Nia membaca mesej di telefonnya. Lagi 10 minit aku sampai! Be prepared! Hmmm…apa-apa jelah mamat kerek! Lelaki yang suka menyusahkan aku dalam dunia! Aku tak fahamlah dalam banyak-banyak lelaki kenapa aku kena jumpa dia yang selalu menyakitkan hati? Tapi, aku takkan suka pada lelaki selepas apa yang jadi dekat aku! Selepas hati aku dipermainkan! Aku benci jenis typical lelaki! Lelaki dengan mudahnya mainkan hati perempuan! Rayyan…ya nama yang cukup terkenal di zaman sekolah menengah dulu. Dialah orang pertama yang aku kapel. Tapi aku bukannya sejenis yang serius sangat tapi lihat kesungguhannya melayan aku membuatkan aku rasa suka kepadanya bertambah ...