Rate

1-ichi

Adventure Series 308

1750, Dinasti Sendo.

Bulan 9, musim luruh, Daerah Kiminari.

Tidak jauh dari sempadan kota utama Sendo, kampung Irujuma di daerah Kiminari semakin parah.

Cukai-cukai yang dikenakan oleh pihak Daimyo dan Shogun semakin menjadi-jadi tanpa banyak kawalan daripada Maharaja.

Para pegawai besar, malah tentera-tentera yang berkawal sering mengambil kesempatan ke atas kelemahan rakyat Sendo yang terpinggir seperti Irujuma.

Keadaan itu menjadi lebih teruk apabila kebanyakan penduduk yang miskin dan berkeluarga tidak mampu untuk membayar cukai-cukai yang semakin meninggi.

"In the name of the Daimyo, you should fulfill your duty my man. Kau masih tidak cukup 7 keping perak. Apa yang kau akan buat sekarang?" suara garau seorang pegawai berpakaian Karuta-gane itu memecah kesunyian kampung.

Setiap bulan, sepasukan pengawal berkuda yang diketuai oleh seorang pegawai kelas menengah akan ditugaskan untuk mengutip cukai pada setiap rumah dan keluarga.

"Maaf tuan.. isteri saya masih sakit. Saya perlu belikan ubat untuk dia. Saya janji saya akan bayar lagi jika saya ada wang. Tolong maafkan kami." mohon Eito.

Tertunduk-tunduk lelaki awal 50an itu memohon maaf dihadapan rumah minka usangnya.

Pegawai tadi hanya tersengih sinis di atas kuda hitamnya. Mata diliarkan memandang pula orang kampung di sekeliling yang memandang mereka takut-takut.

"Huh, kau ingat aku akan percaya? Bulan lepas kau buat perkara yang sama, dan sekarang.. kau buat lagi. Tsk tsk tsk.." Saruto tersengih sinis.

"Apa-apapun.. itu bukan masalah aku. Tugas aku adalah untuk kutip daripada kau, dan tugas kau adalah untuk bayar kepada aku. Mudah." angkuh sekali nadanya.

Bekas samurai bernama Saruto Riu itu tidak asing lagi di mata orang kampung. Berwajah garang dan sombong.

Terdapat juga orang kampung yang menyimpan dendam dengannya, cubaan membunuh dilakukan.

Malangnya, tiada yang mampu untuk melawan pahlawan berpengalaman dan berkemahiran itu.

"Periksa rumah dia." arahan diberikan Saruto.

Dua orang pengawal bersama Saruto turun dari kuda dan pantas cuba memasuki kediaman tersebut.

"Ampun tuan.. ampun.. saya akan usahakan lagi. Sa-saya akan bayar dua kali ganda pada tuan bulan depan. Saya janji.."

Eito mula menjatuhkan diri, melutut di depan rumahnya, cuba menghalang. Kedua tangan diletakkan di atas kedua pehanya, merayu.

Kedua pengawal tadi terhenti, memandang Saruto sekilas.

Saruto mengangkat tangannya, malas. Mengarahkan mereka berhenti.

"Huh. Kau ke dalam.. Ambil apa saja yang berharga di rumah kau dan serahkan kepada kami. Aku tiada masa untuk kau." Saruto berbicara lagi. Dingin.

Bosan mendengar rintihan bodoh orang kampung miskin itu. Dia juga punya tugasan yang perlu diselesaikan.

"S-s-saya tak ada apa-apa yang berharga tuan. Silalah faham.. Saya janji saya akan bayar semula pada tuan. Sumpah, saya janji tuan."

Si lelaki semakin rancak merayu apabila raut wajah Saruto semakin mencuka. Bukan dia tidak tahu bahawa jika dia tidak mampu untuk membayar kepada mereka, dirinya dan keluarga akan diperhambakan.

Anak gadisnya akan dilelong untuk dijual di rumah-rumah pelacuran mahupun orang kaya, bahkan mereka boleh saja dibunuh.

Saruto mengeluh berat, memandang jijik pada Eito di kaki kudanya.

"Baik. Aku berikan kau satu lagi peluang. Jika kau tak bayar seperti yang kau katakan...-"

Katana di sarung yang diikat dipinggangnya ditarik lancar. Berdering, dan dihunus ke pangkal leher Eito, menyebabkan calar yang mengalirkan darah.

Tajam sekali.

"Aku akan pancung kepala isteri kau... kemudian anak kau, kemudian barulah kau. Wakarimasu ka?" sinis sekali suaranya.

Eito terangguk-angguk pantas bagai orang bodoh. Dia terpaksa.

Sengihan Saruto semakin lebar apabila terlihatkan kain seluar Eito yang membasah akibat ketakutan.

"Ikimashou!" (Mari kita pergi) Saruto menyahut lalu menarik tali pada kekang kudanya. Menuju ke destinasi-destinasi seterusnya.

Tiada warga kampung yang berani untuk menyuara untuk membantu Eito, masing-masing mempunyai keluarga yang perlu ditanggung juga.

Ada dari mereka yang dibelasah, dihina dan diambil wang mereka secara paksa. Tidak bertuah seperti Eito.

Selang beberapa rumah dari situ, tibalah Saruto ke kediaman Moori.

"Yo Kenji! Tiba masa untuk kau pula, Kalau kau... aku lebih suka jika kau tak bayar pada aku. Mungkin aku boleh ambil anak kau." Saruto tersenyum penuh makna.

Hina menumpukan tumpuannya pada suara-suara yang berbicara di hadapan rumahnya. Bilang ayahnya, jangan sesekali keluar tanpa diarahkan.

Bapa angkatnya, Kenji Moori, lelaki berusia 43 tahun itu bekerja sebagai tukang besi. Walaupun tidaklah kaya, tetapi ayahnya boleh dianggap lebih berkemampuan daripada kebanyakkan orang di sana.

"Ini bayaran untuk bulan ini tuan." Kenji hanya mengabaikan kata-kata Saruto.

Dengan rendah diri, sebuah beg kain yang lusuh diserahkan pada salah seorang pengawal Saruto yang kemudiannya diberi kepada si tuan.

"Hurmm.." beg kain dibuka Saruto, beberapa syiling perak dijatuhkan ke tapak tangannya.

Apabila cukup kiraan syiling perak sebanyak 35 keping itu, Saruto mencampakkan beg lusuh tadi ke dalam kereta kuda yang dikawal di belakang.

Mata tajamnya diliarkan pada setiap pelusuk rumah, pintu-pintu nipis yang mengasingkan luar dan dalam rumah minka itu. Mencari suatu sosok gadis pujaan di sana.

"Apa anak kau tidak mahu bertemu aku? Bukan mudah untuk aku ke sini.. sebulan sekali saja." bicara Saruto senang hati.

"Tidak tuan. Dia kurang sihat.. jadi saya minta agar dia berehat saja di dalam." Kenji menjawab perlahan. Sopan. Mata ditetapkan pada tanah.

Gusar untuk mencetuskan amarah atau perasaan tidak suka Saruto kepadanya.

"Hmmm... baiklah. Aku berikan kau peluang Kenji, bukan mudah untuk dapatkan bakal suami yang bagus untuk anak kau seperti aku."

Pandangan Saruto diliarkan lagi pada rumah Kenji.

"Aku tahu kau di dalam. Mungkin selepas ini kau akan keluar untuk berjumpa dengan aku dulu. Kau agak kurang ajar... aku tak jangkakan ini dari kau."

Hina memejamkan matanya, jantung yang mula berdegup pantas cuba untuk ditenangkan. Takut jika Saruto cuba untuk memecah masuk ke rumah pula.

Sebagai wanita yang penuh etika, dia hanya duduk dengan posisi seiza. Didikannya tidak membenarkan dia untuk berkasar mahupun meninggikan suara.

Ketakutannya itu membuatkan diri asalnya memunculkan diri. Telinga dan ekor seperti rubah mula muncul di sebalik kimono di tubuhnya tanpa disedari.

'Calm down Hina.. You need to calm down. Remember what father taught you.' bicara hatinya.

Nafas cuba ditarik dalam-dalam sebelum dihembus keluar, cuba untuk menenangkan diri.

Tidak mendapat balasan daripada sesiapapun dari dalam rumah membuatkan Saruto tersenyum jahat.

'Stubborn girl'.

Dengan sedikit kerlingan kepada anak buahnya, mereka pantas memahami kemahuan si tuan.

Seorang pengawal menghampiri Kenji lalu ditumbuk wajahnya hingga tersembam ke tanah. Tubuh yang jatuh itu kemudiannya disepak berkali-kali hingga mendapat arahan berhenti dari Saruto.

Hina mengetap giginya, tangan digenggam pada kain baju. Menahan geram.

'Ayah..' tubir matanya mula berair, cuba ditahan.

"Itu hadiah untuk kau dan anak kau. Ingat ya. Aku akan kembali.. Till we meet again Moori." pamit Saruto ringkas pada Kenji yang meringkuk di atss tanah. Kudanya diarahkan kepada rumah-rumah kampung berikutnya.

Kenji tidak mengangkat tubuhnya sehinggalah kumpulan tadi agak jauh dari rumahnya. Terus dia bergegas ke rumah dan pantas menutup pintu lalu dikuncinya.

Hina yang menyedari si ayah sudah masuk, terus saja membuka pintu biliknya dan berjalan keluar.

"Ayah.." panggilnya sopan. Raut wajah si bapa yang tertekan menjetik hati rubahnya.

Kenji memandang sekilas pada Hina sebelum mengalihkan pandangan dan tergeleng-geleng pasrah.

Kaki pantas dibawa ke meja makan mereka yang bersebelahan beliang api kecil yang dibina di tengah ruang tamu untuk memanaskan kediaman.

Memahami keadaan ayahnya, Hina mengambil kotak kayu yang mempunyai ubat-ubatan sendiri dan murah.

Calar-balar dan kesan tumbukan tadi dirawarnya walaupun menggunakan ubatan yang kurang kualitinya.

Kenji mengerling sekilas pada Hina dan berkata perlahan,

"Jangan menangis, bukankah aku sudah kata pada kau.. kau tak perlu risau." Kenji memujuk si anak.

Gadis berusia 17 tahun itu mengangguk sahaja sebelum mula menyediakan teh. Alatan bancuhan, set pot tea dan daun teh hijau diatur cermat sebelum dengan tertib disediakan.

Kenji memerhati teliti perbuatan si anak.

'Tea Ceremony' adalah antara adat istiadat yang diajarkan kepada gadis-gadis bangsawan dan berpendidikan. Merupakan antara lambang keayuan tradisional masyarakat pada ketika itu.

"Kau seorang yang bijak, pandai membawa diri.. baik. Hidup ni akan lebih sukar untuk kau." Kenji berkata-kata bagaikan pada dirinya sendiri.

"Ingat apa yang aku ajarkan, kau kene kawal emosi. Jangan biarkan sesiapapun tahu yang kau adalah kitsune. Seorang yokai. Mereka akan bunuh kita."

Pesan Kenji tidak senang, telinga rubah di atas kepala Hina dipandangnya. Mesti anak angkatnya itu takut atau gelisah, hanya itu saja yang menyebabkan kemunculan telinga dan ekor rubah di tubuhnya.

"Cuba untuk elakkan situasi seperti tadi. Aku akan selesaikannya." teh yang dihidang penuh cermat oleh Hina dihirupnya perlahan.

"Esok kau akan ke Bandar Touka bersama gadis-gadis lain. Semuanya sudah tersedia?" soalnya pula.

"Sudah ayah. Saya hanya risau jika bertemu dengan mereka lagi." jawab Hina pula.

Dalam tiga minggu lagi, dirinya akan mencapai umur 18 tahun. Dan pemilihan maiko akan dijalankan.

Menjadi maiko, atau perintis geisah itu sekurang-kurangnya akan menjadikan dirinya bukan mangsa mudah.

Berkhidmat sebagai pelayan dan mempunyai abiliti untuk mengawal emosi, menjadi sempurna dan menghiburkan para lelaki. Itulah geisha.

Tetapi ada sesuatu yang membuatkan ketakutan Hina tidak dapat dikawal. Syarat-syarat menjadi maiko membuatkan dia menyoal keberanian diri.

Berpengetahuan dalam adat istiadat dan politik, budaya dan ekonomi, raut wajah yang bersih, tubuh badan yang dijaga baik dan bijak berkomunikasi agar tidak membosankan para lelaki.

Itu semua tidak menjadi masalah bagi Hina, hanya...

Untuk menjadi geisha daripada pangkat maiko, mereka perlulah menjalankan satu ritual atau adat dengan menyerahkan diri untuk satu malam kepada orang daripada kelas atasan.

Hina sudah dididik dari kecil untuk menetapkan itulah takdirnya, dia akan ke kota dan hidup di kalangan yang dihormati.. walaupun hanyalah sebagai penghibur.

Tapi mampukah dia melaksanakannya?

Tangan naik membetulkan hiasan di rambut panjang hitamnya. Raut wajah si ayah dipandang.

'Aku perlu lakukannya juga. Hanya satu malam... dan aku akan keluar dari sini selamanya. Ayah akan mendapat bayaran daripada okiya dan tak perlu lagi untuk risaukan aku.'

'Hidup di okiya adalah lebih baik... kolam air panas, kimono yang cantik, alatan mekap serta makanan panas yang akan disediakan hamba.. apa lagi yang kau mahukan Hina?'

Dialog dirinya sendiri. Dia tahu keinginan dirinya bukanlah begitu. Tetapi jika itu takdirnya, siapalah dia untuk mengubahnya bukan?

Malam itu mereka menjamu selera dengan hanya nasi dan sayur-sayuran saja, sedikit ikan kering daripada kampung nelayan berdekatan dan ubi keledek. Hanya itulah lumrah harian mereka, jarang sekali bermewahan.

Tetapi hidupnya akan berubah setelah dia ke kota. Hidupnya.. hidup Kenji.. dan jika bertuah, rakan-rakan gadis sekampungnya juga.

'Harapnya akan ada sesiapa yang memilih dan menjamin aku nanti... Jika aku pulang ke sini semula, pasti ayah akan sedih.'

Dirinya dibawa ke hamparan futon lama di biliknya. Rambut dilepaskan ayu, disikat lurus sebelum mula berbaring.

Otaknya ligat bekerja memikirkan senario orang bandar yang akan ditemuinya esok. Tanpa sedar, Hina mula melelapkan mata.

Telinga dan ekor rubahnya mula menghilang dengan sendirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience