Series
2353
2 Tahun kemudian..
Aulia duduk di tepi sungai sambil termenung.. tiba-tiba ada seorang lelaki datang..
"Buat apa dekat sini?"tanya lelaki itu.
Aulia memandang ke arah lelaki itu...
"Lah.. awak rupanya .. saya ingat siapa lah tadi."kata aulia kepada lelaki itu..
" Awak buat apa dekat sini? termenung sorang-sorang.. awak ada masalah ke?"tanya lelaki yang bernama Alif..
"Sahaja duduk dekat sini.. tenang kan fikiran.. tak ada masalah pun .. saya cuma rindu dekat mama saya.."jawab aulia.
"Oh.. awak rindu mama awak.. awak tak call mama awak? tanya khabar semua ...?"tanya alif..
"Saya cuba call mama saya tapi tak ada dalam talian... mungkin papa saya tak bagi mama contact dengan saya kot .. tak apa lah ... saya yakin mama saya sihat.."jawab aulia positif..
Alif senyum memandang aulia.. alif ni sebenarnya anak kepada pak mahad dan mak sennah ... penjaga aulia yang sekarang ....
"Dah jom balik .. nanti mak sennah cari pulak ..."kata aulia kepada alif...
Mereka bangun lalu balik je rumah ...
****************************************************
"Abang .. apa kata kita kahwin kan alif dengan aulia tu... saya takut orang kampung cakap buruk je pasal diorang nanti ..."kata mak sennah pada pak mahad..
"Saya pun rasa macam tu ... tapi diaorang nak ke?"jawab pak mahad..
"Abang bincang lah dengan diaorang nanti.. saya harap diaorang setuju..."kata mak sennah...
"Yelah.. malam karang saya bincang dengan diaorang.."jawab pak mahad.
****************************************************
"Aulia.. mari sini kejap...."panggil mak sennah dari ruang tamu..
Aulia keluar dari biliknya lalu ke ruang tamu..
"Ya mak sennah pak mahad .. kenapa??"tanya aulia..
"Pak mahad sebenarnya ada sesuatu nak bincang dengan lia dan lif..."jawab pak mahad..
"Okay.. apadia tu pak mahad..."tanya aulia..
Pak mahad memandang isteri nya yang berada di sebelah aulia.. mak sennah mengangguk tanda setuju untuk teruskan perbincangan itu...
"Alif ... abah nak kamu dengan lia kahwin .."kata pak mahad kepada anak lelakinya itu...
Tersembur air di dalam mulut alif.. semua terkejut dengan tindakan alif...
"Apa dia bah... abah nak alif kahwin dengan lia? tapi kenapa pulak bah.. alif ada buat salah ke? lia alif ada buat apa-apa dengan lia ke???"tanya alif bertubi-tubi.. dengan cuak dan gelabah...
Aulia nak tergelak .. tapi dia terkedu dengan permintaan pak mahad...
"Tak ada.. mana ada alif buat apa-apa dengan lia.. a'ah lah pak mahad mak sennah .. tapi kenapa pak mahad dengan mak sennah nak kami berdua berkahwin ???"aulia menjawab soalan alif dan bertanya kepada pak mahd dan mak sennah..
"Kamu berdua dengar dulu penjelasan abah tu" jawab mak sennah.
"Abah sebenarnya.. tak nak lah orang kampung berkata yang bukan-bukan pasal keluarga kita ni.. nanti diaorang nampak kamu berdua keluar berdua-duaan .. nanti apa pulak orang kampung cakap.. sebab tu lah abah nak kamu berdua berkahwin... harap kamu berdua setuju lah... demi nama baik keluarga kita jugak..."jelas pak mahad...
Aulia memandang alif.. dan alif memandang aulia.. aulia mengangkat keningnya tanda did bertanya kepada alif...
"Abah bagi alif bincang dengan lia kejap boleh.."kata alif kepada pak mahad..
"Yelah.. pergilah bincang dulu..."jawab pak mahad..
Mereka berdua ke luar rumah sekejap..
"Macam mana ni? lia setuju ke?"tanya alif kepada aulia.
"Lia....."lia terdiam seketika...
"Kenapa lia?"tanya alif..
"Lia..... lia... setuju kalau alif setuju.."jawab lia...
"Betul ni.. kalau macam tu lia setuju lah...okay.. jom masuk..."kata alif lalu ajak lia masuk...
Mereka berdua masuk kedalam..
"Macam mana? setuju tak?"tanya pak mahad..
Aulia memandang alif... alif senyum memandang aulia... Alif bagi petunjuk kepada aulia sampai tiga kali... akhirnya mereka bersuara dengan serentak...
"Kami setuju!!!"serentak...
Pak mahad dan mak sennah terkejut...
"Alhamdulillah..."ucap mak sennah...
Share this novel