Rate

Bab 4

Romance Series 2855

Malam itu,semua ahli keluarga Helena berkumpul semasa makan malam.Adik Helena yang belajar Fesyen di Paris juga pulang ke Malaysia.Semua makan dengan senyap sehinggalah Helena bangun dan sedia untuk bercakap.

"Ehemmmm attention please."kini mata semua fokus ke arah Helena yang berdiri.

"Ye kak nak cakap ape?"tanya adik Helena,Hazreel Azri.Matanya dijulingkan ke atas manakala tangannya diletakkan dibahu tanda menyampah.Macam la dia tak kenal akak dia sorang ni.Penuh agenda dan muslihat.Hazreel ni memang 'auuu auu' sikitlah.Well budak fesyen,that's normal.

"Papa dan mama,Hel dah buat keputusan.Hel akan berkahwin dengan anak kawan papa tu tapi dengan satu syarat.Izinkan Hel tinggal di rumah lain dengan bakal suami Hel nanti oke?"dengan lancar,Hel menyatakan rancangan yang dibuat oleh rakan-rakannya.

"Ya Allah betul ke Hel?"tanya Tan Sri Hisyam kepadanya.Hairan pula dengan sikap Helena malam ni.Soalannya hanya dibalas anggukan oleh anak gadisnya.

"Alhamdulillah.Pasal majlis,baju, jemputan and everything,Hel jangan risau.Biar mama uruskan okey?"sungguh beria Puan Sri Qadeja mengaturkan rancangannya.Tapi disebalik kegembiraan Tan Sri Hisyam dan Puan Sri Qadeja,terdapat perkara yang disembunyikan oleh Helena Aily.

"Welcome to my game mr future husband.."

............................. ••••••••••••••..............................   
Adib Rayyan baru pulang daripada masjid selepas menunaikan solat Maghrib dan Isyaa.Dia merebahkan tubuhnya di sofa.Penat.Serta merta mindanya terlayar peristiwa 2 tahun lalu bersama Sofiya Arisya.Ketika dia ingin melamar Sofiya di restoran kegemaran wanita itu.

"Sof,will you marry me?"tanya Adib seraya menghulurkan sekotak cincin Tiffany.co,jenama kegemaran aku tu!Bisik Sofiya dalam hatinya.

"I do Adib"kata Sofiya ikhlas sambil tersenyum.Siapa je tak suka bila Prince Charming melamar?Haihhh lemah iman.Terus Adub Rayyan menyarungkan cincin itu dijari manis milik Sofiya.

"Lepas ni saya suruh ibu dan ayah saya jumpa parents awak okey sayang?"ujar Adib sambil tersenyum menampakkan taring kecik dia yang comel.Omaigad killer betul senyuman dia arggh??

Kenapa awak pergi cepat sangat Sof?Saya tak sempat merasa bahagia dengan awak Sof.Teringat pula peristiwa ngeri yang meragut tunang kesayangannya Sofiya Arisya,dimana dia dilanggar oleh sebuah lori ketika ingin melintas jalan.Tak sempat nak selamatkan dia.Ya Allah,sesungguhnya aku sangat rindu padanya.Tanpa sedar,air matanya gugur di tubir matanya.

"Adib dah balik?"tegur Puan Dina kepada anak sulungnya.Aih ni mesti ingat bekas tunang dia.Tabahlah anakku,akan ada sinar buatmu nanti.

"Eh ibu!Adib baru je balik ni."dengan cepat dia mengesat air matanya yang gugur tadi.Ish buat hilang macho je.

"Sebenarnya ibu dan ayah dah berbincang."

"Haa bincang pasal ape?"soal Adib Rayyan,pelik.

"Ibu dan ayah dah buat keputusan.."

Tbc...
Please vote okey??Thank you????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience