Rate

Bab 1

Young Adult Series 4638

Kayla keluar daripada lift dengan langkah yang longlai. Bahunya meresot kebawah dengan pandangan yang menekur lantai. Fikirannya sedang serabut memikirkan kelangsungan hidupnya yang  penuh dengan beban.

Beg yang berisi beberapa buku diletakkan diatas meja taman universiti tempatnya menuntut ilmu. Lalu gadis bernama Kayla Maria itu merebahkan punggungnya keatas kerusi yang diperbuat daripada simen kukuh.

dia mendonggakkan dagunya sambil menatap langit yang sangat cerah pada hari ini, namun tidak secerah hatinya. Fikirannya kembali menerawang jauh.

"Ya Allah, macam mana aku nak hadap ujian yang kau berikan padaku." Kayla menarik nafas dalam lalu di hembuskan perlahan.

Beberapa hari lalu, puan nani pemilik rumah tempatnya menyewa mengarahkan kayla supaya berpindah keluar dalam tempoh tiga hari memandangkan gadis itu sudah dua bulan tidak membayar sewa bulanan rumah yang dudukinya. Memandangkan kayla selalu terlambat membayar sewa rumah puan nani marah kerana harus selalu menagih kayla ketika sudah memasuki hujang bulan.

Kayla bukan tidak mahu membayar, namun gaji gadis itu telah dipotong oleh atasannya kerena telah memecahkan beberapa set gelas di restoran tempatnya berkerja. Dia harus membahagi sisa duitnya untuk makan sehari- sehari dan untuk membayar yuran semesternya memandangkan dia adalah anak yatim piatu yang harus menghidupkan dirinya sendiri tanpa kehadiran orang tua di sisinya. Hidup di bandar metropolitan harus bijak membawa diri.

Dia sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah dan ibunya semenjak berusia 5 tahun kerana mereka terlibat kemalangan jalan raya yang merenggut nyawa keluarganya. dan setelah itu , Kayla harus membanting tulang membantu mak su menjual kuih keliling kampung setelah tinggal dengan adik ibunya setelah keluarganya sudah tiada. Hujan dan panas sudah biasa dia lalui.

setelah kayla berusia 11 tahun, mak su pula menghembuskan nafas terakhir. Menghidap penyakit kanser tahap akhir. Kayla ditinggalkan kontang-kanting tanpa keluarga kandung. ayahnya adalah anak tunggal manakala ibunya hanya memiliki 1 saudara perempuan itu maksunya.

Setelah penduduk kampung berbincang tentang hak asuh kayla. Akhirnya mereka memutuskan untuk menghantar Kayla ke rumah yayasan anak yatim.

Dirumah anak yatim lah Kayla membesar bersama beberapa anak-anak lain yang senasib dengan dirinya. Mereka di rawat oleh seorang wanita yang berhati mulia bernama siti khadijah. Seorang wanita yang sangat baik dan penyayang. Kayla dan anak-anak yang lain sudah menganggap umi khadijah sebagai penganti sosok ibu dan ayah mereka. Mereka dijaga dengan baik serta diberikan pendidikan seperti anak-anak lain pada umumnya.

Kayla berjaya memasuki universiti terbaik dengan kemampuan otaknya yang bijak dan cerdas. Setelah umurnya berusia 18 tahun Kayla meminta izin untuk keluar daripada rumah anak yatim kerana ingin berdikari sendiri memandangkan dirinya sudah dewasa. Dan Kayla merasa sudah tidak layak tinggal di yayasan itu lagi kerena takut membebani umi khadijah yang beberapa tahun kebelakangan ini rumah yayasan itu menerima banyak anak-anak yatim yang di daftarkan di situ.

Lamunan Kayla tersentak ketika seseorang menepuk bahunya dari arah belakang.

"Puas aku cari 1 kampus. Rupanya kat sini kau melepak." Dania sahabat baik Kayla yang selalu bersamanya susah dan senanng.

Kayla menoleh ke samping kanan ketika sahabatnya itu sudah melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Aku saja ambil angin sekejap kat sini sebelum balik rumah." wajah cantik sahabatnya itu di pandang.

"kau ada masalah ke?. beberapa hari ni aku nampak muka kau kusut semacam je." bahu Kayla ditepuk sekali lagi.

"Takde, aku okey je." Nafi Kayla.

"kau jangan nak tipu akulah Cik Kayla. Aku dah hafal semua gerak-gerik kau. Cerita lah manatahu aku boleh tolong kau."

Kayla menghembus nafas dalam. wajah sahabatnya di pandang semula. Dia tidak mahu lagi membebani sahabat yang sudah banyak menolongnya.

"Cerita lah cepat." Dania mendesak sambil mengoyangkan lengan Kayla yang masih ragu untuk menceritakan masalahnya.

"Aku tak nak susahkan kau dania. Cukuplah selama ni kau dah tolong aku macam-macam."

"Namanya sahabat mana ada istilah menyusahkan." kening Dania berkerut tidak suka mendengar tutur bicara Kayla yang susah untuk meluahkan masalah kepadanya. sahabatnya itu selalu memendam sendiri.

"Aku kena halau daripada rumah sewa sebab dah dua bulan tak bayar sewa." tutur Kayla dengan raut wajah yang sedih. Akhirnya terluah juga.

"hah?. habis tu sekarang ni kau tinggal kat mana?." Ucap dania cepat kerena terkejut.

"Pemilik rumah tu bagi aku tempoh 3 hari je untuk berpindah keluar. masa aku tinggal dua hari je. mana aku nak cari rumah sewa dalam tempoh dua hari ni. lagipun duit aku mana cukup dan cari rumah baru." Kayla mengurutnya keningnya yang sedikit pusing memikirnya masalah tersebut.

"Kenapa kau tak cerita kat aku. kan aku dah kata apapun masalah yang kau ada, kau kena kongsi kat aku. so sekarang ni, macam mana ?. kau nak aku tolong carikan rumah sewa baru?."

Kayla menggeleng perlahan. "Aku tak tahu dania. aku buntu, duit aku tinggal berapa ratus je dalam bank tu. cari rumah sewa baru kena bayar deposit, mana cukup!."

Kayla hampir menitiskan air mata. Namun ditahan dipelupuk matanya. supaya Dania tidak ikut bersedih.

Dania memandang Kaypa dengan raut wajah simpati. Otaknya ikut mencari solusi untuk masalah tersebut.

"Aku boleh je pinjamkan kau duit. Tapi dah dua bulan papa aku potong duit bulanan aku. sebab terlalu boros beli barang tak berfaedah. Duit tu aku kena simpan buat bayar yuran semester. lagipun sekarang aku tinggal dengan abang aku yang kaki kongkong tu, aku minta pun mesti dia bebel dulu. so aku malas nak minta kat dia."

"Tak pelah, kau simpan je duit kau. kau pun perlukan juga kan. Nanti aku usah macam mana nak cari dalam tempoh dua hari ni." Kayla tersenyum ikhlas. Sahabatnya itu tidak pernah kedekut untuk meminjamkan dia duit selama ini. Namun dia tahu kalau Dania tidak berbohong perihal hal tadi.

Dania mengusap dagunya tampak berfikir. ting !. dia mendapat sebuah idea.

"Beb, Apa kata kau ikut aku tinggal kat rumah abang dan kakak ipar aku. sekarang aku tinggal kat sana." lengan Kayla digoncang teruja.

"Aku tak nak lah. Aku malu kat abang dan kak ipar kau." Kayla menggeleng cepat mendengar idea bernas sahabatnya itu.

"Alah, kau nak malu apa?. dalam rumah tu aku dan abang aku je yang ada. Mama dan papa aku dua hari lepas fly pi korea, dua bulan lagi baru balik. kakak ipar aku pula tak menetap kat rumah selalu keluar banyak job. biasalah model mana tak busynya. Lagipun, boleh lah kau tumpang sana sebulan dua ke?. sementara kau kumpul duit dan cari rumah sewa baru."

Kayla tampak berfikir. Ada betulnya juga idea sahabatnya itu. Kumpul duit gaji selama sebulan dan cari rumah sewa baru tanpa berfikir harus tinggal di mana memandangkan tinggal dua hari sisa untuk Kayla berpindah keluar.

"Okey, aku setuju sebulan je tumpang rumah abang kau. Tapi abang kau izinkan ke kalau aku tinggal sana?." Kayla bertanya ragu. Walaupun sudah berkawan dengan Dania selama 4 tahun, Kayla hanya mengenali ibu dan ayah sahabatnya itu. mereka pernah bertemu sekali sahaja ketika mereka mendaftar sebagai pelajar baru di universiti tempat mereka menuntut ilmu itu.

"Kau jangan risau nanti tahulah aku pujuk abang aku tu. Malam ni aku bagitahu kau eh macam mana. Lepas ni boleh lah kita marathon kdrama sama-sama." Dania bersorak girang.

"Terima kasih beb, kau dah banyak tolong aku. Aku selalu susahkan kau." Kayla tersenyum perit. Sampai bila dia harus menyusahkan sahabatnya itu.

"chill lah selagi aku boleh tolong, aku tolong."

Dania menarik bahu Kayla lalu mereka tersenyum saling memandang. Bertapa mulianya persahabatan mereka.

"Aku balik dulu lah. Aku ada shift petang ni." Kayla berdiri sambil mencapai begnya lalu dipakai di bahunya. Dania dipandang seketika.

"okey beb."

mereka berpisah membawa haluan masing-masing. Kayla pulang ke rumah membersihkan diri lalu bersiap-siap kembali untuk berkerja di cafe W&D tempat dia mencari nafkah.

setelah selesai makan dan bersiap. Kayla melangkah mendekati motor yang sempat dibelinya dengan harga yang sangat murah 1 tahun yang lalu. mesin di nyalakan lalu motor gadis itu perlahan menjauh.

"Eh kayla awal kau datang hari ni." Tegur shafik kawan sekerja Kayla yang sangat ramah dengan senyuman walaupun wajah lelaki itu tidak kacak namun masih manis untuk di pandang.

kayla memandang shafik seketika lalu meletakkan begnya ke dalam lokernya.

"Aku memang hari-hari datang awal. kau je yang tak perasan."

"Iya tahu, kau kan perkerja berdisplin lah sangat." Shafik memutar matanya. pura-pura menyindir temannya itu.

"Displin apa?. gaji aku kena potong sebab cuai. Dah jom kerja !. kejap lagi bos nak sampai tu."

Kayla dan syafik melangkah memasuki area dapur. Tugas mereka ada pelayan. Namun sebelum jam kerja bermula, mereka di wajibkan untuk membantu membersihkan kawasan dapur terlebih dahulu Setelah itu kawasan area cafe. kebersihan sangat penting untuk menarik minat pelanggan datang ke cafe mereka.

Jam menunjukkan angka 10 Malam. Cafe mereka sudah tutup. Kayla melepaskan Apron pink di tubuhnya lalu di sangkut ke tempat penyangkut yang berada di dalam lokernya. beg di sling di capai lalu gadis itu melangkah keluar daripada bilik perkerja.

Rakan sekerja yang berkumpul di hadapan cafe di dekati. mereka tampak berbincang-bincang sebelum pulang ke rumah masing.

"Kayla hati-hati memandu. Malam ni hujan macam nak turun." Tegur wani rakan sekerja kayla yang seusia dengannya. cafe W&D memiliki 6 perkerja, 2 lelaki dan 4 perempuan.

"Baik wani, korang pun hati-hati."

Setelah itu, mereka melangkah membawa haluan masing-masing untuk pulang ke rumah.

Kayla mendongak ke langit yang berwarnha hitam pekat. Dan betul kata rakannya itu tidak sampai 3 minit dia memandu motor diatas jalan raya. Hujan sudah turun membasahi bumi. Kayla mengigil diatas motor kerana guyuran hujan. Bajunya sudah basah kuyup.

Setelah memandu selama 15 minit. Akhirnya Kayla tiba di depan rumah sewanya. Motor diparking, lalu Kayla berlari kecil mendekati tangga. Hujan masih deras membasahi tanah.

Kayla menarik nafas dalam, dia berehat sebentar diatas tangga.

"Habis baju aku basah." dia tunduk memandang tubuhnya yang sudah basah kuyup.

Setelah berehat sebentar, gadis itu kembali membawa langkahnya menaiki tangga untuk ke biliknya.

Kayla membaringkan tubuhnya ke atas tilam yang sudah nipis itu. Gadis itu sudah membersihkan tubuh. foto usang ibu dan ayahnya dicapai diatas meja disamping katilnya. Hanya gambar ini yang dia miliki untuk menghapus rindunya terhadap kedua orang tuanya

wajah di dalam gambar itu di pandang sayang dengan perasan sayu dan rindu yang sangat mendalam.

"Ibu, ayah Kayla rindu. Kenapa ibu dan ayah tinggal kan Kayla. Hidup kayla berat bu, kayla rasa nak menyerah." setitik air matanya jatuh membasahi pipi mulusnya. Dia memeluk gambar itu sambil memejamkan mata. Kayla merehatkan diri, hari esok masih panjang untuk dia lalui.

Beratnya Hidup gadis itu. Hidup berkeseorangan tanpa siapa-siapa di sisinya. Terpaksa bertahan Hidup dengan caranya sendiri.

_________________

Hai, I hope korang semua suka dengan karya terbaru saya. Mohon sokongan cinta daripada korang semua :) i will try my best to write this novel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience