Bab 18

Romance Series 1449

“Tidak sia-sia pengerusi Samsiah fakeh percaya sama kau” kata Azmah. Rose yang lengkap berbaju kurung kuning cair bersama selendang putih hanya tersenyum dengan pujian temannya. “Rose, kami ada dengar petani-petani daerah kita nak adakan perhimpunan aman. Mereka nak British selesaikan masalah peras ugut dan gangster berlaku di tempat mereka. Keuntungan hasil jualan padi mereka merosot disebabkan masalah ini” adu Rosziah manaf. Dia berminat menyertai persatuan mereka kerana mahu balas dendam ke British di atas kematian suaminya.

“Iya teman-teman. Kita akan beri sokongan pada mereka. Kain sepanduk, makanan dan minuman mereka kita sediakan” ujar Rose memberikan tugas kepada ahli persatuannya. “Baik Rose, kau akan bersama-sama kami turun padang?” tanya Azmah inginkan kepastian. Dia tahu Rose perlu menjaga nama keluarganya. Persatuan mereka utuh sehingga kini pun kerana suntikkan dana duit dari Rose. “Aku pasti datang” balas Rose pasti. Teman-temannya tersenyum lalu mengangguk tanda senang dengan jawapan Rose. Perbincangan mereka diteruskan dengan lebih lanjut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience