Rate

Bab 1

Romance Series 3737

Dah lebih 4 tahun dah arwah meninggal, semoga roh arwah dicucuri rahmat. Amin...

Cuma gambar dan patung monyet yang arwah bagi menjadi kenangan. Selepas arwah meninggal tidak pernah ada satu lelaki pun yang boleh menggantikan tempat arwah. Dia seorang yang periang, sweet dan juga seorang yang caring.

Ya allah rindunya aku dengan arwah Hafiz. Selepas aku dapat tahu yang arwah hidap barah otak bertapa luluhnya hati aku. Hanya Allah sahaja yang tahu. Aku berdoa semoga dia selamat semasa pembedahan tu. Pembedahan untuk keluarkan tumor dari otak Hafiz berjaya. Masa aku dengar tu bertapa gembiranya aku yang Hafiz selamat. Dia sedar jer dari koma, dia terus senyum dan ajak berbual dengan semua kawan dan family yang datang melawat dia.

Tapi hari tu, dia bagitau ibu dia yang dia malu sebab rambut dia botak. Dia suruh ibu dia balik rumah untuk ambilkan topi untuk dia. Ibu dia pun balik la rumah nak ambilkan topi untuk dia. Tapi dalam perjalanan ibu dia balik, hospital call bagitahu ibu Hafiz, yang sekarang ni dia tengah tenat. Bertapa luluhnya hati seorang ibu apabila dengar anak dia dalam keadaan macam tu. Terus ibu Hafiz pusing balik tapi ibu Hafiz tidak sempat sampai semasa Hafiz hembuskan nafas yang terakhir.

Ya Allah, semasa aku tahu berita itu, aku berada di rumah sepupu aku. Sepupu aku buat kenduri. Aku dapat tahu berita itu pun melalui abang aku sendiri. "Ummi kau tahu tak yang Hafiz dah meninggal", kata abang aku. Terkejut aku masa tahu berita tu. Aku terus buka fac untuk mengetahui cerita yang selanjutnya dari kawan-kawan. Jadi ternyata cerita yang disampaikan oleh abang aku itu betullah.

Aku tidak tahu nak menangis ataupun tidak. Perlu ke aku bersedih dengan cerita ini. Kawan-kawan mula bagi kata-kata semangat dekat aku. Tapi reaksi apa yang aku perlu tonjolkan dekat diorang. Sedih.. Aku tak nak roh arwah Hafiz terseksa nanti. Aku redha dengan ketentuan Allah. Allah lebih sayangkan dia.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Amin..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience