ZX|01

Vampire Series 5127

Siang berganti malam.Sudah berjam-jam dia berjalan mencari jalan keluar.

Bagaimana dia tersesat di dalam hutan yang lebat itu pun dia tidak tahu.

Seingat dia, Alice mahu membawanya ke suatu tempat. Ketika itu dia sedang leka bermain game di telefon pintarnya.

Kereta berhenti secara mengejut membuatkan Davica terdorong ke depan. Dahinya hampir mencium dashboard kereta Alice.

Alice di sampingnya dipandang geram. Wajah Alice pucat bagaikan darahnya sudah habis disedut pontianak.

Eh?!Apa kau merepek ni Davica?

"Lis,kau kenapa?"

Davica melambai-lambaikan tangannya di wajah Alice. Alice mengangkat tangan kanannya dan dihalakan ke depan.

Tangannya menggigil. Peluh mula membasahi seluruh badannya.

Davica mengerutkan dahinya dan memandang ke depan. Alangkah terkejutnya Davica melihat susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri di hadapan kereta mereka.

Mulutnya penuh darah. Dia tersenyum menyeringai menampakkan gigi taringnya.

Nafas Davica bagaikan tersekat. Otaknya tidak dapat memproses apa apa sekarang. Dia kaku. Tubuhnya dibasahi peluh.

Benarkah apa yang dilihatnya sekarang?Atau dia hanya sekadar berhalusinasi?

"Lari!" Jerit Alice. Pintu kiri kereta dibuka dan tubuh Davica ditolak sekuat hatinya.

Dia turut keluar dari kereta. Dia berlari dengan laju. Dia tahu usahanya hanya sia-sia.

Tapi sekurang-kurangnya Davica selamat.

Davica cuba berdiri tapi kakinya tersalah pijak. Tubuhnya tergolek ke bawah gaung. Kepalanya terhantuk di kayu besar.

"Ouch!" Davica memegang kepalanya. Sakit. Itu yang dirasakannya.

Darah merah pekat mengalir dari kepala Davica.

Vampire.

Darah.

Kejap!

Darah. Pontianak mempunyai deria bau yang sangat sensitif dan mampu mengesan darah manusia dari jarak jauh. Juga mampu mendengar degupan jantung manusia dan mampu melihat dalam gelap!

I'm dead!

Tiba-tiba ada bayangan hitam yang bergerak pantas. Davica sudah tidak senang di situ.

Hatinya kuat menyatakan bahawa ada sesuatu yang buruk akan berlaku pada dirinya.

Peluh mula membasahi tubuhnya. Berapa kali dia mandi peluh hari itu pun entah.

"Hmm.."

Bulu roma Davica menegak. Hanya dia seorang di hutan itu. Jadi siapa yang..

"Hahaha,makan besar aku malam ni!"

Davica kaku. Dia ingin berlari tapi kakinya tidak mahu bergerak. Kaki mengkhianati tuannya!

Degupan jantung Davica bagaikan terhenti. Pontianak itu sudah berdiri di depannya.

"Darah kau manis." Si pontianak menjilat bibirnya.

Takguna!

Davica menapak perlahan-lahan ke belakang. Dia tidak tahu bagaimana melarikan diri dari pontianak sial ini.

Akhirnya dia hanya mampu berserah. Jika takdirnya untuk mati di tangan pontianak itu,dia rela.

Melarikan diri pun dia tidak mampu.
Mata dipejam.

"Let her go,Spike!"

Davica membuka matanya apabila menangkap suara seorang lelaki cuba untuk menyelamatkan dirinya.

Huh?Menyelamatkan?Tidak mungkin. Tapi Davica tidak kisah. Yang penting dia masih sempat menonton pergelutan dua pontianak sebelum dia mati dimakan pontianak!

"Zaff Xavier! So, kau nak curi makanan aku macam dulu?" Tanya si pontianak yang dikenali sebagai Spike.

"If I say yes? What will you do?" Pontianak yang bernama Zaff Xavier itu membalas sinis. Senyuman pun sinis.

Aku patut bagi kau nama Sinis Xavier je tadi.

Diamlah author tak guna!Aku makan kau kang!

"I won't let pisang berbuah dua kali!"

Wait..come again!

"I won't let you steal my food again,Xavier!" Spike mengetap giginya geram.

Nasib lah gigi taring Spike tidak patah. Kalau tak,entah macam mana kau nak makan agaknya?

"You're forcing me to do this!" Sepantas kilat dia berlari ke arah Spike. Tubuh kurus Spike itu ditolak kuat sehingga hilang dari pandangan.

Terkebil-kebil mata Davica melihat adengan di depan matanya tadi. Dia tergamam.

Dalam 30 saat pontianak itu sudah sampai di depan Spike dan menolak Spike jauh dari mereka.

"Budak mentah!" Kutuk Zaff.

Dia berpaling ke depan. Matanya bertemu dengan mata Davica.

Cantik! Tapi kau akan jadi makanan aku.

Zaff tersenyum lebar.

Davica kaku. Senyuman pontianak itu. Davica menggeleng. Tidak! Itu gila!

Zaff sudah di depannya saat dia sedang sibuk memandang tanah yang dipijaknya.

Baru Zaff mahu menerkam leher mangsanya,Davica sudah menjerit nyaring dan spontan dia memeluk Zaff erat.

Zaff diam. Entah kenapa jantungnya mengepam laju.

Jantung pontianak masih berfungsi ke???

"Dah puas peluk aku?" Zaff mengintai wajah Davica yang bersembunyi di dadanya.

Davica bagaikan baru tersedar dari alam mimpi. Segera dia menjauhi tubuh lelaki pontianak itu.

Gila! Dia memeluk seorang pontianak?! Tolong katakan yang dia sedang bermimpi!

Zaff ketawa sinis. Tiba-tiba hilang moodnya mahu meminum darah gadis di depannya ini.

"I'm Zaff Xavier."

Davica hanya diam.

"Nama kau?"Zaff memandang gadis di depannya tanpa berkedip.

"Davica." Lambat-lambat Davica menjawab.

"Nama yang cantik. Tapi tak sesuai untuk kau." Selamba badak dia mengutuk nama gadis manis di depannya.

Davica tercengang. Selama dia hidup tidak pernah ada manusia yang mengutuk namanya. Tetapi lelaki pontianak di depannya ini dengan terang terangan mengutuk namanya.

"Such a rude vampire!" Bentak Davica.

"And you're such a crazy human." Balas Zaff sinis.

Davica merengus geram. Dia ingin meninggalkan Zaff namun Zaff pantas menghalang jalannya.

"What now Mr Xavier?" Kening kanan diangkat.

Kenapa pontianak ini suka sangat mengganggunya? Davica rimas.

"Kau nak blah macam tu je?Kau yakin yang kau akan selamat?" Zaff berpeluk tubuh.

Davica diam. Sebenarnya dia takut tapi dalam masa yang sama dia ingin mati.

"Nak mati tapi takut. Gila." Sekali lagi Zaff mengutuk Davica.

Davica menggigit bibir bawahnya. Geram dengan Zaff.

"Aku nak tidur."

"Nak ikut."

Zaff tersenyum lebar sehingga menampakkan kedua taringnya yang tajam.

Davica diam. Perasaan takut cuba ditepis. Lagipun dia sudah penat untuk berdebat dengan Zaff. Akhirnya dia memilih untuk berbaring di atas tanah.

Zaff pula duduk disebelahnya.

Mata Davica terkebil-kebil memandang ke atas dan akhirnya perlahan-lahan tertutup.

???

~Everything changed when I'm with you~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience