ABD 45: FIRE HER!

Romance Completed 1572856

MIYA berkira-kira untuk berlari keluar melalui pintu yang masih terbuka. Namun pada masa yang sama dia hairan, mengapa tangan dan kakinya tidak diikat? Adakah Eryna begitu yakin dia tidak akan melarikan diri?

“Kau takkan dapat lari, Miya.” Eryna tertawa sumbang, seolah-olah tahu apa yang bermain di fikiran Miya.

“You look down on me,” balas Miya. Dia pernah nekad terjun dari tingkat tiga apartmentnya semasa hampir menjadi mangsa rogol lintah darat. Bermaksud, dia tidak akan membiarkan hidupnya musnah kerana kerakusan orang lain. Jika nekad, dia boleh melakukan apa sahaja. Dia mungkin lembut, tetapi bukan lemah.

Eryna ketawa. Mungkin benar dia memandang rendah pada Miya. Tetapi, di tempat ini, tiada sesiapa yang boleh keluar dengan selamat, kecuali dia. Kerana dia pemilik tempat ini.

“Kau memang naif, Miya,” ujarnya perlahan. “Cuba kau diam dan amati betul-betul bunyi yang kau dengar.”

Miya tidak membalas. Walaupun dia meragui Eryna, tetapi dia cuba juga memfokuskan telinganya untuk mendengar bunyi di sekitar. Samar-samar dia mendengar bunyi ombak, membuat dia terfikir kemungkinan dia berada di pantai. Tetapi jika di pantai, dia boleh saja lari menyelamatkan diri, dan meminta bantuan kan? Atau dia sebenarnya di pulau? Pulau apa? Pulau Seychelles? Atau pulau yang katanya ada habitat jerung itu?

Belum habis dia berfikir, Eryna bersuara, “Kau bingung kan? Fine…Aku bagi kau tengok kawasan sekitar.” Eryna membuka tingkap tidak jauh dari tempat dia berdiri.

Suasana yang tadinya gelap, menyebabkan Miya tidak dapat melihat ada tingkap di situ. Keadaan di luar juga gelap kerana hari sudah malam.

“Sini.” Eryna menggamit supaya Miya menghampirinya.

Ragu Miya berdiri, lalu melangkah ke arah Eryna. Sesampai di depan tingkap, jantung Miya bagai jatuh ke lantai.

Mana tidak, saat dia memutar pandangan ke seluruh kawasan di luar tingkap itu, bukan pantai yang dilihatnya. Bukan juga pulau. Melainkan sebuah bangunan rumah api yang terletak di tengah-tengah laut. Benar-benar di tengah laut.

Dari tingkap itu Miya melihat sebuah pelantar seluas 10 x 10 kaki mungkin. Pelantar yang lapang tanpa pagar atau penghadang. Di bawahnya ombak berdebur menghempas tiang rumah api. Di mana ini? Tidak nampak daratan walau sebesar tapak tangan, bagai berada di lautan belantara. Gelap langit membuat warna air laut nampak kehitaman; bergelombang besar dan kelihatan benar-benar misteri kerana Miya tidak tahu apa yang ada di bawah sana.

Benar-benar dia rasa putus asa dan pasrah melihat keadaan sekeliling. Bagaimana dia mahu menyelamatkan diri? Bagaimana dia mahu lari dari tempat ini? Adakah Adrian tahu dia di sini? Adakah Adrian akan dapat mengesannya? Sesaat, Miya benar-benar rasa hidupnya seperti sudah berakhir.

“Cantik, kan?” Eryna tersenyum memandang Miya. Senyuman yang mengerikan.

“Cantik,” jawab Miya santai, tanpa menunjukkan ketakutannya. Kalau Eryna boleh menunjukkan sisi lain dalam dirinya, dia juga boleh. Apa yang dia tunjukkan selama ini di depan semua orang adalah sebahagian dari dirinya sahaja. Kalau Eryna merasakan dia akan menyerah dan berputus asa, perempuan itu silap.

Eryna menatap Miya lama, sebelum tawa sumbang meletus di bibirnya. Mendekatkan bibirnya ke telinga Miya, dia berbisik:

“Tak perlu berlagak kuat, Miya. Tak ada sesiapa yang boleh keluar dari sini kecuali aku.” Tempat ini terletak sejauh 34 batu dari pantai. Untuk datang dan pergi dari sini perlu menggunakan bot berkuasa tinggi ataupun helikopter.

“Aku tak berlagak kuat.” Miya menjawab perlahan, sambil matanya merenung jauh ke luar tingkap.
“Tapi kalau aku nekad, aku boleh jadi lebih gila dari kau!” Serentak itu Miya menendang perut Eryna dengan lutut kanannya. Terlentang Eryna sebelum mengerekot menahan perih pada perutnya.mTindakan Miya yang cepat dan tidak terduga itu membuat Eryna tidak sempat mengelak, apatah lagi bersedia.

Miya menggunakan kesempatan itu untuk melarikan diri.. Dia tidak tahu ke mana dia mahu lari di tengah lautan belantara ini, tetapi otaknya memerintahkannya untuk lari. Kalau otaknya memerintahnya berenang, tentu dia sudah terjun ke laut.

“Sial!!” Tempik Eryna lalu berusaha bangun dan mengejar Miya.

Keluar dari pintu, Miya berlari menuruni tangga besi yang sudah berkarat. Tangga ini dibina secara berpusing, mengikut bentuk rumah api yang berbentuk silinder. Derap langkah Eryna yang mengejarnya tak kalah cepat menyebabkan dia turut mempercepatkan langkahnya, membuat kepalanya pening berpusing-pusing. Langkahnya mula gontai. Satu demi satu anak tangga dilangkah sambil cuba mengawal rasa pening yang membuat perutnya bergelora lantas menolak rasa mual itu ke rongga tekak.

Entah bagaimana, saat melangkah, kaki kanannya terjangkau dua anak tangga membuat dia gagal mengimbangkan badan lalu jatuh terguling dari tangga. Mengerekot Miya menahan sakit di sekujur tubuh. Tetapi otaknya tetap memerintahkannya untuk segera bangkit dan melarikan diri.

Perlahan Miya cuba bangun saat mendengar derap langkah Eryna semakin dekat. Namun, belum sempat dia berdiri, rambutnya dijambak sebelum kepalanya dihantukkan ke lantai. Menjerit Miya saking sakitnya. Berpinar seketika matanya, namun dia tidak mengalah. Sontak dia memusingkan tubuhnya dan menendang dada Eryna yang ketika itu sedang berjongkok mahu menyerangnya sekali lagi, membuat perempuan itu jatuh terperosok ke belakang.

“Celaka kau!!!”

Tidak mempedulikan kemarahan Eryna, Miya terus berlari ke arah pintu yang tertutup rapat, yang terletak di bahagian kanan tangga. Cepat-cepat dia menolak kenop pintu sebelum Eryna mengejarnya.

Namun, sebaik dia melangkah keluar melalui pintu itu, tubuhnya melonglai. Sejenak, terasa usahanya sia-sia.

Pintu tadi rupa-rupanya jalan keluar ke pelantar seluas 100 kaki yang dilihat Miya dari tingkap tadi. Sekelilingnya adalah laut. Langit yang hitam kelam, serta siulan angin dan deburan ombak yang menyatu benar-benar membuat sekeliling kelihatan begitu angker. Pertahanan dirinya sempat goyah. Tubuhnya terasa bergoyang. Entah kerana tiupan angin yang agak kuat, atau dek kerana gelombang laut di bawahnya.

“Hahahahhaha….!” Tiba-tiba Miya mendengar ketawa di belakangnya diiringi derap langkah yang semakin dekat.

Tanpa menoleh, Miya tahu itu Eryna. Hanya mereka berdua sahaja di sini.

“I told you, Miya. Kau takkan boleh lari dari tempat ni.” Setapak demi setapak Eryna mendekati Miya, menyeret sebatang besi sepanjang satu depa, dengan seringaiannya yang mengerikan.

“Kau hidup…Atau kau mati, tak ada sesiapa tahu kau kat sini,” ujar Eryna. Dia tersilap menilai Miya ternyata. Fikirnya Miya lemah seperti yang dilihatnya sebelum ini, tetapi ternyata Miya tidak seperti yang dia fikirkan. Rancangannya, dia hanya mahu meninggalkan Miya di tempat ini dan membiarkan Miya mati perlahan kerana kelaparan. Selepas itu dia akan mencampakkan mayat Miya ke laut tanpa ada sesiapa dapat mengesannya.

Tetapi sekarang, dia perlu mengubah rancangannya. Dia perlu pastikan Miya mati sebelum dia meninggalkan tempat ini dan kembali ke sisi Adrian sebagai pembantu peribadinya yang setia. Dia punya banyak cara untuk memanipulasi cerita dan memastikan Adrian percaya. Lagipun dia yakin Adrian tidak ada bukti nyata yang boleh menyabitkannya dengan kehilangan Miya walaupun nalurinya kuat mengatakan yang Adrian mungkin sudah tahu.

“Kita tak tahu lagi siapa yang akan mati atau hidup kat sini,” balas Miya sambil melirik besi di tangan Eryna. Kemudian, tatapan matanya beralih ke wajah wanita itu. Nampak tenang, jernih, tetapi dia tahu di dalam dada wanita itu penuh dengan amarah, benci, dan dendam terhadapnya.

“Aku suka keyakinan diri kau, Miya.”

“Thank you.” Miya tersenyum.

Reaksi Miya itu membuat emosi Eryna memuncak. Tenang wajahnya bertukar menjadi bengis. Dia benci melihat ketenangan Miya. Dia benci melihat senyuman Miya yang seolah meremehkannya. Dia mahu melihat Miya ketakutan dan merayu kepadanya. Dia mahu melihat Miya menangis meratapi mautnya yang semakin dekat.

Besi di tangan digenggam kejap. Mengumpul segenap tenaga yang ada, dan dia akan memastikan Miya mati di tangannya malam ini. Membuka langkah, dia berlari ke arah Miya lantas menghayun besi di tangannya. Miya pantas mengelak membuat tubuh Eryna terdorong ke depan lalu jatuh tersungkur. Peluang itu digunakan Miya untuk menyerang balas. Melompat ke atas belakang Eryna, dia menjambak rambut wanita itu sehingga kepalanya terdongak lalu dihantukkan kepala Eryna ke lantai, sama seperti yang dilakukan oleh Eryna kepadanya tadi. Eryna bertempik. Marah bercampur sakit. Pantas dia berguling, memusingkan tubuhnya lalu menindih tubuh Miya. Satu tangan mengunci kedua-dua tangan Miya di atas kepalanya, manakala satu tangan lagi mencekik leher Miya. Gerakannya begitu tangkas dan cepat, tidak memberi celah kepada Miya untuk membalas.

“Aku akan pastikan kau mati Miya! Mati!” jeritnya histeria, seperti kerasukan syaitan.

Miya cuba meronta walaupun tubuhnya langsung tidak boleh digerakkan. Tenaga Eryna sungguh kuat tidak terkalahkan. Nafas Miya mula terasa sesak. Mencungap mulutnya cuba mencuri nafas. Wajahnya mula kebas dan mata terasa senak seperti mahu terjojol keluar. Sakitnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata sehingga yang terlintas di benaknya saat ini cuma mati.

ADAM kembali ke pantai selepas memberitahu mama dan papanya tentang kehilangan Miya. Sesampainya di sana, dia melihat Adrian sudah siap dengan pakaian menyelam dan bersedia untuk naik ke atas bot milik penduduk tempatan yang menawarkan khidmat membawa pelancong ke tempat snorkeling.

“Adrian, where are you going?”

“Cari Miya.”

“I tahu. Tapi kat mana? You dah tahu dia kat mana?” tanya Adam.

“Yeah. Richard call, bagitahu Eryna ada beli rumah api tak jauh dari Pulau Harbour.”

“What? Tak jauh dari Pulau Harbour? Maksudnya dekat tengah laut? Then macam mana…You nak pergi sendiri? Kenapa tak tunggu polis?"

"I tak boleh tunggu. At least I kena lengahkan masa sebelum polis bertindak."

"Macam mana you nak lengahkan masa?"

"I akan mintak bot berhenti 3km dari rumah api and berenang sampai sana." Santai Adrian menjawab, seolah-olah apa yang diperkatakannya itu boleh dilakukan semudah ABC.

"No...No...No... Berenang 3km? For what?"

"I tak nak bunyi bot tu tarik perhatian Eryna."

“Adrian, this is crazy. You ingat laut tu macam pantai Morib ke? Itu tengah laut, Adrian! Kita tunggu polis. Papa dah call polis and Malaysian embassy tadi. Menteri Luar kita pun dah tahu. Jangan bertindak sendiri.” Adam masih berusaha memujuk abangnya itu walaupun melihat riak wajah Adrian, dia tahu tidak ada apa-apa yang mampu mengubah pendiriannya.

“Setiap satu saat yang berlalu akan dibayar dengan nyawa Miya. I kena pergi dulu selamatkan dia. Don’t worry, I’ll manage to do it.”

Adam benar-benar mati kata dengan kedegilan abangnya. “You pasti Miya kat sana?”

“Tak pasti. but my instincts strongly say that Miya is there.”

“You tak pasti, tapi you gamble nak pergi tempat bahaya tu!”

Tiada jawapan daripada Adrian kerana dia sibuk memeriksa kelengkapan menyelam dan berenang yang diberikan oleh pemilik bot. Apa pun yang keluar dari mulut Adam, tidak akan mengubah keputusannya.

“I’ll go with you,” tegas Adam.

“No…No…You kena ada kat sini.”

“Adrian…”

“I akan send location rumah api tu, then you bagi maklumat tu pada pihak polis. Jangan bagitahu papa mama I dah pergi sana.”

“Kalau dia orang tanya?”

“Cakap I sakit perut, dekat tandas.” Adrian menjawab sebarang, sebelum mengarahkan jurumudi menggerakkan bot setelah menghantar lokasi kedudukan rumah api yang dihantar Richard tadi ke telefon Adam.

Adam memandang abangnya itu dengan wajah sebal. Bercekak pinggang dia memandang bot yang dinaiki Adrian semakin jauh.

“Adrian really deserves you, Miya,” getusnya. “Oh, pity me. I’m hurt.”

JURUMUDI menghentikan bot setelah melihat cahaya dari rumah api yang dianggarkan berkarak 3km dari tempat mereka berada sekarang.

“I’m going down, now,” ujar Adrian. Dia tahu apa yang dilakukannya ini sangat berisiko. Namun, jika dia hanya duduk menunggu dan tidak melakukan apa-apa, dia bimbang terlambat untuk menyelamatkan Miya.

“Okay.”

SEMENTARA Miya, sudah hampir berputus asa apabila seluruh saluran pernafasannya terasa tersekat. Hanya mati yang ada dalam fikirannya.

Mati? Di tempat seperti ini? Dan membiarkan Eryna terus berada di samping Adrian?

Tidak! Tidak! Dia tidak boleh menyerah begitu sahaja. Dia tidak akan membiarkan Eryna menang dan terus mendampingi Adrian. Adrian perlu tahu siapa Eryna dan dia sendiri yang akan memberitahu Adrian tentang wajah sebenar pembantu peribadinya ini.

Tetapi bagaimana? Seluruh tubuhnya dikunci oleh Eryna. Jangan kata mahu menggerakkan kaki, mahu mengelipkan mata saja dia tidak mampu. Dalam hati hanya mampu berdoa supaya ada jalan keluar untuknya, supaya Tuhan menyelamatkannya daripada mati di tangan Eryna.

“Eryna!”

Ketika Miya masih berdoa di dalam hati, suara yang cukup dikenalinya itu, suara daripada susuk yang sangat dia harapkan untuk menyelamatkannya, bergema, bersatu dengan bunyi ombak dan siulan angin.

Cengkaman Eryna pada leher Miya melonggar. Toleh ke samping, wajahnya berubah pucat melihat Adrian yang sedang memandangnya dengan tatapan nyalang.

Miya turut menoleh ke arah yang sama. Jatuh air matanya tidak semena-mena melihat Adrian. Berdiri di hujung sana dengan nafas mencungap. Benar-benar dia nampak kelelahan.

Apa Adrian berenang ke sini? Ya, melihat rambut dan seluruh tubuhnya yang basah kuyup itu, Miya yakin tebakannya benar.

Melihat Eryna yang masih tergamam dengan kedatangan Adrian, Miya menggunakan kesempatan itu untuk melepaskan diri. Dengan segenap upaya, dan sisa tenaga yang ada, Miya diangkat kaki kanannya lalu membentur belakang kepala Eryna. Tidak sia-sia dia mempraktikkan yoga di rumah, jadi setiap anggota tubuhnya mudah dilentur. Eryna berteriak keras saking sakit. Tidak melengahkan masa, Miya melonjakkan tubuhnya membuat Eryna jatuh terlentang.

“You want me to die, huh? We’ll see who will die first!” jerit Miya lalu kepala Eryna disepak sekuat hati. Dia tidak pernah memukul atau menyakiti sesiapa sepanjang hayatnya. Tetapi perbuatan Eryna yang melampaui batas, membuat dia tidak dapat mengawal emosi. Dia juga manusia yang tak terlepas dari hasutan syaitan, apabila dikuasai amarah.

Terhenti langkah Adrian melihat kegilaan Miya. Rasa tidak percaya itu adalah Miya yang dikenalnya sebelum ini.

“Woohh…” Adrian tepuk tangan. “Good job, Miya!”

“Shit!” Eryna menyumpah. Cuba bangun, namun sekali lagi kaki Miya singgah di tubuhnya. Kali ini perutnya pula menjadi sasaran kaki Miya.

“This is for the baby i didn't get to give birth to!”

Kaki Miya terangkat sekali lagi mahu membelasah Eryna, namun suara Adrian menahannya.

“Miya…Miya…Stop!”

“Perempuan ni jahat! You tahu, dia yang bunuh Dahlia.”

“What?”

“She killed Dahlia. Dia yang upah orang langgar kereta Dahlia and…and…and…mayat pemandu lori tu ada kat sini.”

Sejenak, Adrian kaku. Tiada reaksi bermakna pada wajahnya. Terasa seluruh tubuhnya lemah lumpuh tidak berdaya. Lama dia membeku, mencerna fakta yang baru didengarnya. Kecewa, marah, sedih, terkilan, bercampur baur membentuk satu rasa yang diungkapkan. Eryna…Salah seorang yang paling dia percaya, tega mengkhianatinya begitu sekali. Berlagak seperti pekerja dan sahabat yang sangat setia, tetapi di belakang menikamnya bertubi-tubi.

“I trust you, Eryna…” Suara Adrian terdengar putus asa. Fikirnya menculik Miya adalah perkara terburuk yang dilakukan Eryna, namun dia silap. Pembantu peribadinya malah telah membunuh Dahlia dan mungkin mahu melakukan perkara yang sama kepada Miya.

Eryna tertawa, sedikit tidak terusik dengan kata-kata Adrian. “I ingat you nak kahwin dengan I lepas perempuan tu mampus! Tapi you kahwin dengan perempuan yang you baru kenal satu malam ni!”

Tangan Adrian terkepal. Sekalipun marah, namun akal warasnya masih berfungsi dengan baik. Dia tahu dalam keadaan marah seperti ini, satu tamparan ke muka Eryna cukup untuk menghentikan nafas perempuan itu.

“Then I’m glad I didn’t marry you…Bitch!”

Eryna ketap bibir. Kali pertama Adrian mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya dan rasanya seperti dilempar lumpur tepat ke muka. Lelaki yang dicinta dan dipujanya tega melemparkan kata-kata seperti itu.

“You akan menyesal, Adrian,” ujarnya.

“Kita tengok siapa yang menyesal.”

Eryna tertawa. Sudah tentu Adrian yang akan menyesal. Dia tidak akan bertindak sejauh ini jika tidak memiliki nekad yang tinggi.

“You terlalu yakin, Adrian.”

Ketika itu juga telinga mereka dapat menangkap bunyi sesuatu dari atas. Sama-masa mereka terdongak sambil memutar pandangan ke sekeliling. Samar-samar dapat dilihat cahaya berkelip-kelip. Semakin lama bunyinya semakin dekat dan semakin jelas.

Helikopter!

“Good bye, Adrian!” Ketika mereka leka dengan bunyi helikopter itu, Eryna bertindak menarik kaki Miya lantas menggolekkan tubuhnya ke kiri menyeret Miya bersama jatuh ke dalam laut dari ketinggian lima meter.

“Shit!” Tidak menjangka tindakan Eryna, Adrian berlari ke pinggir pelantar lantas turut terjun.

Miya tergapai-gapai di dalam air. Dia tahu berenang, tetapi tindakan Eryna yang tidak dijangka, serta jatuh dari ketinggian lima meter menyebabkan Miya panik. Dia hampir lemas. Samar-samar dia melihat Eryna turut tergapai-gapai menuju permukaan.

Miya berusaha tenang, membuang rasa panik, dan mendorong tubuhnya menuju permukaan. Saat itu juga dia melihat Adrian berenang ke arahnya.

“Miya…” Adrian menghulurkan tangannya ke arah Miya.

Miya cuba berenang ke arah Adrian sambil cuba menyambut huluran tangan Adrian, namun tiba-tiba kakinya ditarik membuat dia kembali tenggelam.

Adrian menyelam, cuba melepaskan tangan Eryna dari kaki Miya. Namun nekadnya wanita itu membuat semuanya menjadi sukar. Tidak ada cara lain, dia menarik keluar pisau yang diikat pada lengan dan disembunyikan disebalik lengan baju selamnya. Mendekati Eryna, ditusuk pisau itu pada bahu wanita itu, membuat pegangan Eryna pada kaki Miya terlepas. Tindakan reflek Eryna yang meraung akibat rasa sakit kesan tusukan itu membuat dia mencungap lemas, sementara Adrian menggunakan peluang itu menarik Miya ke permukaan.

DARI dalam helikopter, Adam menjerit mengarahkan juruterbang turun lebih rendah.
Sebuah tangga bertali diturunkan dari helikopter bagi membolehkan Miya dan Adrian menggunakan tali itu untuk naik ke helikopter. Cemas Adam melihat Miya, Eryna dan Adrian yang sedang bergelut di bawah sana. Eryna yang kelihatan agresif dan Miya membalas dengan tidak kalah kasarnya dengan bantuan Adrian. Sesekali ketiga-tiganya kelihatan tenggelam timbul.

“Miya!!!! Adrian!!!” jeritnya. Tetapi suaranya tenggelam dengan bunyi kipas helikopter. Ikutkan hati, mahu saja dia turun membantu Adrian dan Miya namun ditahan oleh anggota polis.

Dengan rengusan kasar, dia memandang ke bawah. Miya sudah berhasil memegang anak tangga pertama, disusuli oleh Adrian.

KETIKA Adrian sudah berhasil memijak tiga tangga, Eryna tiba-tiba timbul.

“Kalau I tak boleh hidup dengan you, I akan pastikan kita mati sama-sama Adrian!” Memanjat satu tangga, dengan pantas muncung pisau dihala ke leher Adrian, namun gerakan tangga yang bergoyang ditiup angin membuat tikaman itu tersasar ke bahu. Ditolak pisau itu memastikan ia tenggelam sedalam-dalamnya sebelum dia menariknya keluar semula.

Adrian menjerit keras. Terlepas pegangannya pada tangga namun satu tangan terhulur menggenggam kejap tangan kirinya.

“Hang on,” ujar Miya.

“Awak naik dulu,” ujar Adrian.

Miya menggeleng. Dia tidak akan naik tanpa Adrian.

“Saya akan naik kemudian. Awak pergi dulu.”

“No!” Miya bertegas. Amarahnya sudah benar-benar memuncak. Bukan kepada Adrian, tetapi kepada Eryna. Melihat wanita itu bergelayut pada kaki Adrian membuat darahnya mendidih. Bagaimana Adrian mahu bergerak naik jika mak lampir itu bergayut di sana? Turun satu anak tangga, dihentak kepala Eryna bertubi-tubi sekuat hatinya. Agak sukar dan beberapa kali dia tersasar kerana tangga yang bergoyang, namun akhirnya dia berjaya. Puas hatinya melihat Eryna jatuh semula ke dalam laut. Cepat-cepat Miya dan Adrian melangkah naik sebelum Eryna menggagalkan mereka semula.

Ketika beberapa anak tangga lagi menghampiri lantai helikopter, sebuah lengan kekar terhulur menyambut tangannya. Miya berpaut pada lengan itu. Dengan sigap, Adam menarik Miya masuk ke helikopter sebelum dia membantu Adrian pula.

“Adrian…” Miya menerpa ke arah lelaki itu lantas memeluknya erat. Pecah tangisnya dalam pelukan Adrian. Lega akhirnya dia selamat. Lega akhirnya Adrian datang menyelamatkannya. Lega kerana dia masih diberi peluang untuk hidup.

Adrian meringis apabila tangan Miya menekan luka akibat tikaman Eryna tadi. Cepat-cepat Miya meleraikan pelukannya

“I’m sorry…I’m sorry…Are you okay?” tanya Miya sambil takut-takut menyentuh kesan luka itu.

“Yeah…I’m okay,” jawab Adrian tanpa mengalihkan tatapannya dari wajah Miya. Melihat wajah Miya yang mengkhuatirkannya membuat hatinya bagi disiram air mawar.

“Are you sure?”

“Yeah.”

Miya mendesah lega. “Thank you for coming to me.”

Tidak segera membalas, tangan kiri Adrian yang tidak tercedera menarik Miya ke dalam pelukannya.

“You’re also doing great, baby. I’m so proud of you,” gumam Adrian sambil mengucup puncak kepala Miya bertubi-tubi. Dia bersyukur Miya selamat. Syukur dia datang pada waktu yang tepat. Dan dia bangga dengan Miya. Miya yang dilihatnya lemah dan tidak pandai melawan, mampu berjuang menyelamatkan dirinya dan melawan Eryna.

“I love you, I miss you. Saya ingat awak tak datang. Saya ingat awak tak sedar saya hilang. Saya ingat awak tak tahu saya kat mana. She..She…She was..Eryna..She..She was…” Miya berceracau sambil menangis di dada Adrian.

“Shhhh..Shh..Shh..Calm down baby. Calm down..” pujuk Adrian sambil mengusap belakang kepala Miya. Senyuman tidak surut dari bibirnya apabila mendengar ungkapan dari mulut Miya tadi. Entah Miya mengungkapkan itu dalam keadaan sedar atau tidak, tetapi dia tetap bahagia.

“I..I want you to..fire her..” ujar Miya dengan masih teresak-esak.

“Yes, I will fire her.”

“Right now!”

“Hey Eryna! I fire you!”

Miya tidak bersuara lagi. Tetapi pelukannya semakin erat.

“Miya…”

“Hmmm…”

“Kita rujuk?”

Tidak melepaskan pelukannya, Miya mendongak, membalas tatapan Adrian sebelum perlahan dia mengangguk.

Terbit senyum di wajah Adrian. Hilang segala kesakitan pada tubuhnya. Tunduk, bibir Miya dia pagut lembut sebelum Miya membalas ciuman itu.

Adam yang melihat itu mendengus sebal. “Go back and find a room la!”

Share this novel

DgR
2022-11-07 07:22:23 

salam. yeayyyy bacaan kali ke-4...best ever calyta

Huda Rahman
2022-11-07 04:07:24 

Thanks, Calyta. Now I can sleep soundly

Cathllina
2022-11-06 14:16:24 

yeay!Adrian dan Miya rujuk semula!tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience