Rate

A

Short Story Series 866

Aku berdiri di depan kelasku..
Menanti.. Melihat.. Memerhati setiap pelajar yang berada di hadapan kelasku..
Menanti kehadiran sahabat karibku..
Jari jemariku mula bermain dengan buku rujukan dan teks yang berada di dakapan tanganku..

"Wei.. Nur sorry.. sorry.. Aku lambat" kata sahabatku sambil memegang bahuku.. Aku menoleh dan memberi senyuman tipis

"Hmm... Takpe dah jomlah nanti lambat kang nak ke kelas sains" jawabku

Beginilah kehidupan di sekolah berulang dan berulang dari A ke B dan bermula ke A semula..

.....

"Wei aku bosan.. Boringlah sekolah Nur" kata rakanku
"Bilalah sekolah nak habis?"
"Penat.. Asyik Belajar Belajar Belajar"

"Alah.. Biasalah tue.. Lagi setahun je kita sekolah.. Nanti tahun depan dah tak sekolah.. So kau rilek ah" Jawab ku sempoi di kantin

"Tapi nanti kita rindulah sesama kita..Miss each other.. And mulalah mesej cakap rindu rindu" sambungku lagi..

"Hmm..Yelah kau jelah betul"

.....

Sebulan kemudian...

"Nur.. Harinie aku nak rehat ngan diorang tau.."
"Sorry tapi nie sebab nak buat kerja khusus" Ujar rakanku

"Mmm.. Yelah kau pergilah rehat ngan diorang aku ok je rehat sendiri" jawabku sambil memberi senyuman

"Tq Nur.. Sorry sangat sebab tak dapat rehat ngan kau" ujar rakanku supaya dapat menenangkan fikiranku

"Yelah... Yelah.. Aku faham kau pergi jelah dulu" kata kata ku menyebabkan rakanku segera meninggalkan aku

Aku pun di biarkan sendirian.. Roti yang ku pegang ku buang.. Entah mengapa selera makanku tiba tiba takde..
...
Apabila ku pulang kerumah..

"Dah balik.. Jomlah makan tengahari" kata ibuku menjemputku makan di ruang makan bersama ayahku menanti di meja makan

"Ok.. Kejap biar Nur basuh tangan dulu"
Beg sekolahku diletakkan di tepi tangga dan ku mula berlalu ke singki di dapur
Kemudian aku segera ke meja makan untuk makan tengahari bersama keluargaku..

Sekali lagi entah mengapa.. Aku tiada selera makan.. Lauk yang dimasak ibuku semuanya makanan kegemaranku.. Namun aku langsung tiada keinginan untuk makan..
Bagi menyedapkan hati ibuku aku makan dalam 3-4 sudu sahaja..

"Ibu.. Nur takde selera makan.. Ibu ngan ayah makan jelah ye.. "kataku sambil meletakkan sudu dan segera untuk pulang ke bilik

"Nur.. Memang taknak lagi ke??" tanya ibuku lagi

"Haah Nur memang tak larat nak makan bu"jawabku lembut

"Ok.. Siapkan kerja rumah dan study ye" Tambah ibuku

Sebaik aku masuk ke bilikku aku terdengar bunyi
"PRANGG!!" bunyi pinggan pecah

"AWAKLAH TAK RETI NAK JAGA ANAK TENGOK APA DAH JADI KAT DIA SEKARANG!!"

"APA PULAK.. AWAK NIE DAH KENAPA PECAH2KAN PINGGAN..INGAT FREE.. SAYA DAHLAH PENAT CARI NAFKAH AWAK NAK PERLEKEHKAN PULAK"

"HABISTUE.. SAYA KATA SAYA NAK KERJA SEKALI AWAK TAK KASI"

"&$*@*$*#-(÷#£'A"

'Lagi sekali' aku terdengar ibu ayahku bergaduh lagi

Lampu dibilikku sengaja aku tutup.. Tak dibuka.. Tingkap pun sama.. Tiada sebarang cahaya masukke bilik ku..
Aku mula memeluk tubuhku.. Aku duduk sambil memeluk lututku..Air mata mengalir.. Tangisanku semakin deras..
Aku rasa seperti aku tak berguna..

'Terukanya kau Nur.. Teruknya kau'
'Kau dahlah takde kawan.. Takreti buat tue buat nie'
'Takde makna pun kau hidup..Cuba kau tengok luar tue mak ayah kau bergaduh semua nie sebab kau'
'Kau nie memang menyusahkan Nur'

"Tak! Tak! Aku tak salah" Luah aku sendirian

'Nur kau taksedar ke.. Kau tak layak hidup.. Kau tak layak ada kat dunia.. Takde siapa nak kawan dengan kau Nur '

Esakkanku semakin kuat.. Aku mula risau untuk ke sekolah.. Risau untuk berjumpa ibu bapaku.. Risau untuk menghidapi dunia luar..

Bukan pertama kali benda ini terjadi kepadaku.. Sudah menjadi lurahku untuk menjadi seperti ini..

Malam mula menjelma.. Mataku masih tidak terlelap.. Bukan kerana telefon pintar sebaliknya kerana fikiranku yang bercelaru..

Aku cuba melelapkan mataku.. Namun tidak berjaya.. Tiada tanda untuk membuatkan ku tenang untuk tertidur.. Fikiranku masih bercelaru.. Aku takut untuk menghadapi hari esok.. Takut untuk berjumpa dengan orang sekelilingku.. Aku mula mengeluarkan air mata.. Tidak tahan untuk menghadapi keresahan yang dialami ini..Pernafasanku mula tidak sekata.. Jantungku menjadi pantas.. Aku mengangis lagi. Aku mencubit badanku sendiri.. 'Berhenti Nur.. Berhenti..' Tangisanku menjadi lagi kuat disertakan dengan pernafasan yang tak sekata itu..

....

"TAKNAK!! NUR TAKNAK GIE SEKOLAH" Jeritku

"Nur.. Keluar Nur .. Kenapa Nur macam nie.. Nur kena keluar Nur.. Dah seminggu Nur taknak gie sekolah" pujuk ibuku lembut

"Taknak.. Nur taknak.. Nur taknak.. taknak ibu.. tolong ibu jangan paksa Nur" kali ini aku memujuk ibuku lembut daripada belakang pintu

"Ok.. Ibu boleh benarkan.. Tapi Nur tolonglah keluar dari bilik.. Kita bincang nak.. Ibu rindu Nur" pujuk ibuku lembut

"Nur keluar nur.. Ayah pun rindu.. Nur lama tak makan" pujuk ayahku pula

Aku. Aku tak terkata
Aku tak tahu bahawa patutkah aku membuka pintu bilik atau masih kekal di dalam bilik..

Perlahan aku membuka pintu bilik.. Membenarkan ibu ayahku masuk.. Mereka terus memelukku sebaikku membuka pintu bilik.. Mereka menangis sambil memelukku.. Aku membalas pelukkan mereka dan menanggis.. Air mata yang sering keluar.. Yang sering menyakitkan perasaanku.. Kali ini bertukar menjadi air mata kebahagiaan..

Namun begitu, Tiba2 pernafasan aku menjadi tidak sekata.. Ibu bapa ku terkejut melihat keadaanku.. Aku rasa tidak bermaya.. Kemungkinan ini kerana tidak mempunyai selera makan.. Dengan segera aku dikejarkan ke hospital..

Ayahku memandu.. Ibuku dan aku duduk di belakang sambil mengusap umbun2 di kepalaku.. Mencium lembut dahiku..

"Nur sabar.. Nur istighfar nur"

Sebaik sampai aku diberi pernafasan oksigen.. Air mata dipipiku masih mengalir dan membasahi pipiku.. Aku melihat ibu dan ayahku memegang tangan sesama sendiri dan mencium tangan masing2.. Cuba menenangkan sesama sendiri.. Senyuman tipis ku beri setelah melihat mereka sebegitu..

....

Setelah selesai diselidik doktor..
Aku menghidap anxiety diorder
Doktor memberitahuku bahawa sepatutnya perkara itu patut diberitahu lebih awal..

Aku diberi rawatan secara berkala oleh doktor untuk memastikan aku kembali pulih..

....

Sejadah di bilikku di lemparkan.. Telekungku di pakai.. Aku mula menunaikan solat kembali.. Air mataku bergelinang di sujud terakhir memohon keampunan daripada maha besarnya tuhanku Allah..
Ini kerana aku mula malas solat ketika aku mula mengalami keresahan yang melampau..
Bacaan yasin menjadi amalan seharian ku..
Solat menjadi keutamaan ku..

Aku semakin sembuh.. alhamdulillah berkat daripada usaha rohani dan bantuan doktor.. Ini membuatkan sedar bahawa setiap kepahitan hidup pasti menjumpai kemanisan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience