EGO TAK BERTEMPAT
El jatuh sakit pada hari itu dia tak bisa bangun dari katil melainkan di papah oleh atieqa"sejak dia mendapat khabar tentang kematian zaza,dia mendapat sakit misteri dia dah pergi ke hospital tapi dokter tak dapat kesan apa-apa penyakit,atieqa terpaksa menjaga makan minum el,kalau bukan atieqa yang mengurus semua makan pakai el dah tentu el mati kering dalam rumahnya sorang-sorang,atieqa tidak mau mengabarkan kepada orangtua el di kampung kerna dia melihat el tak serius mana pun,setiap malam atieqa bacakan yasin untuk el,dan sembahyang hajat pada tengah malam,lama kelamaan el dah semakin pulih,
Hampir 3minggu el terlantar sakit dan di jaga oleh atieqa,sehingga kan el dah boleh bangun serta merta,
Pagi itu el dah bersiap-siap untuk pergi kerja kerna dah terlalu lama dia bercuti,takut dato yazid pecat dia dari syarikatnya,
El belum bercakap dengan atieqa dia tunggu masa yang sesuai,untuk berterima kasih dia malu pada atieqa yang di anggap orang asing dalam hidupnya,itulah juga yang membantu nya ketika sakit,el melangkah pergi secara tergesa gesa dari rumah,tak sempat pun dia menjamah sarapan yang dibuat oleh atieqa.
"Amboii..tak sempat sarapan lagi ke?~atieqa
Ermm saya dah lewat,nak pergi ke pejabat~el
Kalau iye pun sarapanlah dulu,~atieqa
"Takpe saya makan kat luar je"~el
Atieqa hanya melihat el yang berlalu pergi,biarpun hubungan mereka tak berapa baik tapi el dah boleh berkata sepatah dua,pada atieqa!
"Penat je buatkan sarapan tak sentuh pun"rajuk atieqa.
Kedengaran bunyi telefon atieqa berdering dari atas bilik,atieqa berlari memanjat tangga,dia hairan sebelum ini telefon nya tak pernah bunyi melainkan panggilan dari kampung'
Ternyata benar tekaan atieqa itu adalah panggilan dari kampung,ayah atieqa mengatakan yang mak nya sakit rindukan nya,ayahnya meminta atieqa balik kerana maknya yang terlalu rindukan atieqa.
Atieqa akur selama ini dia tak pernah lagi menghubungi keluarga nya dikampung,bimbang mereka mendapat tau yang dia dan el tidak bertegur selama ini.
Dia memberi tau kepada ayahnya jika el balik nanti barulah dia katakan pada el yang dia hendak balik kampung untuk beberapa hari,
Atieqa duduk depan tv sambil menunggu el pulang"dia dah buatkan makan malam di atas meja,dia hendak menunggu untuk makan bersama-sama el.
Kedengaran injin kereta dari luar,dia tau yang itu kereta el,atieqa sempat melirik ke arah jam di dinding sekitar dalam pukul 8,30pm.baru el sampai rumah,
Pintu dikuak el dah pun masuk kedalam rumah,mata mereka sempat bertentangan,atieqa tunduk dia kalah dengan renungan el padanya,atieqa tau renungan el amat memukau siapa yang memandang nya,tipulah kalau atieqa tak cair dengan tenungan el,
"Abang"...atieqa memanggil el mata el melirik ke arah atieqa,kemudian el hanya mengangkat kening nya kedua-dua memberi respon pada atieqa sambil di tangan el mencedok lauk di mangkuk,
Izinkan atie balik kampung sekejap!,berkerut kening el dia seperti hendak berkata sesuatu,tapi atieqa dah pun bersuara lagi,atie nak jenguk mak,mak tengah sakit'kata ayah mak terlalu rindukan atie yelah sebab atie tak pernah call kat kampung.
"Sapa suruh tak call"?itu jawapan el pada atieqa,kemudian atieqa bersuara lagi,atie taknak nanti mereka tau yang kita ni..,atieqa tak habiskan katanya,kemudian el tak memberikan respon dengan kata-kata atieqa itu,mungkin dia tau apa yang atieqa maksudkan,
Okey"Saya izinkan,el menyambung makan hingga habis,setelah habis makan el bergegas naik ke bilik,atieqa di tinggalkan seorangan dimeja makan,
Atieqa menghabiskan makanan nya perlahan-lahan,dia kecewa dengan sikap endah tak endah el padanya,setelah dia habis makan dia pun mengangkat semua pinggan mangkuk ke sinki untuk dicuci,atieqa mencuci pinggan sambil berderai air matanya perlahan-lahan dia menyeka,terlalu lama dia bersabar dengan sikap dingin el padanya,
Selepas ini author akan tulis cerita ini versi El,seperti chapter pertama,
Share this novel