Rate

BAB 1

Romance Series 5668

Loceng berdering dengan kuat di kaki lima menandakan tibanya waktu rehat telah mengujakan semua pelajar SMK Shahbandaraya menengah atas. Dengan itu, tamatlah sesi pembelajaran subjek Matematik Tambahan yang pastinya menggerunkan ramai pelajar yang tidak mampu menguasai subjek tersebut. Aku mengucap syukur dalam hati setelah mendengar bunyi loceng kerana otak sudah tidak mampu untuk menyimpan formula-formula yang diajarkan oleh Miss Lee sebentar tadi. Mujur saja aku tidak tertidur di dalam kelasnya kerana terlalu penat dan mengantuk.

"Okay class, I know that you're very happy when the bell rings so loud, huh? Don't forget to finish your homework and I want to see it tomorrow morning. Is that clear,everyone?" pesan Miss Lee sambil tanganya ligat mengemas barang di atas meja.

"But teacher, there's no Addmaths class for tomorrow morning. It should be on the next Tuesday, am I right?" tanya Redza merangkap ketua kelas 4 Sains 1 sambil menunjukkan jadual kelas kami kepada Miss Lee.

Miss Lee hanya tersenyum simpul melihat gelagat Redza yang sememangnya peka dalam semua keadaan. Dengan imej berkaca mata besar atau digelar nerd, Redza merupakan pelajar genius di dalam kelasku. Patutlah dilantik sebagai ketua kelas.

"Puan Sabrina is absent tomorrow because her son got a fever. So, I'm gonna replace her English class with mine," Hampir ternganga kesemua pelajar kelas 4 Sains 1 ketika itu termasuk aku.

'Ya Allah, homework chemistry aku boleh tahan lagi. Ni pulak Addmaths!' jeritku dalam hati. Terbatal niatku untuk menonton drama Boys Over Flowers dalam episod yang seterusnya.

"Alaaaaaa...teeaacchheeerrrr....." masing-masing mula menunjukkan bakat untuk membodek Miss Lee agar membatalkan perancangannya itu.

"Sorry guys, but your last time exam results were very disappointed. You only have three months more for the end-year exams. Don't you realized it?" Miss Lee mula membuka ceramahnya. Kami hanya mampu tersenyum sumbing lalu Miss Lee meminta diri untuk beredar. Kakiku longlai mengatur langkah ke kantin untuk mengisi perut yang kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience