BAB 9

Horror & Thriller Completed 1199

“ Sebab setelah peristiwa tersebut Kambalung tidak dapat dijejaki. Sehinggalah kamu kemari barulah Ustaz dapat merasakan kehadiran Kambalung kembali.” jelas Ustaz Rizuan lagi.

“ Apa kaitan Cempaka dan Kambalung, Ustaz. Cempaka tak faham”

“ Wajah kamu Cempaka. Wajah kamu mirip sekali dengan Izara.”

Cempaka melepaskan sebuah keluhan. Sungguh dia tidak menyangka perkara seperti ini berlaku terhadap dirinya.

Mujurlah tadi dia tidak memihak kepada siapa-siapa. Jika dia memihak kepada Kambalung, semestinya ramai lagi yang bakal menjadi korban Kambalung.

“ Sudahlah Cempaka. Lupakanlah apa yang dah berlaku. Ingat, jangan pernah kamu ceritakan hal ini kepada rakan-rakan kamu yang lain. Biarlah semua ini berakhir disini.” pesan Ustaz Rizuan.

Cempaka mengganguk perlahan. Dia benar-benar bersyukur kerana terselamat daripada menjadi mangsa Kambalung. Cempaka mengejutkan Khalisa sebelum mereka beredar dari situ. Yelah, takkan nak suruh Ustaz Rizuan angkat si Khalisa plak.

Khalisa yang tersedar memandang keadaan sekeliling dengan penuh hairan. Matanya melilau mencari “sesuatu”. Kehadiran Cempaka dan Ustaz Rizuan tidak di entahkannya. Ustaz Rizuan yang dapat membaca riak Khalisa, memberikan isyarat kepada Cempaka supaya mengajak Khalisa beredar dari situ.

“ Cempaka, mana lembaga yang menakutkan tu?” tanya Khalisa.

“ Iskhh! Lembaga apa plak kau ni? Mengarut je. Kau dah lupa ke tadi kau pengsan sebab jatuh daripada pokok tu? Aku dah cakap, jangan panjat. Gatal nak panjat jugak. Buat malu je. Free-free je Ustaz tengok kau landing tadi.” bebel Cempaka cuba menutup cerita.

Khalisa yang mendengar mula tersipu-sipu walaupun dia sendiri tidak pasti dengan apa yang diucapkan oleh Cempaka itu benar ataupun tidak. Tapi, kalaulah ianya benar memang malu besarlah dia. Jatuh depan Ustaz? Mmmm…

“ Jomlah kita pergi dari sini. Khalisa pun dah sedar. Ustaz rasa eloklah kamu berdua gunakan masa yang ada ni untuk ulangkaji pelajaran. SPM dah dekat kan? Jangan sia-siakan masa yang ada. Kang, kamu juga yang rugi.” nasihat Ustaz Rizuan seraya mengorak langkah meninggalkan tempat itu.

“ Selamat tinggal kawanku Kambalung.” bisik hati kecil Cempaka lalu meninggalkan tempat sebaik melihat kelibat Ustaz Rizuan semakin hilang dari pandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience