Series
238
" Ica sayang, bangun kita sudah sampai" kata Hani yang merupakan mamanya Ica.
Ica tertidur kerana perjalanan agak jauh. Ica membuka matanya perlahan.. matanya terus tertumpu kepada rumah dua tingkat yang cantik berada d depan mereka sekarang
" mama, papa.. ini rumah nenek?" kata Ica kepada kedua orang tuanya,sambil membetulkan ikatan rambutnya yang panjang
"iya sayang, kenapa?" kata Amir yang merupakan papanya Ica
"cantik.." kata Ica pendek, terpegun Ica melihat rumah neneknya. sangkaannya rumah d kampung tidak setanding rumah-rumah d bandar.
Amir hanya tersenyum melihat Ica..dia tahu apa yang bermain d fikiran anaknya
tetapi d sebalik itu, hati Ica seperti agak gelisah..dia sendiri pun tidak tahu kenapa..
tidak lama kemudian, Ica melihat seorang wanita tua membuka pintu rumah itu sambil tersenyum kepada mereka
"dah sampai dah.." kata Ayuni menyambut kedatangan anak,menantu dan cucunya yang baru sampai. Ayuni ialah nenek ica
"Amir,Hani dan ica apa khbr.." kata Ayuni sambil bersalaman
"khabar baik bonda.." kata Amir dan Hani serentak kepada Ayuni
"bonda apa khabar?" tanya Hani kepada Ayuni sambil tersenyum lembut
"khbr baik Hani.." kata Ayuni sambil tersenyum membalas Hani
"dah mari masuk rumah dulu, nanti kita sembang kat dalam" kata Ayuni membawa mereka masuk.
Ica yang mengikuti Hani dari belakang, tiba-tiba Ica seperti melihat ada benda berdiri d sebalik pintu cermin tingkat atas rumah itu, tetapi tidak jelas sangat..tapi benda itu seperti seorang perempuan sedang berdiri.
dalam hati Ica... 'mama dan papa kata..Nenek cuma tinggal seorang diri saja...terus yang d sana siapa???' Duggg!! tiba-tiba jantung Ica berdegup kuat,Ica cuba bertenang dan masuk d dalam rumah.
~Bersambung
Share this novel