Hari ini merupakan hari pertama persekolahan selepas cuti persekolahan akhir tahun.Semua pelajar SMK PURNAMA INDAH dan guru-guru bersedia untuk acara perhimpunan.Setelah selesai menyanyikan beberapa buah lagu dan berikrar,murid-murid mendengar beberapa pesanan yang disampaikan oleh guru yang bertugas.
**************
"ok murid-murid ! harini saya akan perkenalkan kamu semua dengan seorang guru baru iaitu CIKGU MIKAIL ANAQI sambil menunjuk kearah ustaz mikail".
*****************
Lantas kesemua mata yang berada di situ tertumpu seorang guru yang tampan yang lengkap berbaju melayu berwarna biru dan bersongkok.
Sementara itu Farisha bersama rakannya sibuk berbisik sesama sendiri.
" Ehh guys ! handsome nya cikgu tu.Akan i pastikan cikgu tu jadi milik i". Gedik Farisha.
"I tk rasa u boleh dapat lah babe,cause what?cause dia tu cikgu kot.takkan dia nak kat budak yang perangai macam kita ni." sampuk Elly.
"Manusia juga babe.Nafsu tinggi juga.So,i ada nama baru untuk cikgu tu 'suneo' " tokok Farisha lagi.
*******************
"Boleh tahan hensem juga cikgu tu." desis hati Jannatul.
*******************
Kesemua pelajar masuk ke kelas untuk sesi pembelajaran mereka harini.Jannatul dan Farisha berjalan menuju ke kelas 5 DINAMIK.Setelah semua murid 5 DINAMIK masuk ke kelas,Cikgu Mikail menyusur lantas kesemua murid bangun tanda hormat.
"bangun !! assalamualikum cikgu." tukas Nazif selaku ketua kelas.
"waalaikumsalam semua.boleh duduk" kata cikgu mikail.
"terima kasih cikgu ! " tukas pelajar 5 DINAMIK lantas kembali duduk.
"ok seperti yang kamu semua sedia maklum,saya merupakan guru baru disini dan saya mengajar subjek addmath.ok boleh perkenalkan diri masing masing." ucap cikgu mikail panjang lebar.
Kesemua murid memperkenalkan diri masing-masing.Kini tiba giliran Jannatul dan Farisha untuk memperkenalkan diri.
"Saya NUR JANNATUL MIKAYLA BT HASHIM.Boleh panggil Jannatul." terang Jannatul.
"Saya NUR FARISHA AMANDA BT HISHAM.Boleh panggil farisha.btw cikgu ni hensem lah." ucap Farisha sambil sempat mengenyitkan mata pada cikgu tersebut.
"Terima kasih atas pujian tu,btw muka Farisha dengan Jannatul seiras lah...korang kembar ke?" tanya cikgu mikail.
"taklah ! " ucap Jannatul dan Farisha serentak.
Share this novel