Rate

TAPE 1

Other Series 1061

Amri menunggang motosikal meluncuri jalanraya dikawasan bandaraya Johor Bahru untuk mencari pekerjaan setelah sekian lama menganggur.

Penat, letih, semuanya terlihat di riak wajahnya, akan tetapi dia tidak peduli asalakn dapat mencari kerja untuk meneruskan kehidupan di alam yang perlukan wang untuk terus hidup. Hampir saja harapannya gagal kerana tiada pekerjaan yang dapat dilakukan olehnya.

Setibanya disebuah daerah dia mematikan motosikalnya untuk berehat setelah seharian mencari pekerjaan tetapi nasib tidak menyebelahinya.

"Aduh!! lapar betul perut aku ni, baik aku makan dekat sini je" kata amri pada dirinya

Dia memasuki sebuah restoran dan duduk di bahagian hujung meja restoran tersebut.
pelayan datang kepadanya dengan keadaan santai.

" Assalamualaikum En nak minum apa ya" kata pelayan wanita yg mukanya cukup manis.
" berikan saya segelas air teh ais dan sepinggan mi goreng ya" jawap amri kepada pelayan tersebut.

pelayan itu pun beredar menyiapkan makanan yang dipesan amri.
setelah 15 minit menunggu pesanan tadi pin sampai kepada amri, " silakan makan En, maaf kerana terlambat" kata pelayan tersebut dan meletakan pesanan amri sebentar tadi

Amri pun mengucapkan terima kasih dan terus makan tanpa melihat pelayan tersebut beredar . Usai makan dia terus beredar dari situ.

Amri berhenti di sebuah syarikat yang kawalan keselamatan. dye memasuki perkarangan syarikat tersebut di tingkat 2 untuk mencuba nasibnya lagi. Dia melihat ada seorang wanita berada di meja bahagian hadapan dan bertanya pada wanita tersebut untuk memohon pekerjaan . Wanita itu memberikanya borang dan meminta kad pengenalan serta gambar untuk melengkapkan borang tersebut.

Setelah selesai Amri keluar keluar dari syarikat tarsebut. Wanita itu berkata padanya akan menghubungi dalam masa terdekat untuk di temuduga. Amri pulang kerumah dengan keadaan yang penat setelah seharian mencari kerja.

Sampainya dirumah dia terus baring dibiliknya untuk berehat seketika. Akan tetapi dia tertidur kerana keletihan.

Hari semakin gelap, cahaya bulan kian menerangi kegelapan malam, Matahari mulai melabuhkan tirainya. Amri yang tertidur terus dibuai mimpi.

" Am nampaknya operasi kita kali ni diketahui pihak musuh....kita dah kena sabotaj ni.. kita kena keluar dari sini sekarang jgk peluru kita pun sudah semakin berkurangan!!!!" teriak Osman kepada Amri

pasukan squad 08 dikepung pihak musuh didalam sebuah gudang di tepi pelabuhan.
tiad a jalan keluar cuma harapan dan doa yang dapat membantu mereka ketika ini.

" Man kita terpaksa berpecah.. kau dan Amri ke bahagian selatan aku dan razak kebahagian timur kita jumpa dikordinat 0.00356!!!" jerit Lim kepada Osman kerana bunyi tembakan terlalu kuat.

" Ok!!! bergerak sekarang!!!!" Osman dan Amri mula bergerak... mereka melepaskan tembakan kearah musuh mereka.. Tiba- tiba "boommmmm" letupan berlaku dari arah Razak dan Lim..

"Lim!!!!!!!!! Razak!!!!!!!! " jerit Amri...

sedang mereka mahu ke arah Lim dan Razak sebutir peluru hinggap di dada Osman.....
" Bang!!!!!!"

Osman tersungkur jatuh badannya seperti menahan kesakitan. Darah mula mengalir dari dadanya...Amri menghampirinya dan terus menekan bahagian tembakan didada sahabatnya.
belum sempat dia membantu Osman sebutir bom tangan dilempar ke arah mereka. Osman menolak Amri ke tepi dan menindih badannya kearah bom tersebut..

"Boommmm" letupan berlaku, Amri terpelanting..

Terus dia tersentak dari mimpinya peluh membasahi tubuh Amri. kesedihan mula nampak diwajahnya Kejadian 4 tahun lepas masih segar di ingatanya. Amri bangun dari tempat tidurnya terus ke arah hadapan rumahnya. Amri tinggal bersama ibunya yg sudah tua iaitu mak Jah. Da mencapai rokok yang berada diatas meja di balkoni rumahya. Dia menghisap rokok dengan memikirkan hal yg telah terjadi.

"Aku mesti mencari siapa dalang dalam hal ini" ujar hatinya. Dendamnya yang belum terbalas kerana kematian seluruh ahli pasukanya tidak dapat dilupakan hingga hari ini.

Kemarahan terlihat di wajahnya. Suasana malam kian mendingin, Embun malam mulai menusuk ke badan Amri. Dia
memadamkan rokok yang dihisap dan masuk ke dalam rumah untuk berehat dan berharap dapat mencari pekerjaan esok hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience