Rate

Chapter 1

Short Story Series 307

Chapter 1

"PUTERA JACKSON! Tuan Putera!" panggil pengawal istana yang ditugaskan mengawal kamar putera. "Dah jumpa Tuan Putera? Tuanku Raja sudah murka. Macam mana korang buat kerja? Tidur ke? Eiii..... geram pulak aku dengan sikap putera yang semakin menjadi-jadi ni!" rungut pengawal peribadinya yang amat rapat dengan kerabat diraja itu kepada dua orang pengawal dihadapannya.

"Maaf Tuan Cray! Kami sedia menerima hukuman!" tegas dua pengawal itu.

"Aku takut sebelum aku dihukum tak menyempat pulak nak hukum korang..." sindir lelaki yang digelar Tuan Cray itu.

Di Halaman Belakang Istana...

Slushhhh!

Panah dilepaskan mengenai burung yang beterbangan di hadapannya. "Putera! Tuanku Raja Freedom mohon tuan putera segera menghadap. Utusan dari Universiti Harvard sudah tiba. Mohon ke Dewan Utama segera tuan putera," kata pengawal yang mengawal bahagian belakang istana.

"Bukankah beta telah memaklumkan kepada kamu bahawa beta tidak mahu diganggu?" kata Jackson sambil melepaskan panahnya pada burung-burung.

"Maaf tuan putera. Akan tetapi, baginda telah menitahkan daku supaya tuan putera segera menghadap." kata pengawal itu kembali.

Jackson berdecit tidak suka kerana aktivitinya tertangguh. Kakinya mula melangkah ke dewan utama istana itu sambil mulutnya mengomel perlahan.

"TUAN PUTERI... Patik mohon jaga kelakuan tuan puteri apabila tuan puteri berhadapan dengan pelajar Universiti Oxford walaupun mereka tidak mengetahui identiti sebenar tuan puteri. Tambahan pula, tuan puteri selalu menutup wajah tuan puteri dengan jubah berhud ini." kata pengawal peribadi Larrien kepadanya.

Walaupun bukanlah seorang utusan dari Universiti Harvard, mereka tetap risau akan puteri mereka kerana perangai yang tak munasabah puteri ini.Celah manalah yang diorang nampak puteri mereka ini sebagai seorang yang beku. Tak masuk akal langsung.

Kenapa? Sebab, perangai puteri ni kontra gila bila dalam istana. Apa? Ingat perangai dia dalam istana ni macam perempuan terakhir ke? Tak. Tak langsung. Sebab satu-satunya puteri mereka ni lah yang mampu membuatkan satu kerajaannya huru-hara.

Pernah sekali, Larrien ni pergi panjat tembok istana, tak ke gelabah semua pengawal tu bila sang raja nampak. Mengamuk sakan raja mereka tu sampaikan menteri-menteri pon tak tahu dah nak urus macam mana. Pening kepala mereka. Perangai Larrien ni happy-go-lucky sangat tau...

Dan ada juga masatu, Larrien ni pergi aktifkan bom nuklear dekat taman diraja. Hancur taman tu. Sampaikan dinding istana tu retak. Nasib baik yang tak mampu hancurkan istana kalau tak merempatlah dorang. Bila tanya kenapa, dijawabnya 'Beta bosan. Jadi beta ujilah bom tu...' tepuk dahi semua orang.

"Baik, Henry... Aku cuba..." kata Larrien.

"Beta, tuan puteri..." tegur Henry.

"Alah... acah je lebih kau ni. Tak payah nak berpatik bagai. Semak aku dengar. And, aku bukan budak kecik lagi so tak payah nak layan aku macam budak kecik..." kata Larrien sambil berlalu pergi ke dewan utama kerajaan itu.

"Urgh... memang lah bukan budak kecik tapi jaga kau lagi susah daripada jaga budak kecik. Tak matang!" hambur Henry geram.

"Whatever...."

"MENGUMUMKAN ketibaan Putera Mahkota Jackson!" maka, semua pelajar dari kedua-dua universiti menunduk hormat kepada sang putera.

'Ish! Dah berapa kali aku cakap, tak payah umumkan macam tu. Dah berbuih dah mulut aku ni... Lantak korang lah!' kata Jackson di dalam hati. Walaupun bergelar Putera Beku kerana perwatakannya yang jelas beku sedingin kutub utara, dia tetap digilai para wanita di luar sana. Rambut navy blue dengan mata berwarna biru air itu amat memukau dengan umurnya yang baru 23 tahun. Jaket hitam keemasan yang tersarung pada tubuhnya dibetulkan.

"Maaf ayahanda, anakanda terlambat..." ucap Jackson.

"Tidak mengapa... Teruskan..." jawab sang raja Freedom.

"Patik sekalian dari Universiti Harvard dan kami ke sini kerana ditawarkan untuk menghantar pelajar elit untuk menuntut ilmu di sini. Patik mohon, kedatangan kami tidak disia-siakan..." kata Louise, salah satu dari Harvard.

"Owh... beta ada dengar tentang perkara itu. Sudah tentu kami mengalu-alukan kedatangan kamu semua. Para pelajar Oxford akan menghantar kamu ke sana. Beta memohon diri..." kata Raja Freedom lalu melangkah keluar dari dewan.

I have no idea for what is written on this chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience