Chapter 1

Fanfiction Completed 1736

"Assalamualaikum and good afternoon ! .My name is Ariana Delisya , i'm 2nd year student in Science department of Matriculation college .Today i will talk about my course .In my department , i take a madical course because i have a lot ability about medical .Of course i like to learn more about sc- *iP dringing* . "Eishh abang !!!!!!!!!!!!!!!!!!" .Jeritku kuat . "Hello.Abang , boleh tak abang stop call adik time adik buat video untuk English Communication adik ni .Dah 3 kali tau adik ulang buat video ni sebab abang selalu call waktu yang tak sesuai macam ni !!! ".Jeritku selepas menolak butang hijau di skrin telefon ku .

"Amboi .Marah ea .Salam mane salam? .Islam ke ni ?".Sindir Danial Asyraf , abang kepada Ariana Delisya .

"Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu Cik Danial Asyraf bin Idris .Ada apa-apa boleh saya bantu ?".Soalku di talian .Ketap saja gigi aku menahan geram .Ni kalau abang duduk depan mata mau kena sepuk sekali dengan aku .

"Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatu adik kesayangan ,haa macam ni la .Ni adik , abang nak tanya kau someting ni ".Ujar Danial .

"Tanya apa?".Soalku semula .Abang aku ni tak pernah jemu call aku .Bukan sebab apa , dia call semata nak cari pasal je .Timing call pula selalu kena masa aku tengah guna fon untuk buat kerja .

"Abang dengar kau kena pindah sekolah sini .Bila nak datang tu ?".Soal Danial .

"What? abang merepek apa ni ? .Isya nak habis belajar lagi 6 bulan lagi .Why nak pergi sana pula?".Sumber mana dia dapat aku nak belajar dekat tempat dia ni ? .Giler ke nak pergi Korea ? .Tak pernah pernah aku jejak kaki di sana ,tiba-tiba nak sekolah dekat sana pula.Ni mesti prank .Dia tak habis-habis nak kenakan aku .Memang hobi dia pun .

"Tak, abang serius .Mommy tak cakap apa-apa dekat kau ke? semalam dia OTP(on the phone) dengan abang cakap tahun depan kau mungkin kena pindah sini , belajar dekat sini ".Ujar Daniel lagi .Kali ini nadanya kedengaran serius berbanding tadi .

"Eyy abang jangan main-main .Isya nak habis belajar tau , kalau Isya sambung belajar dekat sana bila lagi Isya nak habis belajar nanti ?".

"Haa kau tak percaya pergi tanya Mommy dengan Daddy .Abang tak tahu diorang serius ke tak cakap soal semalam tu .Takkan tuan punya badan sendiri pun tak tahu soal tu".Balas Daniel.

"Betul ni?! .Isya gi tanya ni !! .Kalau abang tipu , main-main , lepas ni abang call Isya tak angkat lagi call abang ".Ugutku .Suka sangat memain .

"Betul , cuba adik pergi tanya ".

"Ok ok byeee adik nak tanya ".Aku terus meletak panggilan tanpa memberi salam terlebih dahulu .

Tanpa membuang masa , aku langsung turun anak tangga menuju ke ruang tamu .Nasib baik Mommy dengan daddy ada .Jarang tau diorang ada dekat rumah .Sibuk dengan kerja .Businessman dengan business woman katakan .

"Mommy!!! ".Jeritku sambil berlari anak .

"Eh? Isya .Kenapa lari-lari ni ?".Soal Puan Arini .

"Isya nak tanya .Betul ke tahun depan Isya kena pindah sekolah dekat Korea?".Soalku langsung .Tak perlu nak tapis-tapis dah .Salah , belakang kira .Yang penting aku dapat jawapan.

"Err mana Isya tahu ni? daddy kasitahu ke?".Puan Arini memandang si suami.

"Ehh sejak bila saya bagitahu .Mana ada ".Encik Idris menggeleng laju .

"Isya tahu dari abang .Isya nak tahu je .Betul ke apa abang cakap tu ?".Soalku lagi .Please jangan cakap betul .Aku nak habis belajar dah kut .Takkan nak sambung belajar lagi .

"Eh eh Daniel ni tak pandai berahsia langsung ".Puan Arini menggeleng perlahan .

"So?!! izitt truee? .I hope no .Eheyyy tak kan?".Aku tersengih memandang wajah mommy dengan daddy bersilih ganti .

"Betul la apa abang kamu cakap tu nak .Mommy nak kamu sambung belajar di Korea .Ikut abang kamu pergi sana ".Puan Arini menyentuh bahu Ariana Delisya .

"Whyyy? .Mommy , daddy , Isya nak habis belajar dah dekat matrik tu .Lagi 6 bulan je lagi .Kenapa nak sambung belajar lagi dekat sana?".Terkejut beruk aku dibuatnya .Apa yang mommy dengan daddy fikir ni sampai aku kena belajar dekat sana .Kalau dekat England ke , Amarica ke mana-mana negara barat boleh la juga sebab aku memang fasih berbahasa inggeris .My mom orang England , so aku dikira kacuk la .Bangga? sikit la .Nak bangga sangat pun buat apa , dekat luar sana ramai je budak-budak lain kacukan .Lagi cantik dari aku .Aku ni nak berfesyen pun tak pandai .

"Syarikat daddy dekat England tu sekarang ada masalah sikit .Daddy dengan mommy mungkin kena pergi England untuk uruskan syarikat tu dalam 7 ke 8 bulan .Ok , daddy kasi Isya pilihan .Kalau Isya nak ikut mommy daddy , Isya buat research kolej mana sesuai dengan jurusan Isya tu .Tapi Isya .Mommy dengan daddy jarang la balik rumah .Ada masa tu mungkin Isya duduk sorang dekat rumah .Kalau Isya nak habiskan pelajaran Isya dekat sini, Isya kena duduk hostel la jawabnya itu je pilihannya .Isya nak buat apa?".Soal Encik Idris yang memberi beberapa pilihan pada anak perempuannya .

"What? .Oh nooo .Mommy daddy sendiri tahu kan Isya takut duduk sorang-sorang dekat rumah .Hostel? lagi la tak .Isya tak pandai bergaul dengan orang .Tak pasal kena buli nanti ".Aku menunduk wajah .Pilihan daddy langsung tak boleh pilih .

"Then Isya kena ikut abang .Daddy dah jumpa sekolah yang sesuai untuk Isya di Korea .Waktu pelajaran sekolah Isya pun sama dengan U abang .Daddy dah pesan dekat abang pergi ambil Isya dekat sekolah .Ambil dan hantar ".

"Sekolah ?!! .Bukan Kolej , bukan U ke? sekolah ? ".Lagi terkejut aku dibuatnya .Biar betul.Aku belajar tinggi kut nak masuk Matrik , why pergi Korea kena sekolah pula.

"Haelim High School .Sama taraf dengan Matrik kamu je.Cuma yela , kamu kena sambung lagi setahun kalau pindah ke sana tahun depan .Abang akan jaga Isya sepenuhnya.Pengarah sekolah tu kawan baik daddy dulu .Dia pernah buat business dengan daddy ".Ujar Puan Arini pula .Dia memandang dengan raut risau wajah anak perempuannya .Dia tahu anak perempuannya tidak pandai bergaul dengan orang ramai .pendiam , suka buat hal sendiri je .

"Haelim High School ? betul ni ada jurusan Isya ? .Sains medical .Isya taknak jurusan lain .Tapi mommy .Isya mana pandai cakap bahasa Korea .Susah la nak belajar".Aku merungut lagi .Aku tahu mommy dengan daddy pun rimas sikap aku macam ni .Tapi nak buat macam mana! this is fact about meee .No one can change it.

"Slow-slow la belajar .Abang kamu akan ajar kamu nanti .Kamu jenis cepat belajar .Hm? pergi la ikut abang kamu .Setahun je .Kalau ada masa nanti Mommy dengan daddy pergi lawat kamu ".Puan Arini menyentuh wajah Ariana Delisya .

"Hm... yela .Kalau tu permintaan mommy daddy , Isya ikut je la ".Aku menunduk wajah lagi .Monyok je muka aku .Tahu la aku tengah merajuk sekarang .Tapi aku cepat sejuk, dont worry .

"Okey good ".Encik Idris menepuk bahu anaknya sambil tersenyum .

Skip!!!

2 Bulan kemudian ......

"Isya , sampai sana nanti kamu beli sim baru dulu .Pastu baru call mommy ok . Ikut cakap abang kamu , jangan lawan dia .Apa-apa call je mommy tau ".Pesan Puan Arini pada Ariana Delisya .Mereka kini berada di KLIA untuk mengambil penerbangan ke Seoul .

"Iye mommy .Isya akan ikut cakap abang .Jangan risau ".Aku memegang erat tangan mommy.Sedih? giler tak sedih nak berpecah dengan mommy daddy .Aku tak pernah berjauhan dengan mommy dari kecil sampai besar.Mungkin dah tiba masa aku buka buku baru dan cari hala tuju aku .Sampai bila aku nak bergantung dengan mommy daddy .Mereka dah terlalu banyak berjasa dengan aku .Actually aku tak berapa selesa nak pergi England .Banding Korea, England lagi la negara terbuka .Tepi tepi jalan pun ada je perempuan sexy jalan pakai bikini je .Cringe tahu tak! .Better aku pergi Korea .Orang sana takde la sosial , sexy macam aku bayangkan .

"Isya , nah passport .Jangan hilangkan tau .Penerbangan kamu lagi 20 minit .Isya pergi la naik sekarang .Nanti diorang nak double check lagi .Jaga diri baik-baik ye .Daddy sayang kamu".Encik Idris memeluk tubuh anak perempuannya .

"Me too .Gonna miss you daddy".Akhirnya jatuh juga air mataku .Sekali sekala berdrama Korea dekat sini tak salah kan .Aku ni jarang nangis , kalau aku nangis tu mean aku betul2 terluka, tersentuh la .

Skip !!!

Penerbangan yang mengambil masa 11 jam 50 minit dari Kuala Lumpur ke Korea boleh menyebabkan bontot aku rasa kebas , nak tercabut saja .Memang daddy tempah first class tapi aku jarang naik flight , so aku tak selesa lagi .Macam mana la abang boleh ulang alik naik flight dari Seoul ke KL .Tak letih ke .Giler ah .

Keluar saja di pintu gerbang , aku mencari kelibat abang .Kata mommy abang akan tunggu aku di lapangan terbang Incheon .Kiri kanan depan belakang aku mencari kelibat abang .Takde pun .Pegang la banner ke apa ke baru nampak sikit .Abang aku ni tak sweet langsung la .Mataku terhenti pada sekujur tubuh yang berdiri sambil menyilang tangan .Tersengih-sengih , tersengih-sengih macam kerang busuk .Siapa lagi kalau bukan Daniel Asyraf .Abang aku ni pemurah orangnya .Suka sangat sedekah senyuman dekat orang .

"Abang!! ".Aku cepat-cepat lari ke arah Daniel sambil menarik bagasi besar bewarna merah di tanganku .

"Asal lama sangat dik flight kau ? .Sepatutnya sejam lepas kau dah sampai ".Ujar Daniel sambil merenung jam tangannya .

"Yeke? .Mana Isya tahu ".Aku mengangkat bahu ."Nah bawak".Aku menolak bagasi merah ke kaki Daniel .

"Bawak sendiri .Abang penat berdiri tunggu adik dekat sini ".Daniel jalan mendahului aku .

"Abang! ".Aku menghentak kaki .Aku lagi penat la dalam flight tu ! .Dah la sejuk! langsung tak boleh tidur .

"Yela yela gurau je .Adik ni".Daniel mencapai bagasi merah milik Ariana Delisya sambil tergelak kecil.

"Suka ea sakat orang".Aku mengerling Daniel sekilas .

Skip !!

