Bab 2 - "Pintu Yang Hampir Tak Kubuka"

Romance Series 134

Aku baru saja lepas putus dengan seseorang. Bukan sebab aku dah tak sayang, tapi sebab dia terlalu mengongkong. Hidup aku rasa macam bukan milik aku sendiri. Semua benda dia nak atur, semua benda dia nak kontrol. Perasaan itu yang buat aku rasa terperangkap. Tak ada kebebasan.

Lepas perpisahan tu, aku nekad — pintu hati aku, aku kunci rapat-rapat. Tak nak dah serah perasaan pada sesiapa. Luka kali ni buat aku serik. Aku rasa kalau aku terus buka hati, aku akan dapat sakit yang sama lagi. Jadi, lebih baik aku tutup saja.

PUBG jadi tempat aku lepaskan sunyi. Game tu macam ruang selamat aku. Dunia maya yang buat aku lupa sekejap dunia nyata yang menyakitkan. Aku habiskan masa malam-malam, main sendirian, hilangkan rasa kosong. Satu bulan selepas perpisahan tu, aku on PUBG macam biasa, pukul 1 pagi. Tapi pelik, semua kawan aku tak online. Sunyi. Bosan.

Jadi, aku masuk Cheer Park. Saja nak cari orang sembang, hilangkan sepi. Aku tak fikir apa-apa masa tu, cuma nak lupakan rasa kosong dalam hati.

Masa tu, aku jumpa dia. Seorang stranger dengan gambar Shinchan. Aku tegur, ajak sembang. Mula-mula dia diam. Mungkin dia tak nak bercakap, tapi tak lama lepas tu, dia buka mic. Suara dia… buat aku rasa tenang. Entah kenapa, aku rasa selesa dengan dia. Tapi aku tak berani letak harapan. Takut sejarah berulang. Takut luka lama berdarah semula.

Lepas aku keluar dari lobi, aku tengok ada satu friend request masuk — dari dia. Aku senyum. Rasa bahagia tu datang balik, tapi aku tolak perasaan tu jauh-jauh. Aku takut kalau aku mula berharap, aku akan kecewa lagi. Jadi, aku biarkan saja.

Hari berganti hari, setiap kali dia online, aku pun ada. Kami mula sembang lebih lama. Satu hari, kami berbual sampai ke tengah malam. Tanpa aku sedar, kami makin rapat. Tapi makin lama, hati aku makin tak mampu tipu diri sendiri. Perasaan aku semakin kuat. Aku mula rasa, mungkin ini peluang kedua untuk merasa bahagia.

Jadi, aku buat keputusan — aku cerita semua keburukan aku. Semua sisi gelap aku yang orang lain akan pandang hina. Tentang masa lalu aku yang penuh dengan kesilapan, tentang ketagihan aku yang buat aku jauhkan diri dari orang lain. Aku cerita semuanya dengan harapan dia akan menjauh. Harapan aku, dia akan nampak siapa aku yang sebenar dan lari. Tapi dia… tak kisah.

Dia terima aku seadanya. Dengan semua keburukan aku, dengan semua kesilapan aku. Aku luluh. Aku bahagia. Aku tak sangka ada orang yang sanggup terima aku, dengan semua beban silam yang aku bawa. Tanpa fikir panjang, tanpa rasa takut.

Mungkin, cuma mungkin, aku tak perlu kunci hati aku selama-lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience