BAB 11

Other Completed 4606

Seminggu Zulkarnain koma dan ditempatkan di HKL. Keadaan Zulkarnain agak kritikal dan membuatkan Balqis, Umi dan Bahrin berasa sangat gusar dengan keadaan Zulkarnain.

Sepanjang Zulkarnain di sana, Zulkarnain dibayangi pelbagai bayangan. Wajah ibu dan ayahnya bersilih ganti muncul di fikirannya meminta Zulkarnain menyedekahkan mereka Surah Yasin.

Manakala Balqis yang saban hari melawatnya di hospital sering mengalunkan Al-Quran untuk Zulkarnain. Kadangkala Balqis turut berbual dengan Zulkarnain dengan harapan Zulkarnain cepat sedar kembali.

Zulkarnain mendengar tiap patah perkataan yang Balqis katakan kepadanya. Namun entah mengapa dia tidak dapat menggerakkan seluruh anggota badannya. Tidak mampu bersuara. Segala urat sarafnya bagaikan mati. Matanya tertutup rapat bagai sedang digam.

“Saya nak sangat tahu apa yang awak maksudkan kesederhanaan dalam kesempurnaan pada bulan lepas.” Saat itu Zulkarnain berharap sangat keajaiban berlaku supaya dia dapat bangun dan berbual dengan Balqis.

Mahu saja dia bercerita kepada Balqis betapa gadis itu sempurna di dalam kesederhanaannya. Dia sempurna tatkala mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran namun bersederhana tatkala berkongsi pengetahuannya menceritakan tentang Al-Quran.

Pernah dia memuji Balqis seorang gadis yang cantik dan hampir sempurna dari segi paras rupa dan tutur bicaranya namun Balqis merendah diri dengan merulang kali menyebut itu semua adalah anugerah Tuhan dan hanya pinjaman sementara.

Balqis sentiasa besederhana dari semua perkara, dan perkara itu yang mebuatkan Balqis sentiasa dekat dengan Allah s.w.t dan jarang melakukan perkara-perkara yang tidak baik yakni menghampiri kesempurnaan.

“Awak bangun cepat ye awak? Boleh awak sama-sama berpuasa dengan saya, Umi dan Bahrin. Kita pergi tarawih sama-sama.” Balqis bertutur lembut sambil menahan sebak di dada.

“Awak kan cakap saya dah curi hati awak. Bangunlah cepat. Boleh saya pulangkan hati awak balik.” Balqis cuba berjenaka dan tergelak kecil sendiri. Namun getar suara sedihnya masih kedengaran. Tangan kanannya diangkat lalu mengesat air matanya yang mengalir.

“Lagi cepat awak sedar dan bangun, lagi cepat awak boleh habiskan juzuk terakhir kitab Al-Quran.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience