Rate

Bab 1

Romance Series 11998

Bunyi suasana di sebuah kelab malam yang hingar-bingar itu membuatkan Lyssa semakin rimas.Dia datang ke situ hanya untuk berseronok dan menenangkan fikirannya.Tidak pernah dia terfikir bahawa bapanya,Datuk Hisyam menyuruh dia berkahwin dengan anak kepada kawan bapanya.Dia fikir selama ini bapanya tidak pernah peduli akan masa depannya.Dia kembali teringat perbualannya bersama bapanya pada lewat petang tadi.

Ketika itu dia hendak turun dari tangga untuk bertemu dengan kawannya.

"Lyssa,mari sekejap.Ada papa dengan mama nak cakap sikit",kata papanya.

"Ya papa.Papa nak cakap apa?"

"Papa nak bincang dengan kamu pasal masa depan kamu.Papa kalau boleh nak jodohkan kamu dengan anak kawan papa ni.Anak dia sekarang tolong dia menguruskan restoran yang dimiliki olehnya."

"Apa?Lyssa tak nak kahwin lagi.Lyssa suka dengan kehidupan Lyssa sekarang ni.Lyssa sukakan kebebasan.Nanti kalau dah kahwin,Lyssa tak boleh dah nak keluar malam dengan kawan-kawan",bantah Lyssa.

"Lyssa,tolonglah.Selama ni papa dah cukup beri kebebasan pada kamu untuk buat apa-apa sahaja.Takkanlah papa minta kamu kahwin dengan kawan anak papa tu pun kamu nak tolak?",sambung papanya lagi.

"Lyssa bukan tak nak,tapi ini berkaitan dengan masa depan Lyssa.Lyssa tak kenal pun dengan anak kawan papa tu.Tiba-tiba papa cakap suruh Lyssa kahwin,memanglah Lyssa tak nak."

"Papa tak cakap Lyssa perlu kahwin sekarang.Papa cakap papa nak jodohkan kamu,tu sahaja."

"Yelah.Lyssa tahu,tapi papa bagi Lyssa masa nak berkenalan dengan dia."

"Okeylah.Papa bagi Lyssa masa.Nanti papa tanya kawan papa tentang hal ni."kata papa Lyssa.

Dia berasa tidak puas hati kerana tiba-tiba sahaja papanya mahu dia berkahwin.Dengan orang yang dia tidak kenal pulak tu.
Tidak lama kemudian,Lyssa pun keluar dari kelab malam itu kerana berada di dalam kelab itu,merunsingkan lagi fikirannya.

Tiba-tiba,semasa dia hendak melintas jalan,dia dilanggar oleh sebuah kereta.
Dummmm!
Bunyi itu memeranjatkan semua orang yang berada di kawasan tersebut.Pemandu yang melanggar Lyssa tadi sangat terkejut lalu dia segera turun dari keretanya.
"Astaghfirullahaladzim.Apa yang aku dah buat?",tanya dia kepada dirinya.
Lelaki itu segera mengangkat perempuan itu masuk kedalam keretanya lalu memecut keretanya untuk ke hospital yang berdekatan.
Semasa perempuan itu sudah dimasukkan ke bahagian kecemasan,dia segera mencari nombor telefon bapa perempuan tadi melalui telefon perempuan tadi yang sempat diambilnya ketika dia mengangkat perpempuan itu tadi.Dia segera menelefon nombor tersebut untuk memberitahu bahawa anaknya telah dimasukkan ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience