PROLOG

Action Series 3732

Tajam anak mata hazel milik gadis kecil itu melilau ke setiap pelusuk kawasan lapang itu. Bila mata tajamnya sedar ada satu susuk tubuh dari sang lawan yang berada di hujung bangunan sana, dia terlebih dahulu membuka langkah sebelum satu das tembakan di lepaskan ke arah sang lawan.

"Bang!"

Dengan kelajuan 1.0 saat laju besi berbentuk bujur itu terbang ke udara sebelum tertusuk ke dalam permukaan dinding.

"Ish!" Rungut Laura sendiri. Kesal.

Disebabkan tembakan yang dilepaskan oleh Laura tersasar jauh membuatkan seorang lelaki yang tadi berada di bangunan itu tersedar dengan tindakan Laura yang menyerangnya dengan secara hendap.

Melihatkan peluru silver sebesar cip itu sudah selamat tertusuk ke dalam dinding sebelahnya, laju tangan lelaki itu mencapai sepucuk pistol hitam sebesar 7cm sebelum di sasar tepat ke arah Laura dari jauh. Dengan kelajuan kilat laju picu pistol itu di tekan seraya melepaskan tembakan.

"Bang!"

Melihatkan itu laju Laura mengelak sebelum membuka langkah menyorok di sebalik pokok besar. Berdas-das lelaki itu melepaskan tembakan ke arah tempat persembunyian Laura. Membuatkan kerja Laura untuk membunuhnya semakin sukar.

Bila ada peluang, tangkas Laura membuat serangan tepat ke arah lelaki itu. Namun laju juga lelaki itu mengelak dari terkena tembakannya.

Bila peluru Laura sudah habis laju lelaki itu membuat serangan. Malah serangan yang di balas makin lama makin berkali ganda. Membuatkan Laura terpaksa bersembunyi di sebalik pokok dahulu bagi menyelamatkan nyawanya sendiri.

Melihatkan serangan daripada pihak lawan masih belum berhenti memaksa Laura untuk menggunakan asap hijau bagi mengaburi mata bagi pihak lawan.

Laju penutup botol  berbentuk bulat itu di tarik sebelum di lempar jauh. Membuatkan asap hijau mula keluar sebelum memenuhi ruang udara sehinggakan mengaburi pandangan pihak lawan.

Dengan tindakannya itu berjaya  membuatkan tembakan yang dilepaskan daripada pihak lawan tidak tersasar tepat ke arahnya. Bila peluang sudah berada di depan matanya laju jari runcing milik Laura menekan keyboard A sebanyak tiga kali bagi melepaskan tiga das tembakan.

"Bang! Bang! Bang!"

Ternaik hujung bibir Laura bila melihat badan lelaki itu sudah terhuyung-hayang sebelum jatuh menyembah bumi.

"Now I am the winner boy." Lirik Laura sendiri sebelum bibirnya terukir senyuman suka.

Terpapar di skrin laptop Laura  perkataan 'YOU ARE THE WINNER'

"Yoooyehhh!"

Terus badan kecil milik Laura meloncat suka sambil berjoget riang plus menjerit. Suka kerana dalam dunia JTA nya hanya itu kali pertama carta killnya tinggi. Kalau dahulu jangan kata nak kill terjumpa musuh pun pecut lari tiga kilometer.

"Laura!"

Dengar sahaja namanya diseru oleh satu suara garau membuatkan badan milik Laura automatik mengeras. Dia tahu siapa. Papa!

Laju anak matanya melihat jarum jam. Sudah menunjuk angka dua pagi. Papa tak tidur lagi? Jangan cakap papa dah tahu yang dia masih belum tidur lagi walaupun waktu sudah menganjak waktu pagi.

Ini semua gara-gara jeritannya tadi!

Tapi mana mungkin papanya dapat mendengar suara jeritannya tadi kerana biliknya agak kebal dengan sebarang bunyi.

Melihatkan tombol pintu biliknya mula bergoyang hebat, Laura yang berada di meja study tadi terus lompat ke atas katil sebelum tubuhnya di bawa berbaring. Dibuat gaya ala-ala tidur. Tidur ayam!

"Laura! Bukak pintu ni!"

Namu bila suara itu makin mengeras memaksa Laura untuk buka juga. Walaupun dia tidak dapat menunjukkan dia sedang tidur tapi wajah baru bangun tidur di tayang sebelum pintu biliknya di buka. Terpapar wajah seorang lelaki yang berusia.

Melihatkan wajah tua itu sudah kelat Laura lagi memantapkan lakonannya dengan mengosongkan matanya bagaikan baru bangun tidur. 

"Papa nak apa? Laura mengantuk ni." Kata Laura bersahaja sambil memandang wajah kelat milik Encik Kai.

"Bang!"

Namun bila gegendang telinganya menangkap sesuatu bunyi dari tingkat bawah membuatkan matanya bertukar segar. Laju matanya melihat wajah tua itu. Mengharapkan jawapan.

"Bunyi apa tu pa...?"

Belum sempat Laura menghabiskan ayatnya, Encik Kai terlebih dahulu menarik pergelangan tangan kecil milik Laura sebelum dia mengheret anak tunggalnya itu dengan laju sehingga ke dalam biliknya. Sempat pintu itu di kunci dari dalam.

"Papa apa yang dah berlaku? Mana Mama?" Soal Laura polos bila di dalam bilik tidur ibu bapanya itu hanya ada mereka berdua.

Encik Kai hanya diam. Persoalan Laura langsung tak dihiraukan. Sekarang yang bermain di fikirannya hanyalah keselamatan Laura. Walau apapun Laura tak akan jadi galang ganti!

Tangan Encik Kai tangkas mencari sesuatu di sebalik setiap gambar yang elok tergantung pada dindin.

Mata Laura hanya memandang Encik Kai dengan pandangan sayu bila melihat perlakuan Encik Kai kalut-kalut mencari sesuatu di sebalik semua gambar yang di gantung. Bagaikan ada sesuatu benda buruk yang akan berlaku. Tapi apa?

Bila gambar perkahwinan miliknya di tolak ke tepi ada satu butang kecil berwarna merah yang ada di situ. Laju tangannya menekan butang itu membuatkan rak yang dahulunya menjadi rak buku kini terbelah menjadi dua sebelum ada ruang tengah terhasil. Ada satu tangga untuk turun ke bawah. 

Laura bungkam. Tak pernah terlintas di benak otaknya akan ada tempat rahsia yang berada di dalam rumahnya. Tapi sekarang semuanya sudah terbukti dengan dua bijik matanya sendiri.

Tapi persoalannya masih belum terjawab. Apa yang sedang berlaku?

Laju Encik Kai melurut ke arah Laura yang tegak berdiri di tepi katil. Dia tahu sekarang semuanya salah dia sendiri.  Kerana terlalu berahsia. Sekarang keluarganya telah pun menjadi taruhan.

"Maafkan papa sayang. Papa sayang Laura. Sayang sangat" Ucap Encik Kai sambil tubuh kecil itu dipeluk erat. Dapat Laura merasakan ada kegetaran di tubuh itu. Bagaikan itulah saat terakhir dia bersama ayahnya.

"Laura sayang papa juga. Jangan tinggalkan Laura. Laura takut." Terus pelukan Encik Kai di balas. Malah semakin erat.

Terasa ada cecair mengalir di pipi Laura. Malah semakin lama semakin dapat Encik Kai mendengar tangisan dari Laura mula teresak.

Laju pelukan mereka dileraikan oleh Encik Kai namun laju Laura menghalang. Dia bagaikan tak mahu melepaskan Encik Kai.

"Pergi Laura! Pergi! Selamatkan diri." Kedua-dua bahu Laura itu di pegang erat. Mengharapkan anaknya itu akan pergi.

Namun bila melihat gelengan daripada Laura membuatkan Encik Kai mati kutu.

"Walaupun Laura tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang tapi Laura tetap tak akan pergi selagi papa ada dekat sini. Rumah ni! " Balas Laura berani. Laju kepala milik Encik Kai menggeleng.

"Kalau sayang papa tolong hidup untuk papa. Bolehkah? " Kata Encik Kai sambil mata merah Laura di pandang dalam. Mengharapkan sesuatu.

"Tapi..."

"Pergi Laura..." Cantas Encik Kai laju. Laura diam sebelum lambat-lambat  dia mengganggu. Walaupun bukan dengan kerelaannya.

"Tapi papa kena janji. Papa hidup untuk Laura juga. Laura tunggu." Terketar-ketar Laura mengucap perkataan demi perkataan.

Encik Kai diam. Tak membalas. Tak juga mengangguk. Mungkin, tapi sanggat tipis untuk dia berjanji. Jadi hanya sebuah senyuman palsu yang dia balas buat Laura.

"Pergi nanti Papa datang." Balas Encik Kai kelat. Namun Laura tetap ukirkan senyuman. Walaupun hatinya sudah meraung.

"Bang!"

Mendengarkan bunyi tembakkan semakin dekat menyentakkan kedua-dua mereka. Laju langkah Laura buka sebelum hilang di sebalik ruang rahsia itu. Sempat wajah tua itu dilihat buat kali yang terakhir.

Laura tunggu papa.

Laju kakinya melangkah turun setiap anak tangga. Peluh yang mula membasahi dahinya langsung tak dihiraukan. Sehinggakan ada satu cahaya lampu yang datang dari luar. Membuatkan senyumannya terhasil bila jalan itu sudah ke penghujung.

Namun bila telinganya menangkap bunyi tembakan dari bilik ayahnya membuatkan langkahnya mati berserta senyum tadi.

Terpaku dia berdiri di situ.
Jantungnya bagaikan berhenti berfungsi. Laju air matanya jatuh tanpa dipinta.

Papa!

Laju kakinya berpatah balik.
Namun belum sempat dia ingin melangkah naik ada satu tenaga lain menariknya dari belakang sebelum dengan tangkasnya dia mengunci pergerakan Laura. Sebelum satu suntikan di hadiahkan pada bahagian paha kanan Laura. Membuatkan tubuh Laura semakin lama semakin lemah sehinggakan dia tidak dapat mengawal tubuhnya sebelum kelopak matanya mula tertutup rapat.
____________________________________

June 18 | 12 : 35

Okey ni baru prolog guys! Nantikan Laura yg menjadi Mell!

kalau ada taypo sila komen ya :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience