MAB 9: I LOVE YOU*

Romance Completed 902469

Zahran dan Haikal melangkah masuk ke dalam bilik mandi dengan berhati-hati. Mata melilau ke siling jika ada tanda-tanda pencerobohan. Namun tidak ada. Tidak ada tingkap atau lubang udara juga di dalam bilik mandi, menunjukkan tidak ada ruang untuk sesiapa menceroboh. Pintu bilik juga dalam keadaan baik dan tidak dikopak.

“Kita report polis,” kata Zahran sambil memandang Arianna.

Arianna geleng cepat. Ditarik tangan Zahran supaya menjauh daripada Haikal.

“Tak boleh buat report polis. Nanti daddy tahu,” ujarnya dengan nada berbisik.

“Biarlah dia tahu. Eh, ni dah macam ugutan bunuh tau. Bahaya.”

“Zahran, janganlah…” Arianna bersuara separuh merayu.

Zahran berdecit, memandang Arianna dengan wajah berkerut geram. Ugutan begini sepatutnya sudah menjadi kes polis. Jika tidak dilapor, kemudian hari nanti jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, bukankah susah? Lagipun sekarang Arianna adalah tanggungjawabnya kerana dia yang membawa Arianna ke sini.

“Please. I tak nak daddy tahu I kat sini.”

Zahran mendesah kasar.

“Sekarang kau tahu tak siapa yang ugut tu?” tanyanya.

Arianna menggeleng.

“Masa masuk tadi, pintu macam mana? Dah terbuka ke atau masih terkunci?”

“Terkunci.”

Zahran terdiam sejenak, sebelum memandang Haikal yang hanya berdiri memerhati dia dan Arianna.

“Suruh housekeeping prepare bilik lain dekat dengan…”

“Zahran…” Arianna segera memotong percakapan Zahran dengan Haikal.

“What?”

Arianna pandang Zahran dengan tatapan ragu sebelum mendekatkan bibirnya dengan telinga lelaki itu.

“Can I sleep with you tonight?”

Zahran menganga tidak percaya. Mujur dia tidak putus nafas mendengar pertanyaan lurus dan telus dari Arianna itu.

Perempuan ini sedar atau tidak apa yang dicakapkannya? Ya, dia faham tidur yang dimaksudkan Ariana adalah tidur yang sebenar-benarnya, tetapi tetap saja tidak wajar seorang gadis bertanyakan itu kepada lelaki yang bukan suaminya.

“Eh, jangan buat gila boleh tak?”

"I takut, Zahran. Kalau pindah bilik, nanti dia datang lagi macam mana?"

“Aku boleh mintak orang temankan.”

“Zahran, I tak nak sesiapa tahu I kat sini. Please…I boleh tidur dekat couch.”

Zahran menggeleng tidak percaya. Apa Arianna tidak diajar oleh ibu bapanya supaya jangan sebarangan mengajak lelaki tidur bersama? Kalaulah Zara berkelakuan seperti ini, rasanya mahu meletup kepala ibu dan ayah.

“You yang ajak I datang sini dan you kena bertanggungjawab dengan keselamatan I.”

“Sebab aku bertanggungjawablah aku nak kau tukar bilik lain, faham tak?”

“Tak nak. Tak nak bilik lain. I takut.”

“Eh, Arianna! Kau sedar tak ni apa yang kau mintak ni?”

“Yes, I sedar. I’m not drunk and I’m completely sober.”

Zahran menengadah dengan kedua-dua tangan bercekak pinggang.

“Aku tak tahulah kau ni sebenarnya percayakan aku atau kau memang polos dan bodoh.”

“First option. I trust you.”

MAHU tidak mahu, Zahran membawa Arianna ke biliknya di tingkat 20. Sebuah presidential suit dengan floor-to-ceiling window yang mengadap ke pantai.

“Aku nak keluar sekejap,” kata Zahran setelah meletakkan bagasi Arianna di tepi katil.

“Pergi mana?” tanya Arianna cemas sambil menangkap pergelangan tangan Zahran.

“Bilik CCTV. Aku rasa staff hotel ni jugak yang masuk bilik tu sebab tak ada tanda bilik kena ceroboh.”

“Lama ke?”

“Sekejap je.”

Arianna melepaskan pegangan tangannya

“Jangan keluar dan jangan buka pintu pada sesiapa. I have my own key,” kata Zahran sebelum berlalu keluar.

Arianna menjatuhkan tubuhnya ke sofa sebaik sahaja Zahran keluar. Otaknya ligat memutar, cuba berfikir siapa yang sanggup melakukan begitu kepadanya? Seingatnya dia tidak ada musuh dan tidak bermusuh dengan sesiapa.

Atau ada orang yang tahu dia ke sini bersama Zahran?

Adakah daddynya tahu?

Arianna menggeleng. Kalau daddynya tahu, dia tidak akan bertindak begini. Daddy tentu akan terus ke sini dan menyeretnya pulang. Daddy tidak akan menggunakan cara seperti ini.

Atau jangan-jangan isteri Zahran?

ZAHRAN, Haikal dan dua orang pegawai keselamatan di bilik kawalan memerhatikan rakaman CCTV di koridor berhampiran bilik Arianna. Kelihatan seorang perempuan dengan seragam pengemas bilik menolak sebuah troli pembersihan dan berhenti di depan bilik Arianna. Perempuan itu memandang sekeliling sebelum menyentuh kad pada kenop pintu dan melangkah masuk bersama trolinya.

“Nampak gaya macam amatur ni. Kalau dia memang merancang buat jahat, dia akan tahu dekat mana CCTV and akan cuba elak dedahkan wajah dia,” kata Haikal.

Zahran mengangguk-angguk. Dia juga sependapat dengan Haikal.

“Dia pekerja sini ke?” tanya Zahran.

“Saya kena confirm dengan housekeeping department.” Haikal mengeluarkan telefon dari saku seluar dan menghubungi pengurus bahagian housekeeping. Memandangkan hotel ini baru sebulan beroperasi tanpa tetamu, jadi dia tidak begitu mengenali pekerja-pekerja kerana mereka semua masih baru.

Zahran pula meminta pegawai keselamatan mengundur semula rakaman dan membesarkan imej pengemas bilik yang telah masuk ke bilik Arianna.

“Muda lagi…” gumamnya.

Apa dendam gadis itu dengan Arianna sehingga dia sanggup melakukan ugutan seperti itu? Mujur juga Arianna tidak mahu membuat laporan polis. Jika tidak, entah bagaimana masa depan budak itu. Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara. Seumur hiduplah menyandang gelaran bekas banduan.

MARIAM, pengurus bahagian housekeeping sampai ke bilik kawalan itu 20 minit kemudian.

“You kenal budak ni?” Tanpa basa basi, Zahran terus bertanya sambil telunjuknya diarahkan pada skrin.

Mariam mendekatkan wajahnya pada skrin, meneliti imej hitam putih yang terpapar dengan wajah berkerut.

“Ini macam Isha.”

“Housekeeper?” tanya Zahran.

Mariam mengangguk. “Ya.”

“Panggil dia datang sini sekarang.”

Nada Zahran yang tidak mahu dibantah itu membuat Mariam tidak berani bertanya lanjut. Segera digeser skrin telefon sebelum melekapkan benda pipih itu ke telinga.

“Hallo Isha, Puan Mariam sini. You dekat mana?”

“…”

“Boleh datang bilik kawalan sekarang? Segera ya?”

Panggilan diputuskan dan Mariam kembali memandang Zahran namun cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tidak berani lama-lama menatap wajah yang sombong tanpa segarit senyum itu.

TIDAK lama kemudian, seorang gadis muda masuk ke bilik kawalan itu. Tingkahnya sopan dan tidak ada langsung riak atau air muka yang boleh membuat orang menuduhnya melakukan ugutan.

“Dah lama kerja kat sini?” tanya Zahran.

“Sebulan.”

“Macam nilah, aku memang tak suka cakap banyak atau berkias-kias.”

Isha menelan air liurnya yang mula terasa kelat. Nada Zahran yang kedengaran marah dan bercakap dengan menggunakan aku-kau sahaja membuat dia kecut perut tiba-tiba. Namun sekuat mungkin dia cuba mengawal riak wajahnya supaya tetap kelihatan tenang.

“Kenapa kau masuk bilik Arianna?” tanya Zahran sambil memandang gadis yang mungkin seusia dengan Zara itu.

Dengan tubuh kecil, wajah yang naif, rasa tidak percaya gadis itu boleh melakukan ugutan seumpama itu kepada Arianna.

Atau dia sebenarnya kambing hitam? Dibayar dan diupah untuk menyimbah darah ayam itu di dalam bilik mandi Arianna? Apa dia tidak tahu konsekuensi daripada perlakuannya itu?

Tiada jawapan, Zahran menggeser telefonnya lalu menunjukkan keadaan bilik mandi Arianna tadi kepada Isha.

“Why did you do this?” Zahran tidak sampai hati mahu menengking atau menempelak kerana air muka gadis itu terlihat sangat baik. Dia melihat Isha seperti dia melihat Zara.

Gadis yang masih memakai seragam pengemas bilik itu memandang skrin telefon Zahran sekilas. Senyum sinis tersungging di bibirnya.

“Jadi inilah sebab korang panggil aku datang sini?”

Bulat mata Mariam dan Haikal dengan kata-kata yang keluar dari mulut Isha. Terlebih lagi Mariam yang sangat mengenali Isha sebagai seorang gadis yang sangat baik dan sopan. Tutur katanya sentiasa lembut dengan budi bahasa yang tinggi. Mengapa tiba-tiba Isha berubah menjadi seperti ini?

“Isha…” Mariam menegur.

Zahran angkat satu tangan, tidak membenarkan Mariam berbicara.

“Apa masalah kau dengan dia?”

Gadis itu tertawa sinis sambil memandang Zahran dengan tatapan meremehkan.

“Masalah aku dengan dia, apa kena mengena dengan kau?”

Berubah wajah Zahran dengan jawapan Isha. Rasa tercabar dengan kelakuan biadap gadis itu.

“Apa kena mengena dengan aku? Because I’m the owner of this hotel.”

“Oh yeah? Bukan sebab dia girlfriend kau?” Isha tertawa sumbang. “Hei, kau sepatutnya tahu dia tu siapa sebelum kutip dia jadikan girlfriend.”

Buntang mata Zahran mendengar jawapan gadis muda itu. Wah, berani!

“Isha, awak tahu tak awak bercakap dengan siapa sekarang?” Melengking suara Mariam dengan kebiadaban anak buahnya itu.

“Tahu. Zahran Ashfan, CEO Imperial. Tapi saya peduli apa! From now on, I quit!! Saya tak nak bekerja dengan orang yang ada hubungan dengan perempuan tak guna tu!”

Zahran memicingkan mata. Jadi Isha memang benar-benar mengenali Arianna? Tetapi di mana dan bagaimana? Isha tidak nampak seperti seseorang daripada keluarga ternama. Bagaimana dia boleh mengenali Arianna? Atau Isha pernah bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman keluarga Chan dan Arianna pernah membulinya? Hmmm…Boleh jadi.

“Kau masih muda, jauh lagi masa depan. Jadi aku bagi kau peluang. Jumpa Arianna, minta maaf dan kau masih boleh terus kerja kat sini. Don’t have to quit.”

“Thanks but no thanks. Aku takkan berkompromi dengan apa-apa atau sesiapa yang terlibat dengan perempuan tu!” Bulat mata Isha memandang Zahran, menegaskan pendiriannya.

“Dia permanent atau kontrak?” tanya Zahran sambil memandang Haikal.

Haikal pandang Mariam kerana Isha di bawah tanggungjawab Housekeeping Department. Dia juga tidak hafal siapa pekerja tetap, siapa pekerja kontrak.

“Permanent,” jawab Mariam.

“Then, you are not allow to quit, unless you have enough money to pay the compensation. Enam bulan gaji. Ada termaktub dalam kontrak pekerjaan.”

Kata-kata Zahran itu membuat Isha terdiam. Mana dia ada duit sebanyak itu untuk membayar pampasan. Wajah angkuhnya tadi perlahan mengendur.

“I bet you don’t have enough money, so you’re not allow to quit. You are fired. Aku dah bagi peluang kau minta maaf, tapi kau tolak and now…No second chance,” ujar Zahran lalu keluar dari bilik itu.

ARIANNA duduk memeluk lutut di sofa sambil membuang pandang ke arah pantai melalui floor-to-ceiling window. Bunyi pintu dibuka membuat dia menoleh dan dia mendesah lega apabila Zahran akhirnya muncul.

Lelaki itu mendekatinya dengan wajah tanpa senyum seperti biasa.

“Kau kenal budak ni?” Zahran menunjukkan skrin telefonnya yang memaparkan wajah Isha kepada Arianna. Matanya menelisik rona wajah Arianna untuk melihat jika jawapan yang keluar dari mulut gadis itu, sama dengan apa yang tersirat di wajahnya. Kadang mulut berbohong namun raut wajah tidak berdusta.

Lama Arianna meneliti gambar itu sebelum dia menggeleng perlahan. Zahran berpuas hati dengan jawapan Arianna. Jelas dari raut wajahnya, Arianna benar-benar tidak mengenali Isha. Tetapi mengapa Isha begitu benci kepada Arianna?

“Kau tak kenal dia, tapi dia kenal kau,” kata Zahran lalu menyimpan semula telefon itu di dalam saku seluarnya.

“Oh…?” Arianna kelihatan terkejut. “How?”

“She’s one of the housekeeper and dia panggil kau perempuan tak guna.”

“How dare! Dia yang cari pasal dengan I, kenapa I pulak yang jadi perempuan tak guna?!”

Zahran angkat bahu. “Cuba fikir dan tanya diri sendiri.”

Arianna memicingkan mata, memandang Zahran geram.

“Jadi, you fikir I memang betul-betul perempuan tak guna?”

“Aku tak tahu. Aku tak kenal kau, aku tak tahu kau macam mana. Sebab tu, I asked you to think…” Zahran menghalakan telunjuk ke pelipisnya. “…and ask yourself. Apa yang kau dah buat sampai budak tu mengancam, mengugut dan kata kau perempuan tak guna. Orang takkan tanpa sebab kata macam tu unless kau dah buat sesuatu yang…” Zahran berfikir sejenak, mencari kata-kata yang sesuai untuk menerangkan kepada Arianna. “…melayakkan kau digelar perempuan tak guna.”

Arianna diam. Tatapan menantangnya pada Zahran perlahan memudar. Kedua-dua bahunya jatuh merosot.

“Yeah…Maybe she’s right. Aku memang perempuan tak guna. People are free to judge anyone based on what they see or think. What can I do.”

“Mungkin aku pernah cium suami dia, boyfriend dia, tunang, abang dia, atau bapak dia dekat mana-mana.” Arianna tertawa.

Zahran terdiam. Mati kata. Nada Arianna itu seperti tersinggung dengan kata-katanya. Otaknya berfikir-fikir mahu meminta maaf atau tidak, namun akhirnya pilihan jatuh kepada tidak.

Arianna bukan sesiapa kepadanya dan tidak perlu dia memujuk atau meminta maaf. Toh, dia juga tidak pandai memujuk orang. Zahran melengos ke bilik mandi, meninggalkan Arianna tanpa berkata apa-apa.

KETIKA Zahran keluar dari bilik mandi 15 minit kemudian, dia tidak melihat kelibat Arianna di mana-mana. Kosong. Segera dibawa langkahnya ke almari, dan dia mendesah lega apabila bagasi Arianna masih ada di sana. Bimbang juga jika gadis itu merajuk dan melarikan diri di tengah malam begini.

Zahran capai telefon lalu menghubungi Arianna. Beberapa saat kemudian, dia mendengar deringan dari sofa yang mengadap floor-to-ceiling window. Melangkah ke arah bunyi itu, dia melihat telefon Arianna berkelip-kelip di sana. Dimatikan panggilannya dengan hati mendongkol geram, tetapi pada masa yang sama bimbang juga.

“Mana pulak dia ni. Cakap macam tu pun nak merajuk."

Zahran malas peduli, tetapi otaknya tidak berhenti-henti memutar berbagai andaian tidak baik. Bagaimana jika ketika dia mandi tadi Isha datang dan menculik Arianna? Lalu membunuhnya dan mencampaknya ke laut? Esoknya polis menjumpai mayat, selepas disiasat, kali terakhir Arianna dilihat keluar dari biliknya. Ah, mati! Tidak pasal-pasal dia ditahan dan disoal siasat atas kes pembunuhan cucu taikun besar, Tan Sri Albert Chan. Mana mahu disorok wajah yang kacak ini? Bagaimana dia mahu berdepan dengan ibu ayah, Zahrin, Zara, Irdina, dan anak-anak saudaranya? Tidak dapat dia bayangkan jika sampai Lily dan Lana bertanya, ‘Betul ke Funcle bunuh orang?’ Oh Tuhan! Janganlah sampai itu terjadi.

Tidak mahu apa yang dibayangkan itu terjadi, Zahran menuju ke meja konsol di mana dia meletakkan kad akses bilik, berniat mahu mencari Arianna. Saat itu juga matanya tertancap pada sekeping nota dengan tulisan tangan yang diletakkan di bawah kad itu.

‘I keluar sekejap.’

“Nasib baik kau bagitahu. Kalau tidak, jumpa kau nanti siaplah kau aku maki. Tak reti nak duduk diam-diam dalam bilik.”

Walaupun tahu Arianna hanya keluar sebentar, namun Zahran tetap meneruskan niatnya mencari gadis itu. Bukan bimbang, tetapi risau. Ah, bukankah sama?

ZAHRAN berjalan menuju ke pantai kerana dia mengagak Arianna berada di sana. Tidak mungkin Arianna pergi jauh kerana gadis itu tidak membawa telefonnya bersama. Lagipun hotel ini terletak di kawasan pantai peribadi dan tidak ada kedai, bar, atau restoran berdekatan.

Tepat sangkannya apabila dari jauh dia melihat belakang badan Arianna, duduk memeluk lutut di depan pantai bertemankan beberapa tin bir. Tin-tin bir yang sudah kosong, yang entah berapa bilangannya, bergolek di sisinya.

“Kau ni kalau sekali tak mabuk tak boleh ke?” sergah Zahran, namun Arianna tidak menoleh.

Entah kerana dia sudah mabuk atau dia tidak mendengar atau sengaja buat-buat dengar, namun apa pun alasannya, tetap membuat Zahran berang. Ya, tidakkah nanti satu kerja pula dia perlu menyeret Arianna pulang ke bilik?

Zahran mendekati Arianna lalu merampas tin beer yang masih bersisa separuh dari tangan Arianna. Dituang ke pasir semua isinya sebelum tin itu dicampak ke hujung kaki. Entah dari mana Arianna mendapatkan bir-bir itu.

Arianna tertawa perlahan. Tanpa berkata apa-apa, dia mengambil satu lagi tin bir lalu membuka penutupnya. Ditonggak minuman itu tanpa mempedulikan Zahran yang sudah berasap dadanya di sebelah.

“Without beer, life would be a mistake,” kata Arianna.

Dari nada Arianna, Zahran mengagak gadis itu sudah separuh mabuk.

“There are no mistakes in life, only lessons,” kata Zahran.

Tiada tanggapan daripada Arianna. Diteguk lagi minuman dari tin itu sebelum tiba-tiba Zahran merampasnya.

“Enough!” kata Zahran.

“Why?”

“Drinking too much alcohol will increase the risk of death.”

“So what? Just let me die slowly…”

“Dah puas sangat ke hidup sampai tak sabar-sabar nak mati?”

“Why do you care about me? I’m not your girlfriend, not even your wife…” Arianna mendekatkan wajahnya ke wajah Zahran.

Hembusan nafas berbau alkohol itu membuat Zahran menolak wajah Arianna menjauhinya.

“Bukan aku ambik berat, tapi aku rasa bertanggungjawab. Sebab aku yang bawak kau datang sini.”

Arianna tertawa perlahan. “God is fair, right? A good man together with a useless woman. What a perfect match.”

Zahran toleh, pandang Arianna yang cuba membuka tin beer yang baru.

“Arianna, enough!” Zahran cuba merampas tin beer itu namun kali ini Arianna cepat-cepat menjauhkan tangannya.

“Leave me alone.”

“Then what? Biarkan kau mabuk and tidur kat sini?”

“I’m useless..Whether I’m drunk or I’m sober, sleep at the beach or sleep at the couch, it won’t change anything. Just go…” Arianna mengibas-ngibaskan tangannya, meminta Zahran pergi. Sementara dia meneguk lagi bir yang baru dibuka tadi.

Zahran menatap Arianna lama. Jadi benar, Arianna tersinggung dengan kata-katanya tadi. Dia tidak bermaksud untuk mengatakan Arianna perempuan tidak berguna. Tetapi, dia mahu Arianna berfikir, siapa Isha dan kenapa kata-kata penghinaan serupa itu terlontar dari mulutnya.

“I’m sorry if my words hurt you.”

“Nothing in this world could hurt me, mister. Not even your words. Don’t worry.” Arianna meneguk lagi bir itu.

Zahran hanya memandang, sudah letih melarang.

“Nama dia Batrisha. Betul kau tak kenal dia?” tanya Zahran.

“Kenal dia atau tidak, she has no right to judge me. Yeah, I might be useless to her, but I’m priceless to you, huh? You can use me as your maid, your cook, your eating partner, dancing partner, boat partner and sooner maybe…” Arianna sekali lagi mendekatkan wajahnya ke wajah Zahran. “…sleeping partner…hmmm?”

Zahran picing mata. Dipandang Arianna yang dia yakin sudah agak mabuk itu.

“Budak ni kang kalau aku betul-betul campak ke laut baru tahu,” gerutunya dengan gigi terkacip-kacip menahan sebal.

Arianna kembali menjarakkan wajahnya dengan Zahran sebelum tiba-tiba dia merebahkan tubuh ke pasir. Berbaring sambil mata terkebil-kebil menatap langit.

“It’s a damn cold night,” katanya.

“Dah tu, yang nak duduk sini lagi buat apa? Cepatlah naik!”

“I told you, mister. Kalau you nak naik, naiklah. No reason for you to stay because I’m a good reason to go. Just go…I will find my way to your room.”

“Nak balik bilik dalam keadaan mabuk? Entah bilik siapa yang kau masuk nanti. Engkau tu tengah tak mabuk pun sebarangan je cium orang. Kalau mabuk aku tak tahulah.”

“Hei, I tak cium orang sebarangan tau.” Arianna memusingkan tubuhnya, meniarap sambil menongkat dagu merenung Zahran dengan senyum nakal.

“I kiss the Imperial CEO. Handsome, cool, generous, funny and hot. Can I get one kiss from you, mister?”

Zahran tidak tahu harus berkata apa. Kelakuan Arianna itu membuat andaian-andaian buruk yang sempat singgah di benaknya tadi kembali bersarang. Mungkin benar Arianna pernah mempunyai hubungan sulit dengan lelaki dalam hidup Isha. Ya, apa lagi kemungkinan lain yang boleh dia fikirkan jika melihat gaya hidup Arianna itu. Dia bukan menghakimi, tetapi membuat penilaian dan kesimpulan berdasarkan apa yang dilihat.

“Arianna, you’re drunk. Let’s go back.” Zahran sudah bangun. Satu tangannya menarik tangan Arianna, namun Arianna merentap tangannya dari genggaman Zahran.

“I will go back if you carry me on your back.”

Zahran menganga tidak percaya. Menyesal pula dia datang mencari Arianna sehingga ke sini. Banyak pula cekadak dan cekodoknya.

“Tak kuasa aku. Kalau tak nak balik, duduklah sini sampai pagi. Panggil kawan-kawan duyung kau tu datang teman.” Zahran sudah melangkah meninggalkan Arianna.

Arianna berdecit sebal sambil bibirnya tercebik-cebik mencemuh Zahran. Dikutip tin-tin bir yang sudah kosong sebelum
bangun dan mengekori Zahran dengan langkah sempoyongan.

Zahran toleh apabila merasakan Arianna menyusul langkahnya.

“Kau nak masuk bilik macam tu?” tanyanya sambil bercekak pinggang.

“Kenapa? Nak dukung I ke?” Arianna menghulurkan tangan, seolah-olah meminta Zahran mendukungnya.

Zahran mendekat dan itu membuat senyum Arianna semakin melebar. Namun, senyumnya memudar dan kedua-dua tangannya jatuh semula ke sisi apabila Zahran bukan berniat mendukungnya. Sebaliknya, lelaki itu mengangkat hoodie sweaternya menutupi kepalanya. Rambut Arianna diurai sedikit dengan jemarinya lalu dibawa menutupi kedua-dua sisi wajahnya.

“Kata takut orang kenal,” kata Zahran lalu kembali melangkah mendahului Arianna.

Lagi-lagi Arianna mendengus sebal. Dikeluarkan topeng muka dari saku sweater lalu dipasangkan ke wajahnya.

Zahran membawa Arianna masuk melalui pintu di bahagian kiri hotel kerana bimbang terserempak dengan keluarga atau rakan-rakannya. Dia tidak mahu sesiapa tahu dia bersama Arianna.

Di dalam lif, Arianna berdiri di belakang Zahran. Matanya hampir terkatup kerana mabuk dan mengantuk. Sekuat mungkin ditahan kelopak matanya supaya tidak terkatup. Bimbang jika dia terlelap, Zahran akan meninggalkannya di dalam lif. Lelaki itu bukan manis seperti lelaki lain yang akan mendukung gadis cantik sepertinya, dibawa ke bilik dan diletakkan di atas katil yang besar dan selesa. Bukankah selalunya di dalam novel memang begitu? Tetapi mengapa Zahran berbeza sekali? Apa dia gay? Tidak mempunyai perasaan terhadap lawan jenis? Ah, tidak mungkin. Lelaki itu sudah beristeri dan memiliki anak. Atau jangan-jangan Zahran berkahwin hanya untuk menutupi kecenderungan songsangnya?

Arianna menggeleng sambil menepuk-nepuk kepala, cuba menyingkirkan prasangka itu dari benaknya.

Mulutnya sudah beberapa kali menguap dan kali ini dia benar-benar sudah tidak dapat menahan matanya. Disandarkan belakang tubuhnya ke dinding lif sebelum kelopak matanya perlahan terkatup.

Bugh!

Zahran menoleh apabila mendengar bunyi benda jatuh di belakangnya. Bulat matanya melihat Arianna sudah meringkuk di lantai. Sudah jatuh dengan begitu kuat pun langsung tidak membuatnya sedar.

“Ya Allah perempuan ni. Aiii…Sabar je aku. Ini kalau aku hempuk ke dinding pun agaknya tak sedar ni.”

Zahran membiarkan sahaja Arianna mengerekot di lantai. Sehingga pintu lif terbuka barulah dia memapah gadis itu ke bilik.

“Kau jangan ingat kau buat-buat tidur, aku nak dukung kau. Dah tua bangka. Kalau sebesar Lily Lana logiklah aku nak dukung. Menyusahkan betul. Menyesal pulak aku bawak kau datang Langkawi.”

Sesampai di bilik, Zahran terus menolak tubuh Arianna ke katil.

Fuh!

“Kata makan sayur, tak makan daging. Tapi berat macam kerbau sekor!”

Zahran mahu berlalu, namun tangannya yang tiba-tiba dipegang kejap membuat dia terbantut.

“Don’t go…” ujar Arianna dengan mata terpejam.

Zahran cuba melepaskan tangan Arianna namun genggaman itu semakin kuat.

“Don’t go please. I’m scared.”

“Jangan mengada-ngada boleh tak? Kau ingat semua lelaki kau boleh tarik tidur sekatil dengan kau?” Dengan kasar Zahran melepaskan tangan Arianna.

“You jahat!”

Zahran toleh. Nafas sudah ditarik, bersedia mahu menjawab, namun kata-kata Arianna selanjutnya membuat dia terkedu. Apatah lagi mendengar esakan Arianna yang begitu menyedihkan.

“I want to die with you.”

"Ei dia ni. Aku belum nak mati lagilah!"

“I love you…Qai…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience