ZamanSekolahMenengah

Romance Completed 4730

"Kak tu yang marah aku haritu" "Garang sia pengawas tu" Aku dikenali sebagai seorang pengawas yang garang hinggakan tak ada pelajar yang berani tegur aku kecuali kawan sekelas aku.Kelakar bunyinya bagiku kerana aku okey ja kalau orang tegur tapi tu la entah apa yang ada dekat muka ni sampai seorang pun tak berani tegur.

Aku ada seorang sahabat baik perempuan. Nama dia Fatihah tapi nama glamournya tehais la.aku mengenali dirinya sejak dia berpindah ke sekolah rendahku ketika kami darjah 2 .Hm lama dah tu."Aku jemu tengok muka ko setiap hari Syaa"-Tehais berasal dari KL "Hang tak kata aku lagi la jemu balik² muka hang lagi" Aku pula berasal dari kedah.Pertuturanku agak kasar namun Tehais sentiasa memahami.

Kami ni pergi mana pun sekali sampai cikgu kata "Kamu berdua ni dah macam belangkas" belangkas pun kalah aku rasa hahaha .Kalau bergaduh ja tak sampai setengah hari,eh setengah jam pun belum tentu ada ja benda yang nak di'gossip'kan.Ini la erti persahabatan kerana aku memegang konsep gaduh baru rapat. Pelik pada orang lain tapi itulah hakikatnya.

~•~

DI DEWAN PERHIMPUNAN PAGI..

One day, ada budak lelaki baru daftar ke sekolah kami.Dewan dan pejabat tidaklah begitu jauh,kiranya boleh tahu la ada pelajar baru. Good looking tapi poyo semacam ja bro.Tehais berbisik kepadaku"Amboi Syaa handsomenya laki tu" "Aku tidak menafikan tapi dia 50/50 ja "Aku membalas lalu kami ketawa hinggakan ada yang memerhati kami.Setelah usai perhimpunan kami diminta masuk ke kelas.

Nak dijadikan cerita pula, dia ni sekelas dengan aku."Hansome nya weh" "Ap nama dia eh?" "Harap dia sekelas dengan kita!" kedengaran suara² pelajar perempuan yang berada di luar kelas.Aduhai habislah kelas aku dihiasi dengan puji pujian melambung disebabkan lelaki tu.

KRINGG!Loceng menandakan waktu pembelajaran akan bermula.Cikgu Hasnah,cikgu bahasa Melayu kami yang paling baik hati dan suka buat lawak.Beliau lah yang paling memahami kalau kami penat ada ja masa dia bagi untuk kami rehat.

"Selamat pagi cikgu!" "Duduk semua,eh nampaknya ada pelajar baru kelas kita ni.Silalah kenalkan diri kamu dekat pelajar kelas ni,mereka sangat berminat untuk mengenali kamu betul tak kelas?"satu kelas hanya melepaskan ketawa dan tepukan pemberi semangat.

"Hai semua, nama saya Mohd Mikail,boleh panggil saya Mika,saya berpindah ke sini kerana ayah saya merupakan salah seorang anggota NAVY.Saya berharap agar dapat berkenalan dengan awak semua dengan lebih rapat" Mika terus mengambil tempat di sebelah Israr,salah seorang yang agak rapat denganku,berkaca mata dan tinggi .Selepas itu kami hanya meneruskan pembelajaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience