Bab 11

Romance Series 2513

"Hahaha.Lawaklah wei.Ada ke patut kau jatuh depan mamat tu.Tulah kau kalut sangat...."Kata Aina sambil ketawa.

"Dahlah wei kau ketawa tu.sakit hati
aku dengar kau ketawa tau.Tak baik buat sakit hati kawan.Baik aku tidur dari layan kau ni."nadanya sikit merajuk.

Haris Izuan termenung buat keberapa kalinya dia pun tak tahu.Tapi yang pasti dia tengah memikirkan perempuan yang dia baru beri khidmat petang tadi.Kadang kadang dia tersenyum sendirian memikirkan hal itu.Minah kalut tulah gelaran yang patut diberi.

"Woi,kau ni betul tak aku tengok dari tadi termenung senyum termenung senyum.Kau fikir fasal siapa wei."kawan biliknya mula menegur.

"Hah,apa tak betulnya aku pegang buku kan.Ni,tengah baca.Takde apa apelah."sangkal Haris sambil memejam mata berpura mahu tidur.

'Lantaklah kau kawan asal kau bahagia.'

"Athirah,jom makan dulu kat kafe.Aku laparlah malam tadi kita tak makan kan."

"Jomlah aku pun lapar gak."Katanya lalu menarik tangan kawannya ke meja kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience