Rate

1

Mystery & Detective Series 4505

Danial Hazrez update status Facnya sambil tersenyum

Assalamualaikum! Sesiapa yang tengah mencari bilik sewa area Bandar Saujana Putra boleh contact awek aku Adrianna. Dia nak cari housemate baru. Rumah sangat bersih dan super lawa cantik tertarik kau memang da bomb #rumahsewa

Danial Hazrez tersenyum lagi.. perghhh gempak ayat aku, siap ada hashtag lagi tu

Kemudian dia terus bangun mencapai tuala untuk mandi. Tak sabar dia untuk bertemu keseyangannya iaitu Arianna Natasya, cinta mati dia. Mereka bercinta sejak di sekolah menengah lagi, dia senior Arianna.

Mereka mula mula bertemu di tandas Sekolah Menengah Kebangsaan Chengal. Waktu itu Hazrez sedang membuang air kecil di basin tandas tersebut, Arianna tersilap masuk ke tandas lelaki tersebut, 

“Astagaa! Woii!”

“Sooooosorry sory saya tak sengaja!” terus Adrianna menutup pintu tandas tersebut.

Hazrez dengan pantas keluar tandas lelaki itu

“eh, kau ade Nampak ape ape ke tadi? Demmm betul!” tanya Hazrez sambil mendegus.

“tak tak aku tak sempat tengok ape ape, sumpah!” jawab Adrianna sambil mengangkat tangan dan menunjukkan jari 5.

“kalau sempat kau nak tengok ke? Pervert!” marah Hazrez.

“weh kau tu yang pervert! Wekz!” Marah Arianna lalu berlalu pergi meninggalkan Hazrez seorangan, sejak kejadian itu mereka sering bertembung, tetapi masih bergaduh sehinggakan hari hari terakhir Hazrez SPM, dia meluahkan rasa cintanya terhadap Arianna. Sejak daripada itu mereka bercinta sehingga sekarang.

 

                        ________________________________________________

 

“Sayang!!!” jerit Arianna di pintu Lavender Kopitiam  sambil melambai lambai Hazrez yang sedang  menunggu di meja kedai kopitiam tersebut. Hazrez tersenyum.

“Sayang! Guess what!!” tanya Arianna sambil teruja.

“What?” tanya Hazrez, keliru sambil menjungkitkan bahunya.

“Ada orang call I tadi.. dia nak datang rumah esok! Nak sewa dengan I !! yeaaaa” terang Arianna sambil tersenyum riang.

“oh ye? Bagus la tu sayang.. sekurang kurangnya u ada peneman.. tak la bosan sangat kan sejak Miko takde” jawab Hazrez lalu teringkat Miko, Miko kucing kesayangan Arianna yang Hazrez jumpa di tepi jalan berhampiran rumahnya lalu dia memberikan Miko untuk Arianna jaga, tapi sayangnya Miko telah mati kerana jatuh dari tingkat 7 Kondominium Crystal milik Arianna. Sejak dari kejadian itu Arianna terasa bosan dan teringin untuk mencari kawan serumah. Sekurang kurangnya tak la bosan sangat. Kan!

“Oii mengelamun ape sayang oi!” tepik Arianna, Arianna ni Nampak je lembut tapi agak kasar dan sempoi. Itu menyebabkan Hazrez sayang pada dia. Hazrez ni tak suka perempuan yang mengada ngada dan manja semacam, dia rasa geli.

“I tak mengalamun la.. I tengok girl pakai shortpants depan tu, hot giler u”

“U ni teringin makan penampar I ke ape citer dia ni?” tanya Arianna sambil tergelak gelak.

“A’ah asyik makan nasik je, sekali sekala makan penampar u ape salahnye” Jawab Hazrez sambil menyuakan pipinya ke Arianna.

“Miss, may I take your order please” belum sempat Arianna mengusik Hazrez tiba tiba pelayan kopitiam itu pun datang mengambil order. Cehhh kacau daun je minah ni!

“Give me Apple juice with err with ape tu ek sayang.. aaa” Arianna cuba mengigat sesuatu.

“Ape dia? Cakap melayu jela. Haha” gelak Hazrez

“ni haaa assam boi dalam inggeris ape ntah”

“Sour plum, miss” jawab waiteress tersebut.

“Haaa! Tu la sour plum.. baru I ingat.. hehehe cowiii” jawab Arianna tersipu malu sambil menutup mulutnya. Pelayan itu pun pergi meninggalkan mereka.

“Ape lah sayang ni, bajet nak speaking sangat apehal” Tanya Hazrez.

“Dah dia tanya dalam inggeris! Cehh..” jawab Arianna kemudian memerhati handphone iphone5s nya. Wooiii banyak gila notii masuk.. semuanya dari wasap! Apehal nii? Ohh dari group sekolah ni.. ceh.. ehh ada satu notifaction dari unknown number.

“Hai, Saya yang nak sewa dengan awak tu, saya masuk awal sikit boleh? Esok? Sebab saya dah takde tmpt tinggal, hope u okey J “

Ohh budak ni.. demm nak masuk esok pulak! “Sayang! Budak tu nak masuk esok pulak.. ades!” Arianna mengaru garu kepalanya yang tak gatal itu. Menjadi tabiat dia bila ada masalah akan mengaru garu kepala.

“Then? So what? Okey la tu” Jawab Hazrez sambil menikmati Chocholate milkshakenya.

“No no ! tak okey.. I tak kemas rumah lagi.. matiii aaa”

“Lah.. lepas balik ni u terus la kemas.. susah ape?” tanya Hazrez.

“Dem… I malas gila kot..” cebik Arianna.

“Dah u malas tak payah kemas, biar je orang tu datang esok tengok rumah u sepah sepah pastu dia tak jadi sewa then dia tak jadi stay dengan u. padan muka!” bebel Hazrez pada Arianna.

“yelaa yela balik kang I kemas la, Pakcik!” Arianna mencebik, Hazrez ketawa besar. Aweknya tu memang suka panggilnya pakcik.

                        _________________________________________________

Hazrez dan Arianna menuju ke kereta Honda CRZ  milik Hazrez yang sedang parking di basement Ampang Mall. Sedang berjalan jalan Hazrez memengang tangah kekasihnya itu,

“sayang, I terus hantar u balik okey?” soal Hazrez.

“Taknak! Balik awal watpe? Bosan la..”

“Ehh makcik ni! Lupa la tu yang dia tu nak kena kemas rumah. Kang orang tu datang esok tengok rumah u sepah sepah pastu dia tak jadi sewa then dia tak jadi stay dengan u pastu….” Belum sempat Hazrez menghabiskan ayat, Arianna memotong

“ehh dah dah pakcik! Takyah nak bebel sangat. Dah cepat hantar la I balik!” cebik Arianna kemudian dia masuk ke dalam kereta dan menghempas pintu kereta Honda CRZ milik Hazrez.

“Oii elok elok sikit. I beli kereta ni mahal ok!” jerit Hazrez dari luar. Arianna menjelirkan lidahnya di dalam kereta. Ehh dia main jelir jelir plak. Aku gigit lidah tu kang baru kau tahu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience