BAB 2

Horror & Thriller Completed 3916

Pada satu malam yang sepi.. Bukan! Bukan pakmat jual topi. Bukan juga topi pak mat koyak pak mat jual tempoyak. Semua tu tak ada kena mengena dengan kisah ni. Pak mat punya watak tak ada dalam ini cerita ok!

Kisahnya semasa Jururawat ni bertugas night shift bersama 3 lagi Jururawat yang lain di wad bayi. Hari pertama shift malam tu tak ada apa-apa yang berlaku. Hari kedua pun sama juga. Semuanya dalam keadaan baik tapi bila masuk malam ketiga.

Jeng. jeng. jeng. sesuatu telah berlaku.

Jangan buat spekulasi. Ni bukan cerita pasal lagenda hantu susu datang ketuk rumah orang sambil dukung batu nisan minta susu ok! Tu kisah dah jadi sejarah. Hantu susu pun dah pencen gamaknya.

Sekarang lepak dalam dalam hutan makan duit pencen dah gamaknya dia. Lama sangat berkhidmat sebagai hantu untuk memomokkan orang awam.

Nak di jadikan cerita masa tiba giliran jururawat ni bagi susu kat baby yang terjaga pukul 2 pagi. Almaklum la baby kan. Memang setiap sejam dua mesti bangun nak menyusu. Siapa pernah beranak pinak tahu la. Mencabar kesabaran beb. Baru terlelap sejam anak dah bangun nak menyusu.

Dalam celah-celah kesunyian malam ni tiba-tiba ada seorang bayi lelaki menangis bagai nak rak. Terkejut jugak la jururawat tu. Nak, nak lagi sepanjang dia bertugas memang tak pernah dengar tangisan baby senyaring dan sekuat tu.

Apa lagi kelam kabut la Jay ni pergi ke bilik yang menempatkan katil baby tu. Dalam celah-celah tu dia dengar pulak suara seorang wanita yang minta dia cepat ke katil baby tu.

Sekali lagi dia terkejut sebab mana ada ibu ibu yang terjaga atau masih berjaga dia wad. Tapi dia anggap mungkin cuma mainan perasaan dia jer. Yelah tengah-tengah malam ni. Bunyi angin pun kadang-kadang dengar macam orang tengah menyembang ye dak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience