Rate

Bab 2

Fantasy Series 2396

Aku bekerja di sebuah kedai buku di bandar. Kedai itu agak terpencil jadi ramai yang tidak sedar yang adanya kedai itu. Jadi aku suka bekerja di situ kerana tidak ramai pelanggan yang datang ke kedai itu.

Setiap hari aku akan menaiki kereta api untuk pergi ke tempat kerja aku. Hidupku amatlah membosankan.

Tapi ia berubah dalam sekelip mata apabila aku bertemu seorang jejaka tampan di dalam kereta api.

Aku selalu memerhati 'si dia' kadangkalu aku cuba untuk membaca fikirannya namun ia kosong. Aku tidak dapat mendengar apa yang 'si dia' tu fikir.

Aku juga sukakan dia kerana aku fikir aku dan dia sama. Aku berseorang dia pun sama tidak mempunyai teman. Kami banyak persamaan.

Kebiasaannya aku tak suka lelaki (bukan serai ehh) sebab mereka sentiasa berfikir sesuatu yang akan membuat perempuan meremang bulu roma.

Jadi aku sentiasa jauhkan diri dari lelaki jika ada lelaki datang dekat aku akan pergi jauh. Jika ada yang minta nombor telefon aku kata tak ada telefon walaupun sebenarnya ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience