hyperactive sampai dh dua kali kepalanya berjahit sebab jatuh main.
Ada petang tuu dia main toy kereta Hot Wheels..... kan benda tu mcm besi dan ofc la berat and dia boleh pulak main perang dengan kami berempat..
banyak kali jugak aku sempat mengelak kalau tidak hmm berjahit pulak kepala aku...

Malam pertama :

Okay diringkaskan cerita..
Malam tu aku demam + sakit kepala teruk .. eh time ni la hang nak demam oi.. Lepastu cikgu paksa aku habiskan 1botol air dan makan ubat kalau tak kebah jugak dia akan hantaq aku balik pagi esok. oh noooo :(

Jadi malam itu aku tidur awal. Setelah lama berehat dalam pukul 1pagi ke atas aku terjaga.... Cial!
Depa tak tutup lampu patutlah aku mimpi cerah semacam ja... Tapi alhamdulillah demam aku beransur pulih. Namun... perut aku berkeroncong kuat dek lapar kerana menjamah sedikit makanan ketika dinner.

Namun,
Aku termenung sejenak memerhati rakan - rakan ku yg sedang enak di buai mimpi lalu aku teringat pesanan cikgu yang mengatakan jika ada siapa- siapa berasa lapar di malam hari maka carilah makanan di dalam kabinet dapur dan buatlah seperti dapur sendiri...hihi

Lalu,
aku mengatur langkah menuruni tangga dan bila ku lalui ruang tamu .. Ku lihat senior² aku belum tidur kerana mengambil kesempatan bermain xbox kepunyaan suami cikgu aku! Lalu aku memperdulikannya dengan terus mengorak langkah ke dapur.

Cis!
Banyak juga stok maggi dalam kabinet cikgu.. dulu dia bukan main berkempen tak bagi pelajar makan maggi! Tapi tak apa..dapat jugak aku hilangkan rasa lapar ini..
Sesudahnya aku masak, takkan aku nak makan seorang di sini lalu ku bawak semangkuk maggi itu sehingga ke kamar tidur.. hihii

Sepanjang menjamah maggi,
entah kenapa timbul kurang enak bukan sebab maggi ni tak sedap tapi sejenis perasaan yg kurang menyelesakan atau org kita bilang GELISAH...

Namun...
licin jugak maggi itu dan aku kembali termenung kerana memikirkan nak tinggalkan mangkuk ni atau bawak turun...

Kerana...
perasaan seram mula menghantui aku oleh kerana waktu itu aku sedar banyak tempat yg harus aku tempuhi seperti bilik tetamu yg sepatutnya kami tidur disitu tetapi kami memilih untuk tidur dibilik mainan anak cikgu kerana lebih nyaman, ada penghawa dingin. then melalui bilik office cikgu, then ruang tamu kecil yg langsirnya tidak ditutup dan menampakkan balkoni di luar...

Ahhh!
Sebelum aku nak masak maggi tadi tidak pula perasaan ini datang! Lalu aku terpikir, ini rumah orang takkan aku nak tinggai ja mangkuk ni nanti bisa dilabel biadab!

Lalu ... aku pun mengatur langkah lagi menuju ke dapur... Sumpah! waktu itu memang rasa seram semacam.. Seusai basuh mangkuk, aku terus menuju ke kamar tidur...

Dalam hati aku bermonolog seorang diri agar tidak memandang ke merata tempat.... Agar tidak melihat sesuatu yg semua orang tidak inginkan... Namun semasa melalui bilik tetamu yg betul² berhadapan dengan bilik mainan ..
AKU GAGAL!!

Oleh kerana bilik tetamu pintunya sentiasa terbuka.. Dengan tidak sengajanya aku memandang ke dalam bilik tu dan terlihat ada seorang perempuan yg berambut panjang sedang duduk membongkok di hujung katil! yaa aku tidak mungkin tersilap kerana walaupun suasana dalam bilik itu gelap namun waktu itu aku belum mengalami rabun dan aku pasti dengan apa yg mata aku lihat.

ye kebanyakkan yg aku alami mesti berkaitan dgn makhluk perempuan berambut panjang.. nak buat mcmna yg tu ja berkenan nk tunjuk.

Kembali ke cerita...

Sejurus ja aku nampak... aku terus memulas tombol bilik dan masuk cepat cepat sbb takut benda alah tu ikut(terpengaruh dgn movie) :(
Selepas itu aku terus pergi ke tempat tidur aku yg bersebelahan dgn teah... Aku terus bermain telefon utk menghilangkan rasa takut..

Tidak lama selepas itu,
makhluk cial tuuu main pintu bilik pulak :D Pernah tengok dalam movie tang part pintu di kuak berkali kali ?? hah gitu la aku rasa malam tu.
*Tingkap tak buka ye siap bertutup dengan langsir so tak logik angin tolak*

So malam tu aku dikerubungi dgn perasaan ketakutan.
Namun...
tiada apa yg bisa ku buat lalu aku pun tarik selimut dan tidur. Kalau dekat rumah time aku rasa seram mcmni wajib lari tidur bilik mak tapi mak aku takdak dekat situ so tidur jela sebelah teah tapi tak boleh terlalu rapat sebab dia mengaku ada kutu.. yihh!

Malam ke-2 :

Jadi malam itu, cikgu Azwani membawa 3org senior bersama Rayyan utk membeli makanan sbg dinner kami pada malam itu..
Tetapi dia meninggalkan Raisha bersama kami risau takut Raisha meragam..

BERMULA LAH SEDIKIT KEKACAUAN PADA MALAM ITU...

Jadi sepanjang ketiadaan cikgu, kami bermain main dgn Raisha dan aku mula perasan akan tabiat Raisha yg dia suka memanjat tangga sehingga ke tingkat atas dan yeah budak budak mana la reti turun so kami jugak kena bawak turun... Berkali kali jugak sampaikan kami kena duduk bersila di tangga dan menghalang Rai naik ke tangga.. tapi dia bijak bila kami rancak sembang dan mula main phone dia pasti memerhati ruang yg kosong utk mengambil peluang naik ke tangga. Kecil yang licik!
Tetapi sampai satu masa kami tidak lagi bersila di tangga kerana Rai sudah penat memanjat tangga..

Namun
itu hanya helahnya buat ke 100 juta kali~ dia supppp terus memanjat tangga... So waktu itu aku menawarkan diri utk mengambil Rai di tingkat atas namun semasa aku membontoti dia dr jauh, ada satu masa tu dia berhenti memanjat dan mendongakkan kepalanya ke atas seperti memandang seseorang lama jugak tapi takdak la sampai malam raya lama tu ya.
Kemudian
Rai berhenti mendongak dan tertawa lalu meneruskan memanjat tangga dengan sepantas kilat Rai sudah sampai di tingkat atas.. Lalu terus aku ambil Rai dan dukung dia utk dibawak turun dan mengelak melalui kawasan yg dia berhenti mendongak tadi..
Takut-takut makhluk jahat itu masih ADA.
(sekali lagi aku terpengaruh dgn movie)

Pengakuan.. sebenarnya aku dan wawa merasakan seolah ada sesuatu yg memanggil Rai untuk ke tingkat atas.. Kerana setiap kali aku dan wawa nak ambil Rai di atas Rai pasti terduduk dan seolah sedang bermain dengan seseorang...

Namun selepas aku bawak turun Rai perangai dia semacam mungkin sebab letih dan ngantuk...
Waktu itu jam berapa ntah aku kena makan ubat so silap aku masa aku makan ubat tu aku letak gelas aku di lantai... Budak budak apa lagi la aku tak sedaq dia main dgn gelas yg masih berbaki air sampai basah baju dia... So bila aku tarik gelas tu dia main lawan tarik gelas pulak dgn aku... Jadi acara itu menang dekat aku... Lepastu Rai dia main tarik kerusi lalu macamana tah dia jatuh then kepala dia terhantuk pada kerusi... KEDEBAMMMMMN!! bunyi dia..
So tunggu lagi? Menangis kuat budak tu dan dia mula meragam. Takut gila kami masatu... yala anak orang kot jatuh.. budak lagi pulak tuu... So alang baju dia dh basah aku dgn wawa tanggalkan baju kotor dia di bilik air bawah so lepas aku lap lap dia then wawa terus dukung Rai dan berlalu meninggalkan aku ...

Sebelum aku nk keluar bilik air tuuu..
aku basuh tangan dan aku merenung cermin bilik air yg dapat memantulkan tingkap dapur so masatu aku nampak.....satu kelibat berbaju putih sedang melintasi di luar dapur... yah melalui cermin tu...so aku pergi dekat tingkap dapur tu dan mendapati tingkap dapur tu terbuka..
seram plus risau kat Rai aku pun bergegas ke ruang tamu dan wawa si pakar membancuh susu bayi sedang menyediakan susu Rai menyuruh aku menunggu dia kerana Alin n Teah sudah berada di tingkat atas sedang menukar pakaian Rai.

Jadi sewaktu aku dan wawa sedang menaiki anak tangga..
*aku lupa nama toy budak yg alat tu bila scan dekat buku nanti dia sebut APPLE,BALL n etc tapi syarat nak bagi toy tu bunyi kena scan dulu kan*
haaa masa kami naik tu tiba-tiba dengaq kat bawah tangga toy tu sebut something ... tapi tak dengaq jelas sebab kami memang sejenis yg pekak badak .. Tetapi kami sangat cam dengan suara toy tu sbb petang petang kami akan ajak Rayyan main benda ni.. Terkejut gila so kami turun sikit nak tengok natang jadah apa dekat bawah tu..
Allahuakbar!
kami nampak toy tu ada dekat bawah tangga dan kedudukan mcm ada orang main kt bawahh nuhh lagi menyeramkan buku takdak pun macamana toy tu buleh bunyi... Sebab kena ada buku baru natang tu bunyi!! YANG lagi seram masa bila benda tu buleh dok bawah tu sebab td elok ja dalam almari mainan dan takdak sapa yg main dan hampa pun sedia maklum Rai pun takdak masa aihh nk main benda alah tu yala dia kan atlet memanjat tangga.

SUPPPP!!!
Dengan sepantas cheetah, aku dan wawa mengorak seribu langkah ke bilik cg di mana adanya alin,teah n cinta hatiku, Rai...

Alhamdulillah setelah minum susu dan dibuai di dalam buaian ... Rai berhenti meragam dan mula di buai tidur...
btw bila makanan nak sampai. lama betoi depa beli... baru teringat yg hari itu cuti awam(cuti sebab jerebu).. so ramai orang jadi lama la makanan nk siap....

Berakhir sudah.

Bulan ini genap 10 bulan sudah cikgu Azwani berpindah jadi kami sudah tidak bertemu lagi dengan Rayyan Iman dan Raisha Iman. Rindu depa!

TERIMA KASIH! KERANA SUDI MELUANGKAN MASA BOSAN ANDA UTK MEMBACA KISAH INI.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience