CHAPTER 4

Action Series 4239

" ANNAAAAA !!! " Ren menepuk dahinya, kepala dihantuk kedinding beberapa kali.

Baru sekejap sahaja dia terlambat, halaman rumah itu sudah seperti taman kanak-kanak, kasut berterabur sana sini dengan pasu besar yang dibelinya semasa datang ke jepun kini sudah masuk ke neraka.

" Kau dah kenapa terjerit jual kuih pagi-pagi ni " tegur zariel, dibelakangnya ada Louis dan Farras bersama.

" HAHAHAHAHAHA !!! " Louis tergelak melihat halaman rumah yang sudah hampir dikemas siap oleh Ren kini hancur kembali.

" Diam kau bahalol !!! " selipar jepun dibaling ke kepala Louis.

" Kau nak pergi mana dengan beg bagai ni " tanya Ren.

" Eh, Anna tak bagitahu kau eh? dia suruh kita tunggu luar Bar, Geng Loy datang lepak harini "
terang zariel.

Ren mengangguk-ngangguk perlahan.

" Korang gerak dulu, aku ade kerja sikit "

Zariel, Louis dan Farras bergerak dengan sebuah kereta Mustang yang dipandu abang Ren, Zariel.

" Aku...tak silap orang kan? Ammar yang Anna tanya semalam memang Ammar Hans, right? "
bicara Ren seorang diri, tidak kira apa hari ini juga dia mesti mencari tahu tentang lelaki itu.

Anna juga tidak boleh tahu tentangnya.

" Awal you harini Anna? " tanya Mira, mereka berdua sedang mengelap gelas kaca yang baru dibasuh.

" Mestilah kena awal, I baru je kerja takkanlah nak jadi bos datang lambat " jawab Anna, dia tidak menoleh ke arah Mira, sengaja dia buat-buat tekun mengelap gelas yang sepertinya terlalu kotor itu padahal baru sahaja dibasuh.

" Haha betul jugak kan, Anna I nak pergi toilet kejap tau " ujar Mira tiba-tiba dan terus berlalu ke pintu belakang.

Anna masih meneruskan kerjanya, dia memerhati seorang demi seorang yang masuk ke dalam bar.

Dia hanya memerhati seorang sahaja, Loy.

Sedang dia leka mengelap gelas kaca tiba-tiba Lisa selaku bos Bar datang dengan tangan sebelahnya membawa botol arak.

Botol kaca itu diletak atas meja.

" Anna, boleh tolong I bagi wain ni dekat customer bilik VIP atas, bilik number 128. Haris cuti, katanya tak berapa sehat. Boleh tak Anna? Urgent ni! " tanya Lisa .

Raut mukanya juga seperti berharap Anna dapat menolongnya.

Awalnya Anna menggeleng tapi tiba-tiba airpods yang terlekat pada telinga berbunyi.

" Anna, bawak je. Geng Loy yang booking bilik tu" Arah Ren tiba-tiba. Sejak tadi lagi dia mendengar perbualan Anna dan Lisa.

Bosnya itu bukan terdesak untuk meminta tolong tapi disuruh oleh Loy sendiri.

" O...okay I bawakkan. " Jawab Anna perlahan, tangannya mencapai botol wain ditangan ... Dan berlalu ke tangga.

" Anna kitaorang masuk dari atas kau ready je " pesan Louis melalui airpods.

Anna meneruskan perjalanan menuju ke bilik VIP.

Pintu kayu bercat klasik diketuk.

" Wain service ! " Jerit Anna, biasalah orang dalam tu semestinya sedang bersenang-senang takkan mungkin dengar jika dia menggunakan suara yang perlahan.

" Yes? Oh...my wain is here ! Come, come with me " ajak lelaki yang membuka pintu tadi, Anna hanya memberi senyuman dan segera masuk mengikuti lelaki tadi.

" Behave Anna, diorang semua ade simpan senjata sendiri " tegur Ren apabila melihat Anna memasuki bilik VIP tersebut.

" I pon ade lah... " Jawab Anna perlahan, takut jika mana-mana orang perasan dia melakukan sesuatu.

" Sit here baby... " Ajak lelaki itu, sofa panjang disebelahnya ditepuk-tepuk menyuruh Anna mengikut kehendaknya.

Anna mengetap kuat giginya, ni dah melebih aku tak tahan nanti masuk neraka semua.

Anna perlahan-perlahan berjalan ke sofa yang diduduk oleh lelaki tadi.

" Anna stop !! " Jerit Farras melalui airpods.

Anna terhenti, tangannya dikuis-kuis perlahan.

" Ada weapon scan dekat situ " ujar Farras, dia tidak mengikut yang lain. Sekarang dia berada di tingkat atas sekali, dia atas bumbung bangunan Bar.

Anna berdecit, melihat sofa disebelahnya kosong, cepat-cepat dia duduk.

Lelaki tadi memandang pelik, dia bangun dan menghampiri Anna. Dagu Anna ditarik perlahan lalu topi hitamnya yang menutup separuh mukanya juga dibuka.

" Wahhhh ! Fantastic !!! muka cantik macam ni kenapa you nak sorok, hm baby? " tanya lelaki itu, wajah Anna dielus perlahan.

Anna memejamkan matanya rapat, dia perlu bertahan supaya yang lain boleh meneruskan rancangan.

Tangan lelaki tadi dari wajah sudah turun ke leher, rambut perang Anna diselak perlahan ke belakang menampakkan lehernya, tiba-tiba lelaki itu duduk lalu mengubah kedudukan tangan dari leher kini sudah mula menjalar di paha.

Anna masih cuba bertahan, penumbuknya sudah digenggam tunggu masa sahaja nak melayang.

Baru sahaja Anna ingin menjalankan strategi melepas geramnya, lelaki tadi jatuh pengsan tiba-tiba.

' that's good, nasib tak kena dengan aku kalau tak lunyai kau! '

Anna mencabut satu jarum yang kecil halus dari belakang tengkuk lelaki itu, jarum itu dicampak jauh.

Dia tahu punca lelaki itu pengsan tadi adalah daripada perbuatan Louis yang sememangnya itu kemahiran dia.

kerjanya menjadi senang kerana bawahan Loy disitu semuanya sudah mabuk air syaitan.

Anna cuba mendekati beberapa lelaki yang duduk diantara setiap sofa, satu lelaki berbaju hitam dituju.

" Boleh tak I nak jumpa bos you, I cust dia. bos you suruh datang jumpa tadi " ulah Anna. dia berdiri tegak dihadapan lelaki itu menunjukkan kononnya dia cust asli yang memang ingin ditemui.

" Bos?! bos...bos kat mana baby? " lelaki itu dengan mabuk araknya yang sudah tahap neraka bertanya kepada gadis seksi yang dari tadi melekat seperti magnet dibadannya.

" You lah bos I, hihihi " gadis itu melentok-lentokkan badannya , dah macam ikan bilis tak cukup makan pon ade.

" Ahhh! bos dekat situ..." jawab lelaki berbaju hitam itu, dia menunjuk kearah salah satu dinding.

Dari jauh nampak seperti dinding biasa tapi siapa tahu ada sebuah bilik rahsia di dalam.

Anna mempercepatkan langkahnya kearah dinding yang ditunjuk lelaki tadi.

Di salah satu sudut bilik ada seseorang yang sedang memerhatikan pergerakan mereka, tangannya digenggam kuat.

Satu button berwarna hitam ditekan.

Perlahan Anna melangkahkan kaki, pistol kecemasan yang diberi Ren semalam dipegang kuat.

Firasatnya mengatakan ada sesuatu yang tak terduga akan terjadi.

" Now !! " jerit satu suara dari dalam bilik.

Anna terkaku seketika disitu, kepulan asap yang keluar dari bilik rahsia itu membuatkan pergerakannya terhenti.

" Anna watch outtt !!! "

BANGGG!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience