BAB 1

Drama Completed 3660

“Berapa kali ibu nak kena pesan dekat abang, kenapa abang tak pernah nak cuba ingat? Tolonglah abang, ibu penat. Penat sangat!”

Ujar si perempuan tua berbaju kurung hitam sedikitlusuh. Pakaian lama mungkin.

“Kau kalau nak bebel macam ni, baik tak payah jamin aku lah! Buat sakit telinga aku je!”

Tengking si anak. Kasar sekali nadanya. Si ibu bungkam. Bungkam sebungkam bungkamnya. Anak yang satu ini memang tidak pernah tahu makan saman. Cakap lah apa sekali pun. Pasti ada sahaja tengkingan dibalasnya.

Mana silapnya dia pun tidak tahu. Hanya hati masih tawaduq berdoa. Berharap masih ada sinar petunjuk dari-Nya buat seorang insan bergelar anak ini. Empat kaki melangkah seiringan. Terik panas tidak dihiraukan. Titik–titik peluh jelas kelihatan. Si ibu tua sedikit keletihan. Langkah mula perlahan. Dia berhenti seketika. Mencuri untuk menarik nafas buat seketika.

“Abang, tunggulah ibu sekejap,” ujar si ibu sedikit lemah.

“Eh, kau dah besar kan? Tak kan tak tahu jalan ke rumah. Balik sendiri je lah. Aku nak pergi jumpa kawan.”

Balas si lelaki seusia awal 20-an gayanya. Si ibu bernama Imah yang sedikit lemah terduduk. Bertambah lemah anggota badannya yang sememangnya sudah sekian lemah. Tidak pernah sehari dalam hidupnya lupa menadah memohon kepada-Nya kurniakan dirinya ini seorang insan bernama anak bukanlah ‘anak hanya pada nama’.

Air jernih bertakung di mata. Hatinya berbisik perlahan. Dia hanya ada dua permata hati. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Lahir mereka di dunia. Dia dan suami sungguh bahagia. Si abang si sulung yang sekian lama ditunggu. Lima tahun penantian. Betapa dia sujud syukur saat insan ini dilahirkan.

Namun, pabila besar ini jadinya. Air jernih mula menitis. Si adik…Si perempuan kecil. Masih ingat si kecil itu yang menangis saat abang dimanjakan lebih olehnya. Adik hanya sempat tiga tahun bersama si bapa. Masih dia ingat lagi mimpi ngeri malam Ahad itu. Suami, si cinta hatinya, maut dilanggar pemandu lori mabuk. Maut tika hanya berbaki lima saat kiranya untuk tiba di rumah. Masih jelas kedengaran di telinganya bunyi–bunyian pada malam itu.

Streetttttttttttt!

Bunyi kebingitan pedal brek ditekan dengan kuat. Bunyi tayar menggengam jalan. Gedegang! Bunyi sesuatu terpelanting. Masih diingat bagaimana menggigil tangan tak kala birai pintu ditolak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience