Mendengar suara itu, Isma sudah agak, Adik iparnya datang.
"Waalaikumsalam! Eh adik, kaklin korang datang ke, wau tak bagitahu pun, kaklang tak masak untuk korang, nak suprise-suprise pulak, Hahahaha",(Isma menjawab salam 2 orang adik kembar iparnya)
"alah, rumah dekat je pon, tak sampai 5 kilometer pun nak bagitau"(jawab kembar yang adik)
Mereka bertiga pon berbual di dalam rumah
"Adik, kaklin"
"kenapa kaklang?" (kedua-dua menjawab pertanyaan Isma)
Isma pon menceritakan kepada kedua-dua adik iparnya tentang perangai abang kembar itu,Sambil menangis dia bercerita.
"Kaklang bukan apa, haritu dia kata kaklang ni mata duitan sebab kaklang minta dia duit, dia taktau duit yang kaklang minta ni, kaklang nak beli barang dapur, barang dapur tinggal sayur sawi je, dia dahla cerewet bab makanan, salah ke kaklang minta dia duit sampai nak kata camtu?, pastu harini dia buat camtu kat kaklang"(Isma meluahkan sambil menangis )
"aik kenapa abang farhan nak kata camtu?, mata duitan apanya? dia taktau ke itu tanggungjawab dia sebagai suami?, eh ada lagi orang macam ni ya?, kitaorang pon tak mengaku di abang kitaorang kalau macam ni"(kaklin bersuara dengan nada yang lantang)
"sebelum kahwin beriya sweet-sweet, ha ayat macam mana, ah aku takleh hidup tanpa u, pastu Vc Setiap malam bagi pickup line, kerja sungguh-sungguh nak halalkan kaklang, tiba lepas kahwin sekejap je berubah, minta duit beli barang dapur pon kata mata duitan, Ey, dah tak mampu nak bagi duit tu, jawablah elok-elok, ni tak, kau dahla tak mampu pastu nak kata bini kau camtu, eh geram aku!"(Bebel Kembar adik dengan sangat marah)
"Kaklang perasan perangai abang korang berubah sejak dia kawan dengan Si Saiful tu"
"Saiful yang yang duduk Singapore tu ke, sejak bila abang Farhan kawan dengan dia?"(tanya kaklin)
"Eh bukan yang tu, Saiful yang pernah jadi jiran kita dulu tapi dia dah pindah kat Kampung Muhibbah, kan kaklang?" (adik mencelah)
"ha yang tu"(Isma menyokong)
"takpe kaklang, kaklang sabar je banyak-banyak biar kitaorang fikir jalan penyelesaiannya"(pujuk adik)
Kedua-dua kembar itu pon berangkat pulang ke rumah.Mereka agak kasihan kepada kakak iparnya kerana mendapat suami yang begitu.
Pulanglah Farhan dari kerjanya, dalam perjalanan ke tadika kemas untuk mengambil Mikail, Saiful menelefon Farhan.
"ha hello, kenapa Saiful?"
"Aik bff call pon nak tanya kenapa, ni ha kau da balik kerja ke?"
"Aik bff balik kerja pon taktau bila, hehehe, ni aku dalam perjalanan nak ambil Mikail ni, ada apa?"(perli Farhan)
"benda ni tak syok cerita dalam fon, esok kita jumpa kat kedai shamli Bistro tu"
"ha bolehla, lagipon esok kedai tutup"
Farhan dan Mikail sudah tiba dirumah, Isterinya sedang asyik menonton television.
"Mikail pergi masuk bilik dulu pastu mandi"(Farhan menyuruh)
*Mikail sudah masuk ke bilik*
"Hmm best tengok tv, sampai suami balik kerja pon dah tak sedar?"
"Eh saya da sedar sebab dengar kereta awak tadi, bunyi tapak kaki awak masuk rumah pon saya dengar"(jawab Isma)
"habistu? dah tak reti nak tanya dah makan ke, nak mandi ke"
"okay, awak dah makan ke?, nak mandi ke?"(tanya Isma)
"lain kali aku tak payah cakap kat kau, kau dah boleh fikir sendiri kot, aku ni suami kau, syurga kau kat tapak kaki aku ni, takkan lah nak suruh baru buat, akal ada, pergi mana?"
Isma terdiam lalu menutup television dan pergi ke dapur. Farhan dengan muka yang marah mengikuti Isma lalu menarik rambut Isterinya.
"sakitlah! awak kenapa?"
"kau kalau aku tengah bercakap tu pandang muka aku, hormat aku, Aku ni suami kau!"
"saya tak suka perangai awak yang sekarang! dah berani nak cederakan saya pula? awak nak saya bagitau ayah saya?"(ugut Isma)
Farhan terdiam lalu bergegas ke bilik dengan helaan nafas yang kuat. Isma tahu bahawa suaminya cukup takut dengan ayahnya, kerana Haji Daud(Bapa Isma) pernah memberi amaran kepada Farhan jika menyakiti anaknya walaupon sedikit dia akan membalas perbuatan itu dengan setimpal, maklumlah Haji Daud adalah bekas Askar, memang takutlah Farhan.
"kring kring kring!, Ha assalamualaikum kenapa kaklin?"
"kaklang okay tak kenapa suara kaklang lain, abang Farhan buat ke?, dia buat apa?"
"takde apalah, ni kenapa kamu call?"
"Siang tadi kitaorang pergilah lalu depan rumah Saiful kitaorang nampak dia pakai selekeh gila"
"hah selekeh macam mana?"(Isma kebingungan)
"entah macam orang gila campur penganggur, memang selekeh"
"haih biarlah dia nak buat apapon janji dia tak kacau hubungan kaklang dengan Abang Farhan"
"ha betul jugak, kaklang ni orangnya sangatlah positif, untung abang Farhan dapat kaklang, tapi malang kaklang dapat abang Farhan,hahahahah"
Mereka berdua pon tertawa kecil, terdetik dalam hati Isma bahawa dia beruntung mendapat adik ipar yang baik hati dan selalu berpihak kepadanya, dalam waktu begini pon, adik iparnya juga yang dapat membuat dia ketawa.
Keesokan harinya, seperti dalam perjanjian, Farhan bersemuka dengan Saiful di Shamli Bistro, Saiful memberikan Farhan 1 bag.
Share this novel