Rate

Bab 1 (Prolog)

Short Story Series 513

Tuah berbaring di atas tilam sambil memerhatikan siling yang agak kelam. Mungkin kerana malam yang semakin larut, pandangannya sedikit kabur dan kabut. Tiada apa yang jelas di pandangan matanya ketika ini. Hanya kedengaran bunyi nafas yang turun naik sejak tadi. Dia mengatup matanya rapat-rapat. Argh, bayangan itu kembali lagi. Cepat-cepat Tuah mencelikkan matanya, handphone yang berada di balik kiri tempat tidurnya direntap pantas, cahaya terang dari skrin handphone benar-benar menyakitkan matanya, namun dia buat tidak endah. Tiada apa yang dapat menggangu emosinya malam ini..dia tekad, dia perlu mengatasinya.

Jari-jemarinya laju mencari aplikasi you tube, sebelum sempat menaip perkataan yang dicari, matanya terpandang pada satu content prodcast yang benar-benar menarik perhatiannya. Wajahnya berkerut, matanya membulat dan dia sedikit terkejut. Apakah benar apa yang dilihatnya kini, perkara yang selalu menggangu fikiranya selama beberapa tahun ini benar-benar berada di depan matanya.

Humaira Aleyya nama yang semakin dilupakan itu kembali berlegar-legar di ruangan muka skrin handphonenya. Adakah ini benar-benar Humaira Aleyya yang dikenalinya dulu? atau hanya gadis dengan nama yang sama. Otaknya ligat mencari jawapan yang tidak pasti.

Tubuhnya mula bergetar. Perasaan apakah ini? soal hatinya. Matanya masih buntang melihat nama yang terpapar di skrin. Dikala otaknya masih sibuk mencantum emosi dan khayalan yang tidak berpenghujung, jari telunjuknya seakan-akan tidak mahu berkerjasama. Satu sentuhan lembut mematikan segala-galanya.


***

"Cik Humaira Aleyya, rasanya pengalaman peribadi apa yang paling cik ingati, sepanjang cik menjadi mahasiswi di Kampus Bakti?"

"Peribadi?" jawabnya gugup, mungkin tidak terjangka dengan soalan yang tiada kena mengena dengan temubual. Fikirannya sedikit kabur, tidak terungkap.

"Dengar-dengar cerita, dulu Cik Humaira pernah ditimpa kecelakaan semasa masih bergelar siswi. Mungkin Cik Humaira nak berkongsi cerita sedikit, macam mana Cik Humaira boleh survive dari kejadian tersebut?"

Gugup, pucat, itu saja jawapan yang boleh diberikannya buat masa ini. kedua belah tangannya mula diramas antara satu sama lain.

Mengapa? soalnya didalam hati. Mengapa kisah itu masih menjadi tajuk yang tidak berpenghujung buat dirinya. Adakah kerana dia senentiasa tampak tabah dan kuat, menjadikan mereka sering mengulang-ngulang kisah yang lama. Apakah dia perlu menjerit sekuat hati untuk mengatakan tidak perlu lagi kisah itu diungkit-ungkit. Humaira mengetap bibir.

"Cik Humaira, cik ok?"

Tiada apa yang okay setakat ini. Namun dia tetap membisu dan hanya mampu menggeleng.

"Jadi?" soalan itu timbul lagi

"Jadi yang pasti, itu hanyalah kisah lama yang mahu saya lupakan. Saya fikir saya dipanggil hanya untuk bercerita tentang buku saya yang terbaru" jelas Humaira ringkas.


***

Tuah tidak berkedip. Iya memang benar, inilah khayalan lama yang sering menghantui dirinya. Khayalan yang cuba untuk dia singkirkan. Khayalan zaman muda yang perit untuk diingat kembali. Tidak semena-mena, pipinya terasa hangat, ada air yang mengalir dari ruang rongga matanya.


***

bersambung setiap hari khamis

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience