Series
289
Di sebuah rumah...
"Kenapa aku ada kat sini?" Tanya Edy pada diri sendiri
Ketika ini Edy dan beberapa orang bawahannya sedang berada di sebuah bilik berkaca yang kedap bunyi.
"Tes! Tes!" Kedengaran suara seorang lelaki yang sedang mencuba mikrofon
"Selamat datang ke rumah sesat! Di sini,semua pemain kena mencari jalan keluar tanpa ditangkap oleh penunggu rumah!" Kata orang itu
"Penunggu rumah?" Semua orang yang berada di dalam bilik kaca saling berbisik
"Kamu semua ada 2 pilihan jika ingin keluar dari sini iaitu, kamu semua boleh cari jalan keluar ataupun cari aku dan bunuh aku." Jelas orang itu
Ting! Ting! Ting!
"Di setiap telefon yang berada di tangan ketua, telah saya hantarkan 3 peta laluan untuk cari jalan keluar.Tapi,kamu semua kena ingat jangan tersalah pilih peta kerana hanya ada 1 sahaja peta yang sebenar di setiap ketua!" Kata orang itu lalu ketawa
Fakrul melihat telefonnya.
*Ini bukan telefon aku..* Fakrul membuka telefon itu
"Ini..." Norman yang berada di bilik kaca bersebelahan dengan Edy terkejut apabila melihat isi peta itu
"Kenapa ketua?" Tanya orang bawahannya
"Ini bukan peta!" Jerit Norman terkejut
"Hah?" Orang bawahannya tidak paham apa yang dimaksudkan oleh Norman
(Isi telefon : Gambar 1 - Bilik tidur yang dipenuhi mayat, Gambar 2 - Bilik cctv dipenuhi dengan kepala mayat yang tergantung dan Gambar 3 - Bilik terkunci dapat dilihat daripada pintu ada kesan darah)
"Adakah ketua dah pilih peta?" Tanya orang bawahannya Edy
"Ini bukan peta!" Jerit Edy dengan keadaan yang sedikit terkejut
"Apa maksud ketua?" Tanya Malik
"Korang tengokla!" Kata Edy lalu memberikan telefon itu kepada Malik
Orang bawahan Edy yang tengok sekali gambar itu sangat terkejut
"Adakah kita kena pilih salah 1 bilik?" Tanya Malik tergagap-gagap
"Nampaknya.." Jawap Edy perlahan
"Semua ketua telah melihat gambar itu kan? Jadi permainan akan bermula dari...SEKARANG!" Kata orang itu
Semua orang yang berada di dalam bilik kaca mula berjalan keluar dengan perlahan-lahan
"Kita nak pergi bilik mana ketua?" Tanya Kelvin orang bawahan Fakrul
"Kita akan pergi bilik cctv untuk melihat jalan keluar" Jawap Fakrul
Fakrul dan orang bawahannya berjalan keluar dan pergi mencari bilik cctv.Manakala,Norman dan orang bawahannya pergi mecari bilik tidur kerana di dalam gambar tersebut mereka ada ternampak sekeping surat yang berwarna merah berada di atas meja lampu tepi katil bagi Norman mungkin ianya ialah clue.Edy dan orang bawahannya tidak pergi mencari mana2 bilik.Tetapi,mereka pergi mencari sekeping surat berwarna hitam dan juga sebuah telefon kerana mungkin ada clue di dalam surat itu ataupun telefon itu.
Di sebuah bilik..
"Wah,nampaknya mereka dah mula mencari!" Kata seorang lelaki yang berada di sebelah ketuanya
"Ya,nampaknya dia tetap mahu turun ke sana.
Arahkan orang kita untuk bergerak dan tidak membunuh adik aku" Arah ketua dingin
"Baik!" Jawap orang itu lalu berjalan keluar
*Kalau kau ada kat bawah sana bermaksud kau bukan bermain seperti yang dirancangkan.Tetapi,kau turun hanya untuk membunuh orang kau..* Batinnya lalu berjalan ke arah cctv untuk melihat permainan ini berjalan.
NANTIKAN CERITA SEBENARNYA! •-•
HANYA PROLOG! >-<
Share this novel