Series
516
Nama aku Rudy Ramzan yang berumur 30 tahun.Aku nak ceritakan pengalaman aku kena kacau setiap malam jumaat.Benda ni terjadi masa aku berumur 15 tahun,pada hari lahirku yang ke 15 tahun kitaorang menyambutnya semasa malam jumaat tetapi pukul 8 malam.Kejadian aku kena kacau ngan `benda' tu malam yang sama tapi pukul 12 tengah malam tepat.Mula mula aku ada terdengar orang panggil aku tetapi bila aku cari dari mana suara tu datang tiba tiba suara budak perempuan menangis pula aku dengar waktu tu aku dah takut aku terus selubung diriku dalam selimut.Sedar sedar aku dah demam 5 hari dah dan pada masa yang sama aku pengsan dah 5 hari aku terkejut`bukan ke baru semalam aku kena kacau' kemudian aku pun ceritalah kepada ibuku`ibu,Am rasa takutlah bila duduk kat rumah atok ni" ibuku cakap`apa yang takutnya bukan ada apa apa pun Am je rasa macam tu.Dah Am jangan fikir bukan bukan dah lepas ni" .Keesokannya aku pergi jumpa sepupuku yang bernama Azham Ariel,aku panggil Az je dan aku pun ceritalah kejadian tu kepada sepupuku Az betapa terkejutnya Az waktu tu.Az ada bagitahu aku yang atok kitaorang tu ada membela`benda' aku punya takut tu Allah je tahu.Ibu dan ayahku menyuruhku untuk tinggal disini sekejap alasannya kerana kesian atuk duduk seorang diri di rumah ini tetapi aku cuba untuk membuat alasan untuk ikut bersama ibu bapa ku pulang tapi apakan daya nak tak nak terpaksa tinggal jugak.Semakin lama aku tinggal bersama atuk aku semakin takit untuk tinggal bersamanya dan aku berjumpa dengan sepupuku Aziz dimana rumahnya hanya 2kilometer sahaja dari rumah atuk,aku meminta supaya aku boleh tinggal bersamanya di rumahnya dan Aziz setuju untuk membenarkanku tinggal dirumahnya.Pada malam jumaat selepas solat maghrib berjemaah di masjid yang dekat dengan rumah atukku tiba tiba tok penghulu bagitau perkara yang sebenar kepada ibu ayahku bahawa yang atukku ada `membela benda' dan betapa terkajutnya mereka setelah tahu atukku ada `membela'.
Dan Azham memanggil ustaz Karim untuk menghalau `benda' itu dan alhamdulillah ustaz berjaya menghalau `benda' itu.Ustaz Karim memberitahu kami bahawa atukku telah meninggal dunia sudah 3bulan tetapi jin yang atukku bela ada dalam badan atukku untuk mencari tuan baharu iaitu aku kerana atuk telah menurunkan itu kepadaku.Aku tertanya kenapa atuk nak bela sangat apa faedahnya bila bela itu.Dan akhirnya sepupuku yang bernama Najwa Arissa beritahu perkara sebenar yang sebenarnya atukku itu sebenarnya bukan atukku yang sebenar atuk hanya ingin balas dendam kepada keturunan ke 13 ibuku iaitu aku sendiri.Alasan atuk turunkan benda itu kepadaku kerana nenekku belah ibuku telah mengkhianati cinta atukku terhadapnya dan atukku sudah berjanji yang dia akan balas dendamnya.
~TAMAT~
Share this novel