MAJLIS menandatangani kontrak antara Arianna Chan dan D-Mond Jewels berjalan seperti yang dirancang. Wartawan majalah, akhbar, blog fesyen, akhbar, serta televisyen dijemput untuk memberi publisiti yang meluas kepada majlis itu.
Pelantikan Arianna Chan sebagai brand ambassador DayMond Jewels berjaya meletakkan jenama itu dalam kelasnya yang tersendiri memandangkan Arianna Chan merupakan model yang mempunyai pengaruh dan populariti yang besar bukan sahaja di Malaysia, malah di London dan beberapa kota fesyen yang lain.
Mengenakan dress putih labuh, Arianna memakai rantai dan gelang bertatah Columbian emerald yang menonjolkan imej berani dan klasik dalam rekaan itu. Ia adalah antara rekaan salah seorang pereka DayMond Jewels yang akan dilancarkan bulan depan.
Di satu sudut, Miya kelihatan begitu sibuk bagi memastikan majlis itu berjalan lancar. Memegang walkie-talkie, dia mengarahkan semua staff yang terlibat supaya berada di stesen masing-masing.
Adrian memerhatikan Miya dari jauh. Kagum dia dengan cara Miya mengendalikan majlis ini dan memastikan semua staff diberi tugas mengikut kepakaran masing-masing.
Ibu bapa Adrian, Tan Sri Alexander Liew dan Puan Sri Bethanie sebagai Ahli Lembaga Pengarah juga hadir.
“Adrian, that's your wife, right?” bisik Puan Sri Bethanie sambil menunjuk ke arah Miya yang sedang berdiri di belakang, sedang memperkatakan sesuatu kepada Hafiz.
Selepas majlis pernikahan dua bulan lalu, Puan Sri Bethanie tidak lagi berjumpa dengan menantunya itu. Apabila disuruh bawa ke rumah, alasan Adrian, dia sibuk. Apabila dia menawarkan diri mahu ke rumah anaknya itu, Adrian memberi alasan Miya pula yang sibuk.
“Yeah,” jawab Adrian. Hati mula diserbu bimbang. Janganlah ibunya membuat kecoh dengan memanggil Miya dan membahasakannya dirinya mama.
“Dia staf DayMond?” tanyanya.
“Yeah.”
“Since when?”
“Three years ago.”
“What a coincidence. What's her position?” tanyanya lagi.
"Marketing and Event Manager."
"Wow, you good at choosing wife huh? Just like your father."
Adrian memutar bola matanya.
“I should say hi to her, right?” ujarnya lagi sambil merenung Miya yang kelihatan anggun dengan professional suit berwarna biru gelap tersarung di tubuhnya.
“Mama, janganlah buat kecoh . Nobody knows she’s my wife,” bisik Adrian.
“Haish…I know la.”
SELESAI majlis, semua wartawan mula beransur pulang. Puan Sri Bethanie mendekati Miya yang sedang mengarahkan beberapa orang pekerja supaya mengemaskan semula bilik itu.
“Miya!” sapanya.
Miya toleh. Tidak dapat dia menyembunyikan rasa terkejut apabila melihat Puan Sri Bethanie. Dia mengenali ibu Adrian itu walaupun mereka hanya pernah bertemu sekali sahaja. Wanita yang cukup elegan dengan raut wajah yang lembut dan penuh dengan sifat keibuan,membuat Miya tidak pernah lupa wajahnya.
Dari wajah PS Bethanie, pandangan Miya beralih ke arah Adrian yang sedang menatapnya. Dapat dia lihat keresahan pada wajah lelaki itu.
“Puan Sri.” Miya tersenyum dan menundukkan sedikit kepalanya.
Puan Sri Bethanie tersenyum sebelum tiba-tiba memeluk Miya. Miya mematung. Tidak tahu bagaimana harus memberi reaksi. Apatah lagi beberapa staf jabatan pemasaran melihat perlakuan Puan Sri Bethanie itu lalu berbisik sesama sendiri.
Puan Sri Bethanie melepaskan pelukannya. Dagu Miya dipegang dan wajah menantunya itu ditilik lama sebelum dia mengangguk-angguk.
“Your face looks perfect. Fair skin, small nose, sexy lips, bright eyes, long eye lashes. Awh..just perfect. Your face reflects a lot of luck,” ujarnya.
Miya ketawa kecil. Merah wajahnya kerana malu dipuji mentua.
“Thank you,” ujarnya.
“Boleh mama ajak Miya keluar sekarang? Kita pergi makan-makan?” tanya Puan Sri Bethanie separuh berbisik, supaya tidak didengar orang lain.
“Erk…” Miya ingin menjawab, tetapi ketika itu juga Adrian dan Tan Sri Alexander menghampiri mereka.
“It’s working hour now. Saya...tak boleh keluar. Or the boss will fire me.” Miya beralasan sambil menunjuk ke arah Adrian. Dia tahu Adrian tidak suka dia terlalu rapat dengan keluarganya kerana mereka akan bercerai nanti.
“If he fires you, I will fire him as my son,” jawab Puan Sri Bethanie. Suaranya yang agak kuat itu menyebabkan beberapa orang yang berada di bilik itu tertawa.
Adrian mendengus sebal. Tetapi siapa berani melawan ibunya. Hanya ayahnya yang boleh mengawal ibunya itu. Tetapi ayahnya juga nampaknya tidak berkata apa-apa.
“Is that possible?” tanya Miya dengan mata yang terkebil-kebil. Kata-kata Puan Sri Bethanie itu kedengaran seperti gurauan, tetapi melihat wajahnya yang serius, Miya jadi ragu-ragu pula.
“Of course. I can fire anyone except my husband,” ujarnya selamba membuat Tan Sri Alexander ketawa. Adrian pula tetap dengan muka kelatnya.
“Come. Jangan takut dengan Adrian. As long as I'm breathing, he won’t do anything to you,” ujar Puan Sri Bethanie lalu menarik tangan Miya keluar dari dewan itu. Terkedek-kedek Miya mengikuti langkah mentuanya.
“Kenapa mama ni suka buat kecoh?” Bengang Adrian dengan mamanya
“Adrian, let me tell you one thing. Arguing with a woman is like getting arrested. Everything you say, can and will be used against you. So, use your right to remain silent,” ujar Tan Sri Alexander.
Adrian tidak membalas. Meskipun kata-kata ayahnya itu kedengaran lucu, namun dia tidak mampu untuk ketawa. Dia tidak mahu ibunya terlalu rapat dengan Miya supaya tidak ada sesiapa mempersoalkan perceraiannya dengan Miya kelak. Ibunya tidak begitu rapat dengan Dahlia dulu dan mereka tidak pernah keluar bersama. Malah ibunya tidak pernah mencampuri urusan rumah tangganya bersama Dahlia. Jadi, fikirnya ibunya juga tidak akan berminat untuk mendekati Miya. Tetapi sekarang...ah, dia terpaksa risaukan perkara itu pula.
AKHIRNYA Miya berada di dalam sebuah Bentley hitam dan kereta itu meluncur meninggalkan Hotel Imperial.
“Lora asyik cerita tentang Miya. So I think I've to get to know you better.” Puan Sri Bethanie memulakan perbualan.
Miya hanya tersenyum dan mengangguk. Dia tidak pandai berbual, apatah lagi orang yang berada di sebelahnya ini bukan calang-calang wanita. Isteri taikun terkenal yang sebelum ini dia hanya lihat melalui majalah dan televisyen sahaja. Tidak pernah dia bermimpi wanita ini akan menjadi mentuanya.
“Tak tahulah kenapa Adrian tak nak bawa Miya jumpa mama. Setiap kali mama tanya, dia kata dia sibuk. Tapi sibuk-sibuk pun takkan tak ada masa jumpa mama.” PS Bethanie kedengaran seperti merungut.
“Dia memang sibuk dua bulan kebelakangan ni.” Miya memberi alasan.
“Yeah..You’re right. He’s just like his father. In their mind, there's nothing more important than making money. But that’s okay. They make money, we as wife should spend the money, right? Otherwise, their effort will be in vain.” Puan Sri Bethanie ketawa dengan kata-katanya sendiri. Miya turut ketawa untuk mengusir kecanggungan.
“Miya nak makan kat mana? Kita cari satu tempat untuk spend time sementara Miya ada masa ni.” Puan Sri Bethanie berkata lagi. Wanita ini ternyata peramah dan sangat mudah didekati, lantas membuang sedikit rasa segan Miya.
“Mana-mana pun boleh."
“Apa kata kita try Korean food?" Puan Sri Bethanie memberi cadangan.
“Boleh."
Tersenyum Puan Sri Bethanie dengan persetujuan Miya sebelum mengarahkan pemandunya menuju ke restoran makanan Korea yang terletak di dalam sebuah pusat membeli-belah.
MEREKA makan di sebuah restoran makanan Korea yang terletak di Pavilion.
PS Bethanie memesan sundubu-jjigae,kimchi jigae, spicy beef soup, kimchi soup dan seafood pancake. Untuk pencuci mulut pula dia memesan bingsu mango cheese dan chocolate brownie. Sengaja dia memesan banyak makanan supaya boleh meluangkan masa lebih lama bersama Miya.
“I thought you're full-time housewife sebab Lora kata Miya setiap hari masak breakfast and dinner." Puan Sri Bethanie membuka suara setelah beberapa minit hening saat mereka menikmati makanan.
“Yeah. Tapi masak simple je,” jawab Miya.
“Tak penat ke?”
“Dah biasa. Adrian nak hire helper, tapi Miya tak suka ada strangers dalam rumah.”
“You’re a good wife to Adrian and also a good mom to Lora. Lega bila dia dapat lupakan Dahlia dan kahwin dengan Miya,” ujar Puan Sri Bethanie.
Miya hanya tersenyum. Kalaulah wanita ini tahu bahawa Adrian tidak pernah melupakan Dahlia. Dalam jaga dan dalam tidur, siang atau malam, nama Dahlia tidak pernah luput dari fikiran Adrian.
“You know what Miya? Mama memang teringin sangat anak perempuan. Jadi, bila Adrian kahwin dengan Dahlia, mama memang teruja sebab mama fikir mama boleh buat apa yang seorang ibu boleh buat dengan anak perempuan. Pergi shopping, pergi saloon, pergi spa, and so on.” Puan Sri Bethanie terhenti. Dia menyuap kimchi jiggae ke mulutnya dan mengunyahnya dengan tertib.
Miya pula hanya mendengar dan menunggu Puan Sri Bethanie meneruskan ceritanya.
“Tapi, Dahlia…” Puan Sri Bethanie kelihatan berfikir-fikir. Seolah-olah ada sesuatu yang cuba diluahkan tetapi berat untuk diperkatakan. “Dahlia macam sombong sikit. Walaupun dia tak kerja, tapi dia jarang datang jumpa mama. I don’t know why. Mungkin sebab dia fikir...perlu ada batas dengan mama sebab perbezaan agama. Mungkinlah. Sebab tu mama tak berapa rapat sangat dengan Dahlia dulu."
"Mama pun tak pernah campur urusan rumah tangga Adrian sebab takut Dahlia tak suka."
“You're very thoughtful ,” ujar Miya. Jarang ada mentua yang baik dan bertimbang rasa seperti itu. Ketika kali pertama melihat PS Bethanie di majlis pernikahan mereka, dapat dia rasa wanita ini seorang yang baik. Aura itu jelas terlihat pada wajahnya. Ternyata penilaiannya tidak silap.
“You think so?” Puan Sri Bethanie ketawa senang. Kembang hatinya dipuji begitu.
“Jadi bolehlah kita selalu keluar sama-sama kan? Tak perlu tanya Adrian. Mama akan bagitahu dia,” ujarnya sambil tersenyum senang dan menyambung makan.
Miya tersenyum nipis . Wanita ini dalam kelembutan, ada vetonya. Dengan kata-katanya yang tersusun dan lembut, wajah yang sentiasa mengukir senyum, mampu membuat orang tidak mampu menolak permintaannya.
“I like you, Miya. Mama harap kita boleh jadi rapat, okey?”
“Okey.” Miya hanya tersenyum. Apa lagi yang dia boleh katakan walaupun dia tahu Adrian tentu tidak akan suka apabila mengetahuinya.
“Miya, Adrian didn’t give you wedding ring, right?” tanya Puan Sri Bethanie tiba-tiba.
“Yeah. But he gave me this diamond necklace,” ujar Miya sambil menunjukan rantai dengan loket berlian di lehernya.
“Mana boleh macam tu. A wedding or marriage won’t complete without a wedding ring. It’s a symbolic of the unification of two hearts.” Puan Sri Bethanie berkata dengan penuh perasaan seperti orang berpuisi.
“Dahlah majlis perkahwinan pun tak buat, cincin kahwin pun tak ada? Teruk betul,” leternya.
“Tak apa. Rantai ke, cincin ke, sama je. Yang penting, dia ikhlas,” ujar Miya. Hanya dia dan Adrian sahaja yang tahu kenapa Adrian tidak memberinya cincin.
“That’s not okay, Miya. Itu lambang kegagalan seorang ibu mendidik anak lelakinya menghargai isteri."
Miya tertawa lucu. Hanya kerana Adrian tidak memberi cincin perkahwinan, Puan Sri Bethanie mengatakan dia gagal mendidik anak? Biar betul.
“Tak apa,” kata Puan Sri Bethanie. Ditanggalkan cincin di jari manis kirinya lalu disarungkan ke jari manis Miya.
Ternganga Miya memandang cincin berlian bertatah permata berwarna biru di jari manisnya.
Memegang tangan Miya, PS Bethanie memerhatikan cincin yang sudah hampir 40 tahun tersarung di jarinya, kini tersarung di jari Miya.
“It really suits you.”
Miya masih tergamam sehingga mulutnya terkunci. Apa maksud ibu Adrian itu? Adakah dia mahu memberikan cincin itu kepadanya? Biar benar! Sekali jeling pun dia tahu cincin itu nilainya mungkin mencecah ratusan ribu ringgit.
“Tu cincin yang papa Adrian bagi masa dia proposed mama dulu.”
“It looks stunning. The germstone is like a brilliant stars in the sky,” ujar Miya. Sebagai seorang yang sudah lama terlibat dengan pengeluaran aksesori berasaskan berlian, dia cukup arif menilai cincin itu.
“Yeah, right?” Puan Sri Bethanie tersenyum. Kemudian dia menyambung, “Now, the ring is yours.”
“W…What?” Miya ternganga. Tampang Puan Sri Bethanie dipandang dengan wajah tidak percaya.
“The ring is yours.” Puan Sri Bethanie mengulangi kata-katanya. “Sebenarnya, mama memang berniat nak beri cincin tu pada isteri Adrian. Papa pun tahu. Tapi…” Puan Sri Bethanie terhenti. Dia kedengaran mengeluh.
“Saya tak boleh terima cincin ni.” Miya cuba menolak. Jika Adrian melihat cincin itu di jarinya, apa yang lelaki itu akan fikir nanti? Bukankah menerima cincin itu bermaksud dia diterima dalam keluarga Adrian dan Puan Sri Bethanie mengharapkan perkahwinan mereka ini kekal? Dia tidak mahu Adrian menuduhnya cuba melanggar perjanjian perkahwinan mereka.
“Miya, mama tak bagi cincin ni pada Dahlia sebab mama nampak dia macam tak suka mama. Mama nak cincin ni diberi pada orang yang tahu menghargai. Miya faham kan?"
“Tapi…” Miya benar-benar tidak mahu menerima cincin itu. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk menolak, tetapi belum sempat otaknya berfikir dan mengeluarkan idea, Puan Sri Bethanie terlebih dahulu berkata.
“I like you. Dan mama nak Miya terima cincin tu.”
Miya serba-salah. Dia tidak layak menerima cincin itu. Dia hanya menjadi isteri Adrian untuk setahun ini sahaja. Jika dia bercerai, ya tidak ada masalah mahu memulangkan cincin itu, tetapi yang dia takut ialah tanggapan Adrian. Tidakkah nanti Adrian akan menganggap dia sengaja mengambil kesempatan atas kebaikan ibunya?
“Take it! I insist you to take it,” ujar Puan Sri Bethanie.
“Miya tak layak terima cincin ni. Nanti apa kata Adrian sebab mama tak pernah bagi cincin ni pada Dahlia.” Miya meluahkan kerisauannya.
“The ring is mine. I can give it to anyone..Dia tak boleh cakap apa-apa,” jawab Puan Sri Bethanie selamba.
Share this novel
nk li cter ni