Bab 2

Romance Completed 165025

ANIS bangun pagi dengan hati yang sebal. Dia terpaksa meneruskan hari ini untuk menyiapkan semua kerja yang dia perlu buat,dengan hati yang malas itu. Anis terus menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan bersama dengan Mak Timah. Sesampainya
di dapur,Mak Timah menyuruhnya menyediakan sarapan pagi untuk majikan mereka.

“Mak timah, boleh Anis tanya satu soalan?”

“Tanyalah. Apa Anis nak tahu?” Mak Timah tersenyum sambil memsukkan roti ke dalam pembakar roti.

“Hm, dalam rumah ni hanya puan sri dan tuan muda yang tinggal ke? Mana Ta
n Sri?”

“Tuan pergi ke Paris sebab ada urusan sikit. Kenapa Anis tanya?’

“Tak ada apa-apa lah. Saja je tanya,”Anis tersenyum kecil. Anis terus memulakan kerjanya. Dia sedikit kebingungan hendak masak apa untuk puan sri dan tuan muda.

“Mak Timah, kita nak masak apa ni?”
“Tak perlu masak. Mereka makan makan roti bakar je. Kadang-kadang sup cendawan,” kata Mak Timah.

“Ye ke? Jadi Anis kena buat apa sekarang?” tanya Anis. Mak Timah tersenyum.

“Bakar roti itu. Anis reti masakkan pasta?” tanya Mak Timah. Anis menggeleng.

“Kalau macam itu, Mak Timah ajar Anis,” kata Mak Timah. Anis tersenyum.

*******************************************

Anis menghidangkan sarapan di atas meja makan. Dia kemudian menyusun cawan dan gelas di bersebelahan dengan sarapan itu.

“Kamu, tolong bangunkan Danial kat atas tu,” arah Puan Sri lalu duduk meja makan.

“Baik puan sri” Tanpa melengahkan masa Anis terus melangkah menaiki tangga. Setelah sampai di hadapan sebuah pintu, Anis mengetuk pintu bilik itu namun tiada sahutan kedengaran. Anis mengetuk lagi dan setelah beberapa kali mengetuk tetapi keadaan masih tidak berubah, Anis mula merasa geram. Dia mula memulas tombol pintu bilik itu.

“Er, boleh saya masuk?” tanya Anis sedikit kuat sambil menjengukkan sedikit kepalanya masuk ke dalam bilik. Mulut Anis terlopong sambil dia segera masuk ke dalam bilik. Hiasan dalaman dan saiz bilik itu sungguh mengkagumkan. Jelas hiasan dalamannya bertemakan urban berdasarkan warna dan bentuk perabot di dalam bilik itu.

Terdapat katil bersaiz king, sofa dari Itali, tv plasma LG, komputer riba jenama Apple, dan perabot berjenama tinggi, Anis betul-betul tergaman. Pertama kali dia masuk ke dalam bilik semewah ini(diakan orang miskin). Anis melangkah masuk lebih dalam dan mengadap dinding kaca yang membolehkan sesiapa di dalam bilik ini melihat pemandangan kolam renang dan langit di luar.

“Wow!” keluar perkataan itu dari mulut Anis sambil tersenyum. Bertuahnya tuan muda!

“Apa kau buat dalam bilik aku ni? Kau mengendap aku ke?!” Daniel tiba-tiba keluar dari bilik air dan menengkingnya. Anis tergamam apabila ditengking begitu dan melihat betapa selambanya Danial hanya bertuala di hadapannya. Titisan air masih lagi menitik dari rambutnya yang basah. Anis segera berpaling ke belakang. Segan apabila melihat Daniel begitu.

“Maaf, tuan muda. Puan Sri suruh saya kejutkan tuan. Saya dah ketuk banyak kali tapi tuan tak jawab pun. Jadi saya masuk,” kata Anis takut-takut tanpa memandang Daniel di belakang.

“Siapa suruh kau belakangkan aku? Kau ni orang gaji je! Pusing balik,” tengking Daniel. Anis tergaman. Cepat-cepat dia berpaling ke belakang dan apabila melihat keadaan tuan mudanya masih tidak berubah dan sedang merenung tajam padanya, Anis segera menundukkan wajahnya.

“Maaf,” ucap Anis perlahan. Buat seketika, suasana menjadi senyap.

“Apa lagi, pergilah! Kau nak tengok aku pakai baju ke?!” kemarahan tuan mudanya itu meledak kembali. Anis tersentak. Tergesa-gesa dia keluar dari bilik mewah itu.

“Fuh, dasyat betul tuan muda rumah ni,” rungut Anis sendirian apabila di luar bilik daniel. Anis menarik nafas lega.

****************************************

Anis terus menuju ke dapur untuk meneruskan kerjanya tanpa cuba memikirkan perkara memalukan yang dilihat di dalam bilik tuan mudanya itu. Mak Timah menyuruh Anis menyapu halaman rumah puan sri itu. Semasa memulakan kerjanya Anis mula memikirkan perkara yang berlaku di dalam bilik tuan muda itu.

‘Eh,kenapa pulak aku pikirkan perkara tadi ye? Aku tahu lah yang tuan muda itu handsome lebih-lebih lagi semasa dia lepas mandi’ fikir Anis dalam hati sambil tersenyum nakal.

“Apa yang kau senyum-senyum tu hah? Dah gila ke?!” tengking Daniel. Anis terkejut mendengar suara itu. Dia segera menundukkan wajahnya. Pipinya terasa membahang apabila dia teringat tentang kata-katanya di dalam hati tadi. Malunya!

“Maaf, encik. Saya cuma teringatkan kampung saya saja,” dalih Anis. Dia melihat senyuman sinis terukir di bibir Daniel.

“Dasar perempuan kampung. Manalah sesuai dengan bandar ni,” sindir Daniel pedas lalu memboloskan dirinya ke dalam kereta Alfa Romeo yang mewah. Anis terpaku mendenga sindiran pedas itu. Terasa membahang tubuhnya. ‘Bongkak!’ marah Anis dalam hati.

**********

ANIS mengelap tv yang sedikit berhabuk. Dia kemudian menyusun cd-cd yang bersepah di almari cd khas berdekatan dengan tv. Puluhan dan mungkin ratusan cd tersusun di almari itu. Anis kemudian beralih pada meja kerja tuan muda yang dipenuhi dengan kertas-kertas assignment yang bersepah di atas meja. Anis menyusun kertas-kertas itu dan disimpan di dalam laci meja kerja itu.

“Katil,” kata Anis perlahan lalu memandang katil yang tidak berkemas. Anis mengeluh perlahan lalu mula mengganti cadar katil itu. Sudah hampir sebulan dia bekerja di sini dan dia sudah hampir mengenali tabiat penghuni rumah ini. Tuan besar rumah ni sudah pulang seminggu selepas dia mula berkerja. Tuan besar sangat tegas dalam urusan kerjanya tetapi sangat memanjakan isteri dan satu-satunya anak tunggalnya.

Puan besar pula sangat cerewet dalam urusan rumah tangga tetapi tidak pernah putus dengan aktiviti persatuannya. Tuan muda pula…huh! Perangainya memang teruk. Dengan perangai panas barannya dan sifat bongkaknya, sering Anis menjadi herdikan lelaki kacak itu. Lelaki itu juga sering keluar dan balik lewat malam. Kadang-kala lelaki itu balik dalam keadaan mabuk.

Kadang-kadang Anis terfikir juga, tidakkah puan dan tuan risau dengan perangai anak tunggal mereka itu? Memang dari segi pelajaran, tuan muda boleh dimasukkan dalam golongan cerdik pandai tetapi akhlaknya memang hancur. Dia juga tidak tahu sama ada keluarga itu mengamalkan cara hidup islam atau sudah terikut budaya barat. Memanglah tuan dan puan bukan melayu sejati tetapi mereka patut menerapkan cara hidup islam dalam kehidupan mereka.

“Sayang! Muka kacak, kaya tapi langsung tak boleh dijadikan suami,” kata Anis lalu memandang gambar Aiman Daniel di meja sisi katil. Jelas wajah itu adalah dari darah campuran. Ibunya berasal dari benua Amerika. Sebab itulah wajah tuan muda memang begitu menarik bagi semua perempuan yang melihatnya temasuklah dirinya sendiri. Anis menyiapkan kerjanya yang tubuhnya mula terasa letih. Dia memandang tilam empuk dengan penuh harap. Dia belum pernah dapat tidur di atas katil seempuk itu.

“Tak apalah. Tuan muda balik lambat. Kalau aku baring sekejap, mana dia tahu,” kata Anis pada dirinya sendiri. Dia kemudian merebahkan dirinya di atas katil itu. Ahh, selesanya. Tanpa sedar, dia mula terlena.

*******************************

“Woi, bangun!” suara lantang kedengaran di telinganya. Anis segera membuka mata. Dia melihat wajah Aiman Daniel yang menegang di hadapannya sambil bercekak pinggang.

“Kenapa kau tidur atas katil aku?!” marah Aiman Daniel. Anis menepuk dahinya. Alamak, ketahuan!

“Maaf, tuan. Saya tertidur,” kata Anis lalu segera bangu dari terus berbaring. Dia menundukkan wajahnya. Tidak sanggup memandang wajah bengis itu.

“Tertidur?! Kau nak kerja ke tak ni? Pemalas!” marah Aiman Daniel sambil menunjal kepala Anis dengan jarinya. Anis mengetap bibir. Dia marah diperlakukan sebegitu tetapi dia tahu, itu memang salahnya.

“Maaf,” kata Anis sekali lagi perlahan. Aiman Daniel bercekak pinggang tapi masih memandangnya tajam.

“Keluar!” arah majikannya itu. Anis segera mengangguk takut dan keluar.

***********************************

Jam di dinding bilik Anis tepat menunjukkan pukul 3.00 pagi. Anis masih lagi tidur lana di dalam biliknya yang sempit. Walaupun bilik itu sedikit sempit tetapi lebih baik daripada biliknya di kampung yang terpaksa dikongsi dengan adik-beradiknya.

Ting Tong..! Ting Tong..!

Bunyi locing rumah itu kedengaran. Anis segera membuka mata. Itulah kerjanya yang selalu dilakukannya, membukakan pintu buat tuan mudanya. Dulu dia merungut juga kerana lelaki itu boleh menggunakan kunci tetapi lama-kelamaan dia sudah biasa. Anis memandang jam yang terletak di dinding biliknya itu.

“Pukul 3.00?! Kenapa hari ni pelik semacam je. Sebelum ini tak pernah balik sampai selewat ni,” kata Anis perlahan lalu bangun dari katilnya dan menuju ke pintu. Anis segera membukakan pintu. Dia terperanjat apabila tuan mudanya dalam keadaan mabuk yang teruk dan berjalan dengan terhoyang-hoyang. Anis segera menyambut Aiman Daniel yang hampir terjatuh. Anis hampir muntah apabila hidungnya terbau bau arak yang kuat dari badan Aiman Daniel.

“Kenapa tuan minum sampai begini? Minum arak tak baik,” nasihat Anis.

“Suka hati akulah,” marah Aiman Daniel. Anis mencebik bibir. ‘Mabuk-mabuk pun perangai buruk juga. Padan muka kalau aku tinggalkan kau atas lantai ni. Dahlah berat betul’ rungut Anis sambil memapah Aiman Daniel naik ke tingkat dua. Berpeluh-peluh badannya kerana memapah lelaki itu yang jauh lebih berat darinya.

Anis meletakkan Aiman Daniel ke atas katilnya. Kasut yang masih terlekap di kaki Aiman Daniel ditanggalkan. Begitu juga dengan stoking lelaki itu. Apabila melihat kesan muntah di baju berjenama Aiman Daniel, Anis mula berasa serba-salah.

“Kena tanggalkan ke? Mana boleh, tapi kesian tuan muda kena tidur dengan baju penuh dengan kesan muntah,” kata Anis pada dirinya sendiri. Akhirnya Anis menanggalkan baju lelaki itu dan menyelimutkannya. Sewaktu dia mula ingin beredar, tangannya direntap kasar sehingga dia terduduk di atas katil.

“Apa ni, tuan. Lepaskan tangan saya,” kata Anis sambil cuba meleraikan pegangan kejap Aiman Daniel di tangannya.

“Mana you nak pergi, sayang?” rapu Aiman Daniel. Anis semakin cemas apabila melihat Aiman Daniel betul-betul sudah hilang kawalan sekarang. Dia cuba menolak Aiman Daniel yang cuba memeluknya. Tiba-tiba pipinya ditampar kuat. Pandangan Anis semakin kelam dan akhirnya gelap….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience