Series
68
Ariana Nadira tak pernah sangka?
dia akan berdiri di majlis ini sebagai tetamu.
Bukan sebagai seseorang yang diraikan.
Bukan juga sebagai seseorang yang punya tempat.
Tetapi sebagai seseorang yang? pernah wujud,
dan kini tidak lagi penting.
Lampu kristal yang tergantung di siling memantulkan cahaya keemasan, menjadikan seluruh dewan tampak mewah dan hampir sempurna. Meja-meja bulat disusun rapi, dihiasi bunga segar berwarna lembut. Bunyi sudu dan gelas bertemu sesekali, diselang-seli dengan tawa kecil para tetamu yang berbual mesra. Haruman minyak wangi mahal bercampur dengan aroma makanan yang baru dihidang semuanya terasa eksklusif.
Dan asing.
Ariana berdiri di tengah semua itu, cantik, tenang? namun terasa seperti orang luar dalam dunianya sendiri. Gaun yang dipakainya jatuh lembut mengikuti bentuk tubuhnya, berwarna champagne lembut yang tidak terlalu menonjol, tetapi cukup elegan. Potongannya ringkas, tanpa perincian berlebihan. Seolah-olah dia tidak mahu menarik perhatian, namun tetap mustahil untuk diabaikan. Rambutnya disanggul kemas, beberapa helaian dibiarkan jatuh membingkai wajah. Solekan tipis menyerlahkan kecantikannya tanpa terlihat mencuba terlalu keras. Di pergelangan tangan kirinya, jam halus berkilau sederhana. Segalanya teratur. Seperti dia seadanya. Namun hanya Ariana Nadira yang tahu? Betapa rapuhnya dia malam ini.
Matanya jatuh pada sepasang manusia di hadapan. Degupan jantungnya berubah kencang. Entah kenapa terasa bagaikan mahu pecah, namun dia cuba menahan, agar tak Nampak keterlaluan.
Faris Zafran.
Dan wanita di sisinya, Alyssa Diana.
Faris Zafran berdiri kemas dalam sut berwarna navy gelap yang dijahit rapi,
jatuh sempurna di bahunya seolah-olah ditempah khas untuknya. Kemeja putih bersih di dalam, dipadankan dengan tali leher berwarna burgundy lembut yang menambah aura matang dan eksklusif pada penampilannya. Segalanya tentang dirinya tampak teratur, seperti lelaki yang terbiasa berada dalam dunia yang sempurna. Setiap inci penampilannya mencerminkan ketelitian.
Teratur. Terkawal.
Perfect? di mata orang lain.
Di sebelahnya, Alyssa Diana tampil memukau dalam gaun berwarna emerald green
yang berkilau halus setiap kali dia bergerak. Warna itu cukup berani, namun tetap elegan
seolah-olah dipilih untuk menonjol tanpa perlu meminta perhatian. Rona hijau itu, secara halus, melengkapi tona sut Faris, menjadikan mereka tampak sepadan? Seperti pasangan yang sudah lama dirancang. Potongannya mengikuti bentuk tubuh dengan sempurna,
memperlihatkan keyakinan yang tidak perlu disembunyikan. Lehernya dihiasi rantai berlian nipis, dan anting-anting yang memantulkan cahaya lampu setiap kali dia menoleh. Solekannya lebih berani. Senyumnya lebih jelas. Seolah-olah malam itu memang miliknya. Dan dia tahu. jantung Ariana sekarang pasti terasa seperti diperah perlahan.
Ya, itulah lelaki yang pernah dia cintai.
Itulah wanita yang pernah dia percayai.
Dan kini mereka berdiri bersama, seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku.
?Cantik majlis ni, kan?? Suara itu lembut, tetapi cukup untuk menarik Ariana kembali ke realiti. Ariana tidak perlu menoleh. Dia tahu. Alyssa Diana.
?Cantik,? jawab Ariana ringkas.
Alyssa mendekat, langkahnya perlahan dan penuh keyakinan. Haruman minyak wanginya lembut, tetapi menusuk.
?Tak sangka awak datang juga,? katanya dengan senyuman yang terlalu sempurna untuk dianggap ikhlas.
?Teringat masa dulu-dulu? awak kata tak suka majlis macam ni Ariana Nadira.?
Ariana menghela nafas perlahan, menahan rasa yang mula menjalar di dadanya.
?Awak konon?? bisiknya dalam hati, sinis. Dulu, ?aku? dan ?kau? itu biasa. Terlalu rapat, terlalu percaya, sampai dia tak pernah sangka, orang yang sama akan menjadi punca luka.
?Manusia berubah.?
Alyssa mengangguk kecil, matanya menilai dari atas ke bawah.
?Ya? berubah,? balas Alyssa perlahan, matanya masih menilai seolah-olah perubahan itu bukan sesuatu yang mengagumkan. Hakikatnya, dia lebih berharap tiada langsung kelibat sepupu ?kesayangannya? itu di situ.
Senyuman itu masih ada. Namun kali ini, Ariana dapat merasakan sesuatu di sebaliknya.
Tajam. Halus. Menyakitkan. Bukan lagi senyuman yang pernah dia kenal, bukan lagi senyuman yang pernah buat dia rasa selesa. Kali ini, ia terasa seperti pisau yang dibalut kemas, tidak nampak melukakan? Tetapi cukup untuk menoreh perlahan, tanpa disedari.
Beberapa pasang mata mula memandang dari jauh. Ada yang berbisik perlahan.
Ada yang sekadar tersenyum nipis.
?Eh? tu bukan Ariana ke??
?Yang dulu dengan Faris tu??
?Kenapa dia datang??
Bisikan-bisikan itu halus, tetapi cukup untuk sampai ke telinga Ariana. Dan dia tahu,
mereka mengenalinya.
Bukan sebagai tetamu biasa. Tetapi sebagai kisah lama?Yang tidak sepatutnya muncul semula.
?Ariana.?
Suara itu membuatkan tubuhnya kaku seketika. Faris. Lelaki itu kini berdiri tepat di hadapannya.
Dekat.
Terlalu dekat.
Sehingga Ariana mampu melihat setiap perincian wajah yang pernah hadir dalam setiap episod hidupnya. Garis rahang, cara lelaki ini bernafas, bahkan pandangan mata yang sama, suatu ketika dulu pernah dia percaya tanpa ragu. Dan di ketika entah kenapa, jarak yang sedekat itu terasa? Lebih jauh daripada sebelumnya.
?Ariana, lama tak jumpa.? Nama itu keluar dari bibir Faris dengan mudah, seolah-olah tiada apa yang pernah berubah di antara mereka. Nadanya masih sama, tenang, terkawal. Seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku. Seolah-olah dia tidak pernah memilih untuk berpaling.
Ariana hanya mengangguk kecil, menelan sesuatu yang terasa berat di dadanya.
?Ya? lama.? Tiada pelukan. Tiada sentuhan. Hanya jarak, yang kini terasa terlalu jelas di antara mereka..
Alyssa melangkah masuk di antara mereka.
?Sayaaang? ramai cari awak tadi tau.? Nada itu terlalu manja, cukup untuk membuatkan Ariana merasa asing.
Faris mengangguk, namun matanya masih tertumpu pada Ariana.
?Jaga diri,? katanya perlahan, seolah-olah dia masih berhak mengambil berat.
Ariana tidak menjawab.
Apa lagi yang perlu dijaga?
kalau yang paling penting sudah dimiliki orang lain?
?Excuse me.? Suara lelaki yang muncul dari sisi membuatkan Ariana sedikit terkejut. Dia berpaling.
Seorang lelaki berdiri di situ, dan tanpa sebab yang jelas, perhatian Ariana terus tertarik ke arahnya. Berpakaian jauh berbeza daripada tetamu lain. Kemeja gelap berlengan panjang, digulung kemas hingga ke bawah siku, dipadankan dengan seluar hitam yang terjaga rapi. Tiada tali leher. Tiada aksesori mahal. Namun cara dia berdiri, tampak tenang bersahaja, seolah-olah tidak perlu membuktikan apa-apa, membuatkan dia tetap terlihat? CUKUP.
Raef. Nama itu hadir dalam ingatan Ariana sebelum sempat dia bersuara. Dia benar-benar datang. Pakaian yang dipakainya? persis seperti yang Ariana sarankan. Satu perincian kecil yang entah kenapa terasa lebih bermakna daripada yang sepatutnya. Dan entah kenapa, dada Ariana terasa sedikit lapang. Padahal beberapa minit lalu, dia sudah bersedia untuk berdiri sendirian malam ini.
Raef melangkah mendekat, lalu berhenti di sisi Ariana tanpa ragu, cukup dekat untuk menutup ruang yang tadi terasa terlalu luas.
?Maaf lambat,? ujarnya ringkas.
Ariana mengangkat wajah, memandang ke arah empunya suara yang dalam dan sedikit serak itu. Dari nada yang entah kenapa terasa mempesonakan.
Raef. Lelaki ini benar-benar muncul.
?Awak datang,? balasnya perlahan, seolah-olah dia sendiri tidak sedar betapa dia mengharapkan kehadiran itu.
?Janji tetap janji.?
Jawapan itu pendek. Tetapi entah kenapa, cukup untuk membuatkan Ariana diam.
Alyssa memandang mereka berdua, sedikit kehairanan.
?Ariana, awak tak nak kenalkan??
?Raef Khaleel.?
Ringkas. Tanpa penjelasan. Senyuman Alyssa masih terukir.
?Oh?? Pendek. Namun cukup untuk menunjukkan dia faham atau sekurang-kurangnya cuba memahami sesuatu yang tidak dijelaskan.
Faris hanya memandang dari sisi. Namun kali ini, pandangannya tidak lagi setenang tadi.
?Terima kasih sudi datang.? Ariana menjengket sedikit, lalu berbisik rapat, cukup hampir untuk mencipta jarak yang tidak kelihatan di antara mereka dan dunia sekeliling.
Faris tidak mendengar kata-kata itu. Namun entah kenapa, sesuatu pada cara Ariana mendekat?sudah cukup untuk membuatkan dia merasa tergugat. Dia menghela nafas perlahan, cuba mengawal riak di wajah.
?I ada tetamu yang perlu dilayan,? ujarnya ringkas, lebih kepada alasan daripada keperluan sebenar. Tanpa menunggu balasan, Faris melangkah pergi.
Alyssa termangu seketika. Namun dia tidak berganjak. Pandangannya kembali kepada Ariana dan lelaki di sisinya. Dia perlu tahu?siapa sebenarnya Raef Khaleel ni pada Ariana.
?Harap awak berdua selesa dan enjoylah ya,? kata Alyssa lembut, seolah-olah benar-benar mengambil berat.
Raef mengangguk kecil lalu menyambung, ?mestilah selesa teman orang tersayangkan.? Senyuman tipis dilemparkan tetapi cukup untuk difahami.
?Kan, sayang?? Raef mengalih pandang ke arah Ariana di sebelahnya.
Ariana tergamam seketika.
Orang tersayang? Sayang?
Rasanya tidak pernah ada dalam perancangan. Namun entah kenapa, cara Raef menyebutnya? tidak kedengaran janggal.
Ariana menarik nafas perlahan.
?Ya?? Ariana membalas dengan senyuman yang cukup tenang, menampakkan barisan giginya yang cantik.
Ringkas. Namun cukup untuk mengiyakan sesuatu yang membuatkan Alyssa terdiam seketika.
?Minum?? tanya Alyssa.
Ariana mengangkat kening sedikit, senyumannya masih tidak berubah.
?Bukan ke tadi awak kata ramai yang cari sayang awak tu??
Nada suaranya lembut, hampir santai, tetapi cukup untuk membuatkan maksudnya sampai.
?Pergilah? tak elok pulak dibiarkan dia sorang-sorang layan tetamu.?
Alyssa sudah mencapai satu gelas dari dulang pelayan. Tidak mahu mejawab soalan Ariana.
?Ariana, awak mesti dah penat berdirikan??
Ariana belum sempat menolak.
Alyssa melangkah ke hadapan dan saat itu,
?Opps!?
Gelas di tangannya terlepas. Terlalu sempurna untuk sebuah kesilapan. Jus merah itu meluncur laju ke arah Ariana.
Beberapa tetamu berpaling serentak. Bunyi perbualan mula perlahan. Pandangan mereka tertumpu ke arah kejadian yang baru berlaku, satu situasi yang jelas di luar jangkaan.
Ariana sempat memejamkan mata, tiba-tiba satu tarikan pantas di pergelangan tangannya. Tubuhnya tertarik ke belakang. Dan saat dia membuka mata jus merah itu tidak mengenainya.
Sebaliknya mengenai Raef. Baju lelaki itu basah, kesan minuman jelas kelihatan.
Namun wajahnya? tetap tidak menggambarkan apa-apa. Seakan tiada apa yang berlaku.
?A-awak?? Raef memandang Ariana seketika. ?Awak okay?? Ringkas.
Namun entah kenapa, soalan itu terasa lebih penting daripada apa yang baru berlaku.
Ariana mengangguk perlahan. Tanpa sedar, tangannya terangkat menyapu perlahan kesan jus pada baju Raef. Rasa bersalah mula meresap di dalam hatinya. Lelaki ini tidak sepatutnya berada dalam sisa-sisa cerita cinta antara dia dan Faris.
Di sekeliling mereka, suasana berubah. Perbualan terhenti. Bisikan mula kedengaran.
?Kenapa jadi macam tu??
?Kesian??
?Tapi? dia memang tak patut datang??
Mata-mata tertumpu pada Ariana, seakan-akan dia yang bersalah. Raef melangkah ke hadapan, berdiri di antara dia dan dunia sekeliling. Bukan sekadar melindungi tubuhnya,
tetapi juga daripada setiap pandangan yang mula menghukum.
Alyssa menekup mulut, pura-pura terkejut.
?Oh my God? I?m so sorry! Tak sengaja??
Raef merenung sinis. Jeda seketika. Kemudian bersuara, perlahan? tetapi jelas.
?Kalau tak sengaja, minta maaf.?
Dia berhenti.
?Kalau sengaja? Orang bodoh je kot yang tak faham apa yang sebenarnya berlaku.?
Sunyi. Beberapa tetamu saling berpandangan. Ada yang terkejut. Ada yang cuba berpura-pura tidak nampak.
Alyssa kaku. Senyumannya? mula hilang.
?Alyssa .? Suara Faris kedengaran tegang. Sudahlah ini majlis pertunangan mereka, Alyssa boleh buat hal pula. Dia mencapai pergelangan tangan wanita itu, memberi isyarat supaya menghentikan lakonan tenangnya.
?You buat apa ni?? Sambung Faris lagi.
Pandangan Raef tajam, jelas tidak berpuas hati. Buta ke apa Si Faris ni. Dia tak nampak ke apa perempuan tu buat? Ke dia pun sengaja pura-pura tak tahu. Walaupun sebenarnya dia tidak faham apa yang sebenarnya terjadi. Apa yang dia tahu, dia hanya datang sebagai kekasih palsu.
Raef memandang Ariana sekejap, redup.
?Baju boleh basuh,? katanya perlahan, seolah-olah cuba meredakan rasa bersalah yang jelas terpancar di wajah Ariana.
?Tapi maruah orang? tak semua orang tahu jaga.? Raef memandang sinis ke arah Alyssa.
Degupan jantung Ariana terasa kuat. Untuk pertama kali malam itu ada seseorang yang berdiri di pihaknya.
Bukan kerana simpati.
Bukan kerana kasihan.
Tetapi kerana dia mahu.
Ariana memandang lelaki itu. Raef Khaleel. Lelaki yang tak pernah dia fikirkan?Tiba-tiba menjadi satu-satunya orang yang membuat dia rasa selamat.
Sakitnya bukan sebab dikhianati… tapi sebab kita pernah percaya sepenuh hati.
Share this novel