BAB 15

Romance Series 3402

"F1,F2,F3,F4,F5...VEE SEBAGAI( F1),PIKA SEBAGAI (F2),AMY SEBAGAI (F3),IRIS SEBAGAI (F4) DAN AISY SEBAGAI (F5)..."(Kata Tuan J)

"WOW!..."

"Tapi apa maksud F dengan no tu.."(Tanya Iris)

"F tu singkatan dari FBI..no tu no id kita..001,002,003,004,005..."(Terang aku pada Iris)

"Owh...hehe..tq Vee.."(Kata Iris sambil tersenyum manja ke arah aku)

"Itu pon tak tahu.."(Marah Amy sambil menolak perlahan kepala Iris)

"Ish kau ni!.."(Marah Iris sambil membuat gaya ingin memukul Amy)

"Dah..Dah jangan gaduh..kamu berempat boleh beredar..Vee kamu tunggu dulu saya nak terangkan pasal misi pertama kumpulan kamu..nanti Vee akan terang kat kamu semua.."(Arah Tuan J)

Mereka semua bergerak keluar tinggal aku dan Tuan J sahaja..

"Kenapa Uncle(Tuan J) lantik Vee sebagai ketua.."(Tanya aku bila melihat Tuan J hanya berdiam sahaja macam tahu tahu je aku ingin bertanya sesuatu)

"Macam yang Uncle cakap tadi Vee tak macam budak budak lain..lagi pon Vee dah tinggal lama disini dari budak budak lain..Vee,..Uncle dah anggap macam anak sendiri..Vee membesar depan mata Uncle..Uncle tahu Vee seorang yang Jujur,bertanggungjawab,berani dan bijak dalam melakukan sesuatu perkara.."(Kata Tuan J)

Aku tersenyum sinis mendengar kata kata Tuan J..

"Uncle takyah nak tipu Vee..mesti ada sebab lain Uncle jadikan Vee sebagai ketua..lagi pon kenapa Uncle tak pilih sahaja Aisy..Uncle tahukan Aisy jugak seorang yang cekap,bijak dan hebat dalam mempertahankan diri..beza Vee dengan dia cuma Vee tinggal kat sini lebih lama dari dia..takkan sebab Vee tinggal sini lebih lama dari dia Uncle pilih Vee berbanding Aisy.."(Balas aku)

Tuan J tersenyum mendengar kata kata aku..

"Sebab tu Uncle pilih Vee sebab Vee tahu apa yang ada dalam fikiran Uncle..memang Vee dan Aisy mempunyai kehebatan yang sama..tapi Aisy tidak mempunyai sikap yang sama seperti Vee.."(Kata Tuan J)

"Maksud Uncle?.."(Tanya aku pelik bila Tuan J tidak menghabiskan kata katanya)

"Tanggungjawab dan Jujur yang ada dalam diri Vee tidak ada pada Aisy..lagi pon Vee tahukan sikap Aisy macam mana..seorang yang berjiwa dingin dan keras kepala...Uncle tak yakin Aisy dapat menguruskan sebuah kumpulan dengan sikapnya yang pentingkan diri sendiri..Misi yang Uncle akan berikan ini melibatkan nyawa..Jadi Uncle yakin Vee dan rakan rakan yang lain dapat menyelesaikan misi tersebut..Uncle nak Vee bantu Pika,Amy dan Iris menjadi seorang FBI yang hebat..Walaupun mereka bertiga terkenal dengan sikapn nakal..Uncle tahu mereka bertiga jugak mempunyai kelebihan tersendiri dan hebat seperti Vee dan Aisy..cuma mereka tidak terlalu serius je..faham.."(Kata Tuan J)

"Faham Uncle..Vee akan cuba sedaya upaya untuk menyelsaikan misi ini sebaik mungkin bersama sama dengan mereka.."(Kata Aku)

"Uncle yakin Vee boleh..ini ada maklumat tentang misi yang akan Vee dan rakan rakan yang lain akan laksanakan.."(Kata Tuan J sambil menghulurkan sebuah File berwarna coklat pada aku)

Aku mengambil File tersebut lalu membukak file itu..

Terdapat beberapa biodata berserta gambar..

Nama:Zaki iskandar
Nama panggilan:Datok Zaki
Umur:60 tahun

"Uncle nak saya buat apa dengan lelaki tua ni?"(Tanya aku sambil melihat gambar seorang lelaki yang sudah berusia)

"Uncle nak kamu dan jugak rakan rakan kamu untuk melindungi Datok Zaki.."(Terang Tuan J)

"Lindungi dia?..dari siapa?"(Tanya aku kebingungan)

"Tengok kertas lagi satu.."(Kata Tuan J)

Aku pon menyelakkan kertas pertama dan lihat ke kertas kedua..

Nama:Benjamin
Umur:38 tahun

"Benjamin ketua Mafia yang sangat berbahaya dan paling licik..Uncle nak kamu dan rakan rakan berjaga jaga dengan Ben..Tiga hari lagi Datok Zaki akan bergerak ke Thailand untuk menghantar batu permata yang bernilai 5.2 juta...Permata itu akan di bawak ke Thailand untuk dijadikan pameran di sana..Uncle suruh kamu melindungi Datok Zaki dan berhati hati dengan Benjamin kerana Datok Zaki merasakan Benjamin akan membuat perancangan untuk mendapatkan permata itu kerana Datok Zaki hampir dibunuh oleh budak budak Benjamin..mujur ada pengawal pengawal yang dapat lindungi Datok Zaki..Uncle nak Vee dan rakan rakan melindungi Datok Zaki sehingga sampai ke Thailand.
Sebab Uncle yakin Benjamin dan rakan rakannya telah merancang sesuatu untuk merampas permata itu dan membunuh Datok Zaki.."(Terang Tuan J)

"Owh..jadi tugas kami kali ini untuk lindungi Datok Zaki dari Benjamin lah.."(Kata aku)

"Betul..nah lihat gambar ini dan berikan pada F2,F3,F4 dan F5 nanti.."(Kata Tuan J sambil menghulurkan 5 keping gambar yang sama)

"Tatu Helang?"(Tanya aku kebingungan)

"Iya..tatu Helang..simbol bagi kumpulan Benjamin..Uncle nak kamu berjaga jaga dengan mereka yang mempunyai tatu ini..Jika kamu nampak ada orang yang mempunyai tatu helang berjaga jaga lah mungkin mereka adalah budak budak Benjamin.."(Terang Tuan J)

"Baik lah..bila kami boleh mula operasi?.."(Tanya aku)

"ESOK.."(Kata Tuan j)

"Baik lah..nanti Vee suruh dorang bersedia untuk esok.."(Kata aku)

"Datok Zaki akan bergerak menaikki kereta api..supaya Benjamin tak dapat menjejakki Datok Zaki..jadi ini alamatnya..Uncle nak Vee dan rakan rakan berjumpa Datok Zaki di sana dan bergerak bersama sama Datok Zaki ke Thailand..Esok Vee dan rakan rakan bergerak awal dan berehat ke hotel yang berdekatan dengen alamat yang diberi...Datok Zaki akan bergerak ke Thailand tiga hari lagi..jadi esok Uncle nak Vee dan rakan rakan bersiap sedia..rancang sesuatu untuk menjadi seorang FBI yang hebat.."(Terang Tuan J)

"Baik Uncle.."(Kata aku)

*******
Aku berjalan ke arah kantin untuk memanggil rakan rakan aku..

"Vee!.."(Jerit Iris sambil melambai tangan ke arah aku)

"Eh mana Aisy?.."(Tanya aku bila melihat hanya Pika,Amy dan Iris je yang berada di kantin)

"Tandas.."(Kata Pika)

"Eh duduk lah Vee.."(Kata Amy)

Aku pon menarik kerusi dan duduk sebelah Amy..

"Nah..dalam File ini ada biodata dan gambar.."(Kata aku sambil memberi file yang diberi oleh Tuan J)

"Maaf lambat.."(Kata Aisy yang tiba tiba muncul)

"Ha..duduk cepat.."(Kata Iris)

"Ok semua dah berkumpulkan..ok aku nak terang pasal misi pertama kita..Misi kita adalah untuk melindungi Datok Zaki dari Benjamin iaitu ketua kumpulan Mafia yang paling berbahaya dan licik..Tuan J suruh kita berhati hati dengan mereka.."(Terang aku)

Mereka berempat melihat biodata dan gambar yang di beri oleh aku..

"Gambar tatu helang?"(Tanya Amy)

"Ye..aku nak korang berhati hati dengan orang orang yang mempunyai tatu tersebut..kerana itu adalah simbol bagi kumpulan Benjamin.."(Terang aku)

"Jadi bila kita mula misi?.."(Tanya Pika)

"Tiga hari lagi kita kena ikut Datok Zaki ke Thailand..kerana Datok Zaki ingin menghantar batu permata yang bernilai 5.2 juta untuk dijadikan pameran disana..Jadi tugas kita perlu lindungi Datok Zaki sehingga sampai ke Thailand..Tapi..Tuan J nak kita bergerak untuk mencari hotel yang berdekatan dengan alamat yang di beri esok pagi..supaya kita boleh merancang sesuatu dan bersiap sedia.."(Terang aku)

******
BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience