Rate

Bab satu

Romance Series 3112

Nama ku Shafika Najwa Ainur binti Dato' Shafik Idrus,aku mempunyai 2abang kandung dan 2orang abang angkat yang diambil dari parti asuhan di Indonesia, bapa ku seorang yang berkerjaya dan berjaya dalam bidang bisnes,ibu ku meninggal sewaktu melahirkan satu2 putri yang dikandungnya,ia itu aku. Aku tidak tahu tentang rupa paras mama dan bagaimana ketabahan dia dalam menjalani kondisi sewaktu mengandung kan ku.Tapi menurut salah satu dari abang angkat ku,mama seorang yang tabah ketika mengandung kan ku, seorang yang penyayang pada kedua abang angkat dan abang kandung ku, cuma Allah lebih menyayangi mama dan dia ambil mama pada saat mama melahirkan ku, sejak mama meninggal,papa tidak pernah memandang wajah ku kerana bagi papa,aku adalah penyebab papa kehilangan mama,papa minta nenek dan atok dari belah pihak mama untuk jaga aku sewaktu aku masih bayi,aku dibesarkan dalam kasih sayang nenek dan atok belah pihak mama, manakala nenek dan atok aku belah papa sudah tiada di dunia ini lagi.Aku tidak pernah mendapat kasih sayang dari papa walaupun aku satu2 putri papa, bagi papa,kewujupan ku satu kesilapan yang amat dikesali. Aku membesar sebagai seorang gadis yang agak pendiam memandangkan kehadiran ku tidak dialur2kan papa ku. Walaupun begitu, keempat saudara lelaki ku tidak mempunyai sebarang masalah dengan kehadiran ku memandang kan aku satu2 nya adik perempuan mereka, bila mereka bercuti kuliah, mereka selalu membawa aku bercuti bersama mereka,tapi papa tidak pernah ikut serta percutian itu, sampai aku penat mengharapkan agar papa bisa mengakui ku sebagai seorang anak papa.Pada saat aku kehilangan nenek dan atok yang membesarkan ku,itu lah kali pertama aku melihat sosok tubuh bergelar papa bagi ku,tapi waktu itu aku terlalu larut dalam kesedihan memandang nenek dan atok tempat aku menumpang kasih telah pergi tak kembali, seperti sosok mama yang pergi meninggalkan ku.. Papa cuma memandang ku sekilas lalu diwaktu dia menguruskan jenazah nenek dan atok ku, tanpa bersuara, dia mengundurkan diri dari hadapan ku,aku sekadar teresak pilu di dalam dakapan salah satu abang kandung ku, abang sulung ku bernama Shazryl Eskay, kedua Shazmin Eskay, mereka merupakan kembar seiras,tapi ada sedikit perbezaan di antara mereka, mereka ialah abang angkat ku. Abang kandung ku yang sedang mendakap erat tubuh ku bernama shayfik Aiman, yang keempat bernama syahfiee Iman. Perbezaan abang angkat ku ialah dari sifat nya, abang Shazryl Eskay bersifat agak dingin berbanding dengan kembar nya, abang Shazmin Eskay mempunyai sifat yang ceria,dan selalu membuat ku sebal pada dia bila kami meluangkan masa bersama..tapi aku sayang kesemua mereka, walaupun ada di antara mereka tidak mempunyai pertalian darah dengan ku, bila selesai semua urusan pengebumian jenazah nenek dan atok ku, papa mendekati diri ku dan untuk kali pertama papa bersuara pada ku.
Papa:Siap apa yang perlu dibawa,mulai hari ini, tinggal bersama kami.
Aku memandang wajah papa untuk memastikan aku tidak salah dengar papa bercakap dengan ku,aku melihat papa memandang wajah ku untuk kali kedua selepas memandang ku sekilas lalu tadi. Aku dapat melihat papa seakan akan bersungguh-sungguh dalam ajakan dia,aku memandang ke empat-empat saudara ku, mereka semua tersenyum mengiyakan yang aku tak salah dengar.
Aku terus berlalu masuk ke bilik ku, untuk mengemas beberapa barang ku,aku cuma perlu bawa sedikit pakaian dan barangan kuliah ku,aku tidak ada banyak barang memandang kan aku tidak suka menggunakan alat mekap, cuma yang ada hanya sebotol bedak baby Johnson dan beberapa batang lipstick. Itupun pemberian arwah nenek ku yang sedia kan untuk kegunaan ku,tapi kadang-kadang aku tak guna kan lipstick itu sebab aku tidak suka menggunakan nya. Sampai nenek selalu membebel pada ku yang tidak menggunakan sebarang alat mekap, melainkan bedak baby Johnson kegemaran ku. Tapi sekarang ni, semua tu tinggal kenangan untuk ku tabah mengharungi kehidupan yang lebih mencabar memandang nenek dan atok telah pergi untuk selama-lamanya.
Aku:Nek,Najwa rindu nenek dan atok, kenapa nenek dan atok tinggal kan Najwa pada saat Najwa masih perlu kan nenek dan atok?
Aku teresak esak menangis untuk kesekian kalinya, sesungguhnya aku merasa amat kehilangan di saat ini, tambahan lagi papa masih menjaga jarak dirinya dari mendekati diriku, seakan akan aku ini mempunyai penyakit yang berjangkit andai dia berada dekat ku. Aku terus mengemas barang-barang keperluan ku. Bila selesai kemas barang harian ku,aku melangkah keluar dari bilik,di muka pintu, abang Shazryl Eskay sudah menunggu untuk membawa barang ku. Dia bersuara.
Shazryl: Semua dah siap? Tak tertinggal apa apa lagi?
Aku: Semua dah siap dikemas, rasanya tak ada barang yang tertinggal lagi.
Dia terus mengambil beg baju ku, memang aku tak bawa banyak sebab aku ingin balik semula ke rumah arwah nenek dengan atok seandainya papa menhalauku dari rumah papa. Kami melangkah turun ke ruang tamu di tingkat bawah,bila di sana, kelihatan papa sedang berbual dengan beberapa orang penduduk kampung sekaligus jiran tetangga nenek dan atok. Aku cuma berdiri di belakang abang Shazryl Eskay sambil mencuri dengar apa yang diperkatakan oleh mereka. Rupa-rupanya jiran tetangga nenek dan atok tu tengah meminta papa menjaga aku dengan baik baik. Papa cuma mengatakan ayat insyaallah.
Jiran: Idrus,jaga lah Najwa baik baik,dah tiba masanya untuk dia merasakan kasih sayang dari kamu yang selama ini dia tidak dapat dari kamu. Cukup lah kamu menggagap kehadiran dia sebagai musibah. Dia tidak bersalah atas kematian arwah isteri kamu.
Papa: Insyaallah abang Kamal, Idrus akan jaga Najwa walaupun Idrus tak boleh terima dia dalam hidup Idrus,tapi Idrus akan cuba.
Kata papa sambil memandang ke arah aku dan abang Shazryl Eskay,aku menyembunyikan diri di belakang abang Shazryl Eskay kerana tidak mahu papa melihat airmata ku yang mengalir keluar bila terdengar kata-kata papa pada pak cik Kamal. Pak cik Kamal hanya mengeluh mendengar kata-kata papa. Pak cik Kamal menghampiri abang Shazryl Eskay sebab dia tahu aku berada di belakang abang Shazryl Eskay,pak cik Kamal bersuara dengan lembut.
Pakcik Kamal:Najwa,Najwa kena pandai bawa diri di rumah papa Najwa selepas ni,kalau Najwa rindu pada arwah nenek dan atok,Najwa balik lah kat sini. Najwa boleh tidur rumah pakcik dan makcik Milah,kami pun bukan orang lain dengan arwah, anggap lah kami sebahagian dari keluarga Najwa.
Aku cuma menggaguk kepala ku bila mendengar pesan pakcik Kamal, tiba-tiba mak Milah muncul dari dapur dan memeluk tubuh ku sambil menangis. mak cik Milah bersuara dalam suara serak.
Makcik Milah:Najwa selalu lah melawat makcik Milah kat sini ya,,Najwa dah macam anak makcik dah, bukan jiran makcik.
Aku: Insyaallah makcik, nanti Najwa datang melawat makcik dengan pakcik Kamal. Tapi Najwa kena minta salah seorang dari abang Najwa untuk hantar Najwa lah,Najwa mana reti bawa kereta.
Kataku pada makcik Milah,makcik Milah cuma tergelak melihat aku kenyit mata ku selepas berkata begitu,tiba tiba abang Shazryl Eskay bersuara.
Abang Shazryl Eskay:Mak Milah jangan risau, kalau Najwa nak mari melawat mak Milah dengan ayah Kamal kat sini, nanti Shaz yang akan hantar dia datang.
Kata abang Shazryl Eskay tu buat makcik Milah tersenyum lebar, tiba tiba papa bersuara.
Papa: Kalau tak ada apa-apa,kami dah nak bergerak balik ke KL dah, esok Idrus ada meeting dengan salah seorang rakan bisnes Idrus dari Turki.
Pakcik Kamal dan makcik Milah cuma menggaguk kepala bila terdengar kata-kata papa,kami melangkah keluar rumah dan aku mengunci pintu utama rumah peninggalan arwah nenek dan atok tu, selepas itu aku serahkan kunci perdua ke makcik Milah, kunci utama aku pegang.Aku terus masuk ke dalam kereta keluarga, kelihatan ketiga tiga abang ku sudah ada ditempat masing-masing,papa duduk di kerusi depan bersebelahan dengan kerusi pemandu, manakala abang Shazryl Eskay duduk di tempat memandu. Bila abang Shazryl Eskay tengok aku duduk dengan selesa dari cermin pandang belakang,dia terus bertanya.
Abang Shazryl Eskay: Semua nya dah selesa duduk tempat masing-masing?
kami menjawab serentak.
Kami:Dah selesa, boleh lah abang Shazryl memandu kereta.
Papa cuma tersenyum melihat aksi kami,tapi bila mata dia memandang aku,papa terus alihkan perhatian dia ke depan.Aku hanya tersenyum pahit melihat itu,sabar, jangan menangis.Tapi pandangan abang Shazryl Eskay menangkap pandangan sendu ku, dia cuma tersenyum bila pandangan kami bertembung melalui cermin pandang belakang. Aku hanya tersengih sambil mengangguk kepala menandakan aku tak apa apa.Abang Shazryl Eskay terus menjalankan enjin kereta,dan terus memandu, dalam perjalanan pulang balik ke KL, abang Shazmin Eskay berbual-bual dengan ku, memandang dia duduk di sebelah ku.
Abang Shazmin Eskay:Najwa dah nak masuk universiti kan,dah pilih ke nak masuk kursus apa?
Aku:Tak tau lagi, abang Shazmin ada cadangan tak?
Abang Shazmin Eskay: Kalau abang, abang Shazmin akan minta Najwa masuk kursus kedoktoran,nanti boleh lah abang Shazmin tengok tengok kan Najwa, kalau ada yang nak mengorat Najwa, abang Shazmin belasah dia babak belu.
Abang Syahfiee: Jangan dik, jangan ambil kursus kedoktoran. Nanti abang Shazmin selalu minta adik tolong dia.
Abang Shazmin Eskay:Alah sibuk je lah Pak alang ni.
Aku ketawa besar bila terdengar panggilan baru pada abang Shayfiee ku tu, papa cuma menggeleng kan kepala bila dia melihat kami berbincang kursus apa yang aku akan ambil bila masuk universiti nanti. Mereka berdua bergaduh untuk menentukan aku ambil kursus apa. Aku hanya tersenyum je,aku rasa mata ku mengantuk sangat,aku terus tertidur tanpa sedar. Bila sampai rumah di KL, abang shayfik Aiman terus kejutkan ku dari terus dibuai lena.
Abang shayfik Aiman: Najwa bangun,kita dah sampai rumah dah ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience