Series
1534
Kehidupan aku diteruskan dengan memasuki sekolah menengah,semasa di dalam sekolah menengah aku tidak lagi menjadi pemalu kerana hampir kesemua kawan sekolah rendah ku masuk ke sekolah yang sama .Malah,aku menjadi lebih berdisiplin dan kenal erti berdikari kerana aku pernah dibuli dengan cacian orang yang tidak kenal aku .
Kehidupan aku tidak lagi sunyi dan keseorangan kerana aku telah mengenali kawan dan musuh.Maka,aku tidak lagi menjadi azhar yang pemalu tetapi menjadi azhar yang berpegang teguh dengan kata-kata sendiri.Bak kata pepatah "berani kerana benar,takut kerana salah" itulah sifat aku yang salah.
Dibuli sejak kecil menjadikan aku budak yang tidak mahu dipijak kepala oleh sesiapa yang sebaya . Aku tidak mahu lagi kehidupan aku yang silam berlaku lagi,kehidupan aku yang dulu cukup sengsara dah memenatkan kerana perkara yamg silam bermain dengan sifat marah dan sedih aku.Aku hanya ingin menjadi seorang yang tidak dibuli malah ramai kawan .
Pelbagai masalah aku dapat diselesaikan memberitahu ibu bapa aku tentang masalah yang dialami.Aku telah di didik dengan tiada rahsia di dalam sesebuah keluarga.Aku hanya hendak di dengari dan tidak dihina oleh sesiapa .Keluarga aku adalah segalanya bagi aku itu yang aku selalu tersemat di dalam hati.
Semasa hari pertama di sekolah menengah,guru bertanya cita-cita kamu apa? kepada aku .Dengan lantas aku menjawab soalan itu dan berkata "mekanik cikgu". Raut wajah guru itu terus berubah "mekanik sahaja ?" kata guru itu .Aku menjawab soalan itu dengan "Iya tetapi bukan sebarang mekanik ,mekanik yang saya ingin jadi ialah mekanik yang terkenal dan kaya".Jawapan aku terus tidak dibalas oleh guru itu.
Share this novel