"Adik , ni baju sekolah kau .Iron sendiri .Sini takda bibik nak tolong Iron ".Sindir Daniel.Dia tahu aku tak pandai buat kerja rumah .Dekat rumah semua benda mommy dengan bibik yang buat .

"What? abang , Isya baru sampai harini .Takkan nak mula sekolah dah?".Terkejut cipan aku dibuatnya .Basic Korea pun aku tak tahu !!! .Macam mana ni !! .Aduhh mighrain kejap kepala aku ni .

"Yela .Esok kau daftar , pastu start belajar terus .Kelas nanti diorang tengok mana kekosongan tempat dan ada course kau apply ".Balas Daniel lalu melangkah masuk ke dalam bilik Ariana .Dipandang sekeliling bilik .Sudah hampir 3 tahun dia berada di rumah itu , bilik Isya langsung tak pernah dilawati .

"What? are you kidding me?!! .Result Isya bawa ni bukan calang-calang tau ! .Isya score 3.90 pointer last semester dulu sebelum datang sini ! .Apa maksud abang dia main campak je masuk kelas mana kosong .Kalau kelas last kosong , tapi ajar course Ariana , mean dorang boleh campak situ juga ke?".Wahhh serius sekolah dekat Korea macam ni?!! .

"Ye mungkin juga .Isya , wake up la .Isya dekat Korea now .System pelajaran sini tak sama dengan Malaysia .Dekat Malaysia , kalau dorang kena campak kelas last tu mean result dorang betul2 teruk dan dorang tak pandai la .Kalau sini , Isya kena campak kelas last pun kemungkinan besar budak kelas last tu lagi pandai dari Isya tau .Sini pentingkan gred .So score la A banyak2 ye sayang .

"Damnn .Abang , sekolah Isya dengan U abang dekat ke jauh?".Soalku .Aku merenung ke arah logo sekolah yang melekap di seragam sekolahku .Cantik juga seragam ni .Nampak la macam sekolah ni popular juga di Korea ni dari segi Uniformnya .

"Jauh .10 batu .Kau kena naik flight kalau nak pergi U abang tu ".Gurau Daniel .Saja dia buat muka derk nak sakitkan lagi hati Ariana Delisya .

"Eishh orang serius la!! .Cubit kang! ".

"Hahaha dekat je .Belakang sekolah Isya tu , U abang .Jalan pun dah sampai .Asal tanya? .Jangan mengada asyik cari abang ea .Abang ni budak U .Busy .Ni last year abang sebelum tamat degree .Kalau benda tak penting jangan mengada cari abang .Call je .Abang datang ".Pesan Daniel sambil mengangkat jari telunjuknya .

"Ishh tahu la! .Abang , macam mana abang belajar cakap sini?".Soalku .Nak banding abang , aku pandai sikit la .Maksud aku dari segi cepat belajar .Aku cepat pickup banding abang .Tapi dia duduk sini hampir 3 tahun , dia dah lancar sangat cakap sini .Mesti la belajar giler giler kan .

"Ohh jom ikut abang ".Daniel bangun dan melangkah keluar dari bilik Ariana .Aku hanya membuntuti Daniel dari belakang .

"Nah .Ambil ni .Ni .Ni. Ni .Ni .Ni .Ni ".Daniel meletakkan 7 buah buku di hadapanku .

"What?!!! .Learn Korean Language?! .Abang biar betul abang hafal semua dalam buku ni?! .Tebal lak tu!! ".

"Abang ni slow sikit dari kau .Kalau abang ambil masa 1 tahun nak boleh hafal semua tu .Kau mungkin 3 bulan dah pandai cakap sini kalau kau betul2 belajar setiap patah perkataan dalam tu .Kau nak belajar sendiri pun boleh , cari recorder Korean punya , sambil kau cakap tu dia tolong translate nanti .Kau duduk sini setahun je ,kau nak exam lagi nanti .So pandai fikir la nak belajar cara apa .Abang tak kesah ". Balas Daniel acuh tak acuh .

"Ishh .Yela .Pandai2 Isya cari jalan nanti nak belajar cakap sini .Isya ambil ea buku ni .Peta ada?".Soalku lagi .

"Buat apa peta?".Daniel menjungkit kening .

"Mana tahu Isya sesat nanti .Isya first time tau dekat sini ".

"Kau ni bersungguh betul dik .Kita dah dekat bandar .Rumah ni pun dalam bandar .Sekolah kau pun jalan 15minit dah sampai .Tapi abang hantar dan ambil kau nanti naik kereta.Kejap je .Takkan sesat la .Tak payah nak peta sangat ".Daniel menggeleng kepala.

"Yela yela .Isya pindam ea buku ni .Bye! ".Aku terus berlari masuk ke dalam bilikku .

SKip!!!

(Day 1 at Haelim High School)

"Isya , ingat tau .Call abang pape hal .Goodluck first day !! ".Ujar Daniel sambil tersenyum .

"Yela .Pergi la ".Aku menunduk wajah .

"Ala jangan la macam tu dik .Insha allah semua ok ok je .Jangan risau .Tengah hari ni abang ambil kau .Kita gi makan sama-sama tau ".Ujar Daniel lagi .

"Okey abang .Nanti Isya call abang kalau dah habis kelas ".

Aku berdiri seperti tugu negara di hadapan pintu pagar sekolah .Jantung aku berdebar bagai pelari marathon .

"Siapa wanita tu ? kenapa dia pakai macam tu ? .Skirt dia labuh sampai bukulali .Benda apa dia pakai dekat kepala tu ?".Soal wanita 1 .

"Molla .Aku pun tak pernah nampak dia sebelum ni .Nampak macam dia bukan orang sini".Kata wanita 2 .

Tenang Ariana Delisya .Tenang .Aku tahu ramai orang tengah pandang aku sekarang macam pendatang asing .Memang asing pun .Tapi tak perlu la pandang macam aku baru lepas bunuh orang je .Aku jalan perlahan ke arah guard yang menjaga pintu masuk .

"Aa excuse me .May i ask something?".Soalku pada seorang lelaki lingkungan 50 tahun .

"De? bwo? .Kamu cakap apa nak?".Soal guard itu kembali pada aku dalam bahasanya .

"Ha sudah .Dia tak pandai cakap inggeris ke ".Aku melepas keluhan kecil .Nak tanya siapa ni.

"Aa where is Principal Room? .I mean Go-go..jang room?".Aduhh apa aku cakap ni .I sewar i look stupid now!! ughhhh!! .

"Aaa Gyojangsil? ".Soal guard itu lagi .Nampaknya seperti dia faham apa dimaksudku .

"Yes yes".Aku mengangguk laju .

"Haa kamu jalan terus saja dari sini .Blok A tingkat 3 ".Terang Guard itu .

"Ya Allah .Aku mana faham dia cakap apa .Aduhhh .Sepatutnya abang teman aku sampai habis daftar harini , baru balik .Dia bukan ada kelas pun pagi ni!! ".Omelku sendirian .

"Err ok ok ".Aku hanya mengangguk pura-pura faham .Tanpa membuang masa , aku terus melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah .Aku kena biasakan diri bercakap dengan orang dekat sini kalau aku taknak sesat sorang2 .

"Wahhh pelajar baru ke? .Haiii saya Bomi !! ".Bomi menyua tangannya untuk berjabat .

"Apa dia cakap .Dia kenalkan diri dia ke? ".Bisikku perlahan . "Er Bomi ? ".Soalku lagi lalu membalas salamannya ."I'm Ariana ".Balasku sambil tersenyum .

"Wahhh cantiknya awak !! .Suka la tengok wajah awak!! ".Jerit Bomi dengan terujanya.

Aduhh menyesal aku tak bawa alat traslate tadi .Aku masih tercengang dengan apa yang dikatakan Bomi .Dia cakap benda baik-baik je kan ? dia tak menyumpah aku kan ? .

"Err Bomi , do you speak english ?".Soalku pada Bomi .

"Nae .Tapi saya tak berapa fasih sangat .Little bit". Balas Bomi .

Oh little bit maksudnya dia faham juga la bahasa inggeris kan ? boleh tanya ni .

"Bomi , where is principal room ? .Gojangsil?".Aku ingat akan kata-kata guard sebentar tadi .

"Ahhh Gyojangsil ? .Arra! .Kajja! ".Bomi menarik tanganku .

"Ye? gi mana ni ".Aku hanya mengikuti Bomi dari belakang .

"Bomi jumpa kawan baru ke tu ?".Soal Hyera pada kawannya .

"Molla .Budak tu tak pernah ada kawan pun ".

"Budak slow macam tu siapa je nak kawan ".Sindir Hyera lagi .

Skip !!

Beberapa minit berjalan , akhirnya aku tiba di bilik pengarah sekolah .Ya , bilik ni la yang aku cari .Nasib baik Bomi faham apa aku maksudkan .

"Joseohamnida .Gyojangnim! .Kita ada pelajar baru la .Ni ".Ujar Bomi di muka pintu sambil menarik tangan Ariana .

"De? ".Encik Kim mengangkat kening ."Ohh Ariana! ". Sapa Encik Kim .Nampaknya dia sudah tahu akan kedatangan Ariana di sekolahnya .

"Hello Mr.Kim ".Sapaku perlahan .Aku dapat inform dari daddy yang Mr.Kim dengan daddy adalah kawan business dulu .Dulu la , sekarang Mr.Kim dah ada kerjaya sendiri sebagai pengarah sekolah dan daddy pula sibuk uruskan syarikat sendiri so syarikat Mr.Kim tu anak dia yang uruskan kata Daddy .Entah betul ke tidak fahaman aku ni .

"Have a sit dear .I glad you come here ".Ujar Mr.Kim sambil tersenyum .

"Er Mr.Kim .Like you see now .I am from Malaysia , so im not really get to know this place .Hope you can guide me ".Aku tersenyum memandang wajah Mr.Kim .

"Yeahh of course dear .I'll let my son guide you .But i think right now my son still at home .He's a bit lazy .Man right".Mr.Kim tergelak kecil .

"Ohh its ok its ok .I can ask Bomi anything about school .So ..where is my class ?".Soalku lagi .Excited pula nak tahu kelas aku dekat mana .Dalam satu masa aku takut actually sebab aku masih tak biasa di sini .Apa pandangan mereka terhadapan aku .

"Oh wait ya .I'll call your classroom Teacher ". Encik Kim menekan satu per satu butang di telefon nya.

Beberapa minit kemudian seorang wanita datang menyapa di muka pintu .

"Ohh Shim seonsaengnim .Ni pelajar baru kelas awak .Dia anak kawan saya .Ariana.Tolong beri tunjuk ajar ye ".Ujar Kim Gyojangnim pada Shim seonsaengnim .

"Nae!! .Aaa Ariana , lets follow me ".Ujar Sim seonsaengnim .

"Okey ".Aku tersenyum . "Thank you Mr.Kim .Nice to meet you".Aku tersenyum pada pengarah pula .

"Er Ariana ".Panggil Kim Gyojangnim .

"Yes?".

"My son same class with you .His name is Kim Taehyung .You'll get to know him once you meet him ".Ujar Encik Kim .

"Oh really ? okey okey .I'll try get to know him ".

"Good " .

Skip!!

Beberapa minit berjalan , kami tiba di sebuah kelas yang tertulis 2-2 .Aku tak faham maksud 2-2 tu .Tapi macam kelas depan juga ni .Yeke? .

"Perhatian semua !!! ".Shim Seonsaengnim menepuk kuat mejanya .Kelas yang bising tadi tiba-tiba sunyi seperti di kubur saja .Semua orang memandang Shim Seonsaengnim ."Harini kita ada pelajar baru ".Sambung Shim seonsaengnim lagi .

"Wahhhh ".Semua orang kelihatan teruja apabila dengar berita tentang pelajar baru .

"Ariana , come".

Dengar saja Teacher Shim panggil aku masuk , jantung aku sekali lagi berdebar bagai nak meletop saja .Rasa macam mimpi aku pindah sekolah dekat sini .Tanpa membuang masa, aku perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam kelas 2-2 .

Semua orang tercengang memandang kedatangan Ariana Delisya di kelas mereka .Seorang gadis berbangsa lain , berpenampilan lain sekali banding pelajar wanita korea .Siapakah gadis itu .

"Ariana , introduce yourself ".Arah Teacher Shim sambil tersenyum .

"Err Annyeonghaseyo ".Aku memandang semua orang di hadapanku .

"Annyeong!! ".Balas mereka .Ceria saja .

"My name is Ariana Delisya .I'm form Malaysia .Hope you all can guide me and ..be friendly ".Aku menunduk sedikit diri aku tanda kenalan bersama mereka .

"Wow!!!! cantiknya !!! ".Jerit pelajar lelaki .

"Malaysia ?!! fuyooo jauh tu !! ".

Aku tak faham apa mereka cakap tapi kelihatan seperti mereka terkejut dengar asal usul aku .Why? takda orang Malaysia ke dalam sekolah ni ? takkan aku sorang dalam ramai2 pelajar sekolah ni ? .

"Ariana , you can sit at the empty desk next to the window ".Arah Shim Seonsaengnim.

"Ok thank you teacher ". Aku menunduk hormat pada Teacher Shim sebelum melangkah ke tempat dudukku .

"Wahh untungnya awak duduk sebelah kingka sekolah .Tapi hati-hati dengan dia .Dia tak friendly sangat ". Ujar seorang pelajar wanita yang duduk selang semeja dari meja aku .

"Yes? ".Aku mengangkat kening ."Can you speak english?".Soalku lagi .

"N-no really .I not speak englis .Im worst".Balas wanita itu .

Gamak dia cakap diri dia teruk .Ke dia tak tahu apa dia cakap tu ? .

"You must speak Korean .Not us speak english ".Celah satu suara .Aku mencari kelibat yang bercakap itu tapi aku tak tahu mana datangnya .Bunyi macam sindir .

"Awak kena belajar cakap Korea .Susah awak nak faham apa kami cakap nanti ".Ujar seorang lelaki berambut perang ."Hi my name is Junho ".Lelaki itu menghulur tangannya .

"Er sorry .Im Ariana ".Balasku tanpa menyambut hulurannya .

"Ohh .Okey ".Junho menarik kembali tangannya .

"Sombongnya perempuan tu taknak berjabat tangan dengan orang ".Bisik cHani pada kawannya .

"Aku pun nampak dia macam sombong".Balas Hana .

"Dia tak tahu ke dia duduk sebelah Kingka sekolah tu ? Taehyung bukan tak suka ke orang duduk sebelah dia ? beraninya ".Ujar Siyeon .

"Seonsaengnim yang suruh .Nak cakap apa ".Balas Hyojung .

"Apa dorang cakap pasal aku ni .Lain macam je bunyi .Dorang sindir aku ke apa".Omelku sendirian sambil menunduk wajah .

"Guyss! .Mana Taehyung? dia tak datang lagi ?".Soal Shim seonsaengnim .

"Belummmm". Jawab mereka semua sekelas .

"Aduhh dah pukul berapa ni dia tak datang lagi .Selalu betul datang lambat".Shim seonsaengnim mengeluh panjang .

"Saya di sini .Jangan risau la .Gaji seonsaengnim tak tolak pun kalau saya datang lambat".Sindir Taehyung lalu jalan di hadapan Shim seonsaengnim .

"B-bwo ? aishh Taehyung ni .Bila la nak ubah sikap tu ".Shim seonsaengnim mengetap gigi .Sabar saja dengan kerenah pelajarnya .

Tiba di tempatnya ,Taehyung berdiri lama dan memandang wanita yang duduk di sebelahnya .

"Kau siapa?".Soal Taehyung .Bengang saja wajahnya .

-BERSAMBUNG-

(ps: Untuk ff Love you mr.sweet , author minta maaf terpaksa batalkan sebab tak dapat recover .Insha allah kedepan nanti author buat novel melayu baru eh)

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience