BAB 1

Romance Completed 554

Mungkin kali ini merupakan ikhtiar terakhir usaha pihak Quraisy untuk menghentikan dakwah Rasullullah SAW. Pelbagai usaha telah mereka cuba, namun umat Islam tetap bertahan. Walau didesak, dan diejek sedahsyat mana sekalipun, mereka masih tetap mempertahankan iman. Maka, pada hari itu, dengan perantaraan bapa saudara Rasullullah SAW, pembesar terhormat dari suku kaum bani hasyim, mereka berunding.

“Muhammad, tinggalkanlah apa yang kau bawa. Sekiranya kau mahukan kekayaan, kami akan beri dengan sebanyaknya. Jika kau ingin kuasa, kami akan tabalkan kau jadi ketua kami..” Abu Jahal menawarkan tawaran kepada Rasullullah SAW, menyangka bahawa tawaran sebegitu bisa memalingkan hati Rasulullah SAW dari terus berdakwah.

“ Baiklah, wahai Abu Jahal mahukah kau jika aku ajarkan padamu suatu kalimah yang dengannya kamu bakal menguasai seluruh tanah arab seluruh pelusuk dunia?.”

Mata utusan Quraisy mula bersinar-sinar bila mendengar kata balas dari Rasulullah SAW. Memang lumrah seorang pembesar, yang ada di mata hanyalah kuasa, pangkat dan harta!

“ Ucapkanlah…La ilaha Ilallah. Muhammad urrasulullah. “

Tenang rasullullah SAW menuturkan kalimah haq itu.

Air muka Abu Jahal dan pembesar-pembesar Quraisy di situ berubah terus menjadi merah padam. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia membunuh Muhammad ketika itu juga.

“ Muhammad! Jika kalimah inilah yang engkau maksudkan, kau bukan sahaja menempah padah dari suku arab, malah dari seluruh pelusuk dunia!”

Ada apa dengan dua kalimah itu sehingga Abu Jahal rasa tergugat sebegitu rupa?

***

Masih terngiang-ngiang saat Kak Asma’ menyelitkan kisah yang sudah berlaku lebih 1400 tahun yang lalu di Autumn Gathering minggu lepas. Segalanya bagai masih basah dalam ingatan. Kehairanan tatkala membayangkan Abu Jahal yang kafir itu begitu takut dengan kalimah dua syahadah yang bagi kita selama ini hanyalah kalimah yang terkandung perkataan Allah sebagai Tuhan. Dan Muhammad sebagai rasul.

Cukup.

“ Kerana Abu Jahal itu sudah terlalu fahamlah dia menolak sekeras-kerasnya kalimah syahadah itu…” , ujar Kak Asma’ lagi.

Entahlah,sebelum ini, selama lebih dua dekad ini aku menghirup nafas, hidup dipayungi rahmat Allah, tidak aku persoalkan, tidak aku cuba fahami kenapa syahadah itu membawa pengertian yang amat besar sekali. Pentingnya kalimah ini sehingga menjadi rukun pertama dalam rukun Islam. Melebihi tuntutan solat dan dan syariat yang lain. Rupa-rupanya syahadah itu tidak aku fahami, tidak aku rasai, dan tidak berbekas dalam hati.

“ Lailahaillah…maksudnya penafian atas segala sembahan selain Allah..”.

Ya, mungkin yang terbayang di kepala untuk menjadi ‘islam’, hanya perlu mengucapkan dua kalimah syahadah dan tidak menyembah atau dalam erti kata lain tidak sujud dan tunduk kepada ‘berhala’. Wah, mungkin berhala itu ‘valid’ sebagai sembahan untuk orang kafir pada zaman itu sahaja.

“ Jangan lupa, orang Arab tu sebenarnya sudah tahu yang Allah itu Tuhan. Tetapi ada satu perkara yang mereka tidak buat, kerana, jika mereka percaya dan meyakini perkara itu,mereka takut terputus mata pencarian “, Kak Asma’ menyambung pengisian. Aku terus berkedip-kedip mata. Ku lihat ketika itu, teman-teman yang lain seperti Ros dan Deena juga sama sepertiku. Tidak sabar mahu mendengar butir bicara seterusnya dari Kak Asma’. Walaupun hanya dua baris syahadah yang sudah lama kita ucapkan, namun bagai sekarang baru mengenalinya.

“ Sembahan itu besar maknanya. Menurut Abul A’ala Al-Maududi, sembahan itu membawa pengertian sebagai benda yang bila dengannya kita menjadi tenang. Dengannya kita menyandarkan perlindungan, selalu rindu dan terkenang-kenangkannya dan selalu bangat terkenangkannya ..”

Alahai, bagai merindu seorang kekasih pula. Maka dengan makna sembahan yang inilah membuatkan Abu Jahal dan pembesar lain juga menolak dengan sekeras-kerasnya syahadah. Walaupun mereka sangat-sangat faham, lebih faham dari kita!

Tanpa sedar, kenanganku yang telah luput dari hidupku, bagai berputar-putar kembali dalam ingatan. Bermain bagai layar di panggung wayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience