Rate

3- Rasuk

Horror & Thriller Series 1444

Ha, setelah sekian lama, aku muncul juga. hshs

Kalau nak dikatakan kejadian Rasuk ni, banyak kali dah terjadi depan mata. Tapi cerita ni waktu aku first time duduk asrama.

Mungkin cerita ni 'jijik' sikit. Sorry!

Kejadian ni waktu aku Form 1. Waktu tu baru 2 minggu aku menetap di asrama.

Okey, korang tahulah kan. Setiap perempuan akan melalui fasa ini iaitu Period. Okey ada banyak nama, Cuti, ABC la, mamnuk, dan ma'zurah. Dekat sekolah kami, kitorang panggil mamnuk. Tambah pengetahuan korang sikit la kan. Hehe.

Waktu tu aku melalui lah fasa ni. Jangan pelik kerana setiap wanita memang laluinya.

Semasa solat maghrib, kami yang tak boleh solat, akan buat satu aktiviti yang digelar, 'Aktiviti Ma'zurah'. Apa yang kami lakukan waktu aktiviti ni?

Tazkirah, Selawat, Game, berlakon, malah menonton wayang!

Jadi pada hari itu, kami sedang bertazkirah sesama sendiri. Mengingatkan diri kepada yang maha Esa.

Dalam 12 minit begitu, aktiviti kami diganggu.
Ada seorang Akak form 5 ni panggil kami. Saya bagi nama Kak Lis la yaa..

Nak tahu dia nak buat apa?

"Ha! Sini semua, saya nak kamu semua berkumpul tengah tengah astaka" jadi semua pun bergerak ke arah astaka.

Astaka ni dikira sebagai tempat perhimpunan tidak bertutup tetapi kecil sahaja. Muat kalau satu sekolah nak sumbat. Tapi masyaallah sempit. Selalunya astaka menjadi tempat Liqa Aspuri ( perjumpaan asrama perempuan), tempat bersukan dan lain lain.

Kak Mar yang mukanya ketat semacam keluar dari tandas dengan membawa satu plastik sampah.

Dia beri kepada Kak Lis plastik itu. Kak Lis pun buka ikatannya. Dia ambil satu sampah eu.

Kak Lis angkat tinggi tinggi sampah tu. Kalau boleh dia nak tunjuk kat semua orang.

Kami yang memandang terus geli geliman. Ada yang mula berbisik bisik.

" Ha! Tengok ni apa benda ni! Ni adalah sisa sisa korang!" jerit Kak Lis. Nope. Bukan sisa makanan.

"Harini saya nak ajar kamu semua cara basuh tuala wanita dengan betul. Atau lebih senang, pet yang kamu pakai tu!"

Eu.

Apa benda ni! Kitorang taulah nak basuh betul betul!

Ada yang dah buat muka.

Bawah ni ada cara cara dia tapi saya tak recommend langsung. Please siapa yang malu sila abaikan.

Kak Lis mula memberikan keterangan.

" Okey ni saya ambil salah satu yang siapa pakai. Tengok ni. Ni cara yang betul.

Mula mula basuh Permukaan pet. "

Kak Lis ambil gayung yang berwarna pink.

"Lepastu, ni tengok! Korang koyak permukaan pet ni. Ada kapas kan? Ha rendam kapas tu dalam gayung. Letaklah sabun. Korang kacau kacau dia. Jangan bagi ada warna!

Ha bila dah habis, korang buat kapas ni dalam tandas. Plastik dia korang buang dalam tong sampah" Habislah tersumbat tandas. tss

Kak Mar pula menyambung bicara.

" Korang kenalah basuh betul betul! Barulah makhluk makhluk tu tak kacau korang! Ini tidak, kalau tak basuh betul betul lagilah dia suka!"

Kami semua menunduk. Sambil terangguk angguk. Faham lah katanya.

Kak Lis mengangkat plastik tu.

"Okey semua, nampakkan plastik ni. Plastik ni ada tuala wanita yang kamu semua dah pakai. Saya dah kutip dari aras bawah sehingga aras atas. Saya bukan nak kata kamu semua tak basuh betul betul tapi saya nak praktis kan kepada kamu semua."

Ada yang dah mula ukir wajah.

" Okey jom! Jom kita basuh semua pet kamu ni!" ajak Kak Lis.

"AAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH"

Semua orang memandang aku. Ada yang sudah lari.

Ah sudah..

Badan aku ditendang tendang dari tepi.

Aku blur.

Pandangan aku dikalihkan ke tepi.

Ada sorang akak senior.

Aku gumam. 'Lah, kenapa ni, akak ni geli sangat ke.'

Badannya terhentak kuat ke tanah. Kaki dan tangannya meronta ronta. Badan aku ditendang lagi.

Jeritan dia lain daripada lain, sakit telinga aku. Kasar dan kuat.

Setelah aku tersedar, aku berlari menuju kawan kawan ku. Segala barang aku ditinggalkan. Pensilbox, buku dan botol air semua aku tinggal kat sana.

Takut.

Ada yang sudah menangis. Ada yang menutup telinga. Ada pula yang menyuruh kami beristighfar. Aku? semestinya menangis. Terkejut la weh.

Akak senior tadi dikerumuni akak akak senior form 6. Nasiblah ada seorang akak form 6 ni yang pandai agama. Akak ni memang semua hormati. Cikgu pun hormat akak ni. Memang semualah hormat kerana perangainya yang amat disenangi. Okey aku gelar dia Kak Dhia.

Akak yang menjerit tadi dipegang oleh akak akan senior.

Kak Dhia mengambil botol air aku. Dia membuka penutup botol lalu membaca ayat ayat Rukyah. Lalu air aku dilumurkan ke muka akak yang terbaring. Kak Dhia menyuruh kami untuk berselawat.

Aku melihat dalam tangisan.

Ada sorang akak form 5 ni bagitahu kami.

" Semua boleh naik ke musolla (surau) Kalau boleh akak taknak kamu cerita kat yang lain ya" Kami yang lain terangguk angguk. Nak naik ke musolla pun jauh. Jalan pulak gelap suram je. Aku naik dengan berpelukan dengan kawanku.

Waktu itu mereka yang boleh solat sedang tahiyat akhir.

Salam pun diberi.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh" diulang dua kali. Beberapa orang memandang mandang ke belakang. Ingin mengetahui. Kami masih mengelap air mata.

"Kau Okey tak?" ada seorang kawan kami menegur. Aku hanya menggeleng mengingatkan pesan akak senior.

Sedang sedang mengelap air mata.

Akak senior tadi datang ke musolla. Akak tu berbisik kepada seseorang.

" Korang, akak tu suruh kita turun balik. Kita belum basuk lagi pet" dia tergamam.

Kami semua tergamam. What. Ah betul betul gila ni!

Ada yang memberontak tak nak buat. Aku hanya mengikuti kawan aku yang menarik tangan aku.

Sampai sahaja di astaka. Kami melihat akak tadi masih menjerit sambil diazankan oleh seorang senior lelaki kami. Seorang lagi senior lelaki menelefon warden ustaz untuk meminta pertolongan.

Aku mengeraskan diri dari masuk ke tandas.

Kawan aku mengajak " Weh jomlah. Aku takut ni" Aku pun pergi masuk.

And what, Aku betul betul kena basuh pet 'orang' seperti yang diajar akak tadi. Menggeletar tangan aku buat kerja menggelikan seperti itu. Aku merintih, ' aduuh, kenapalah aku mamnuk harini'

Selepas je aku siap akak tu suruh aku basuh tangan di singki. Aku basuh lama. Geli.

Aku dengar akak disebelah berkata.

"Kita kena basuh jugak sampai habis. Baru dia pergi."

Aku keluar dari tandas sambil ditemani kawanku.

Tiba tiba aku menangis kembali.

Akak yang nampak sudah tidak keruan. Dia bertanya.

"Eh kenapa ni"

"Akakk.."

"Ya"

Aku menunjuk ke arah tempat kejadian.

"Botol air saya...." Tttss.

"Ha ha jom ambik" akak itu menarik aku.

Tengah tengah antara akak yang dirasuk dan lelaki yang sedang azan. Aku menyelit ambik semua barang aku. Ah tak kisahlah muka sembab ke apa. Aku nak barang akuuuu....

Setelah itu, kami semua pergi ke musolla kemudian kami pergi ke kelas untuk prep (kelas persediaan malam).

Aku hanya senyap buat kerja sekolah, tak nak tahu apa apa. Sebabnya kelas aku pun keras juga.

Balik je dari prep ada akak tu bagitau,

" Siapa nak makan pergi makan, Harini tak payah call tau. Saya takut jadi apa apa. Kat dorm nanti jangan jenguk ke bawah. Tak payah sibuk nak tengok. Nak pergi tandas berteman. Jangan sorang sorang. Harini semua tidur katil bawah jangan katil atas." pesan akak tu.

(pss.. nanti saya cerita kenapa tak boleh katil atas..)

Kami sempat lalu didepan astaka.

Diatas pentas astaka. Ada tiga orang akak senior yang baring. Lelaki dan perempuan form 5 dan form 6 membaca Yassin bersama sama. Dua orang ustaz dan seorang warden perempuan berdiri. Ada yang sedang menelefon meminta bantuan daripada ustaz Rukyah.

Naik je dorm semua bersembang tentang kejadian tadi. Aku pun ada buka mulut. Bercerita.

Kami baca Mathurat dan iqamat di setiap penjuru dorm.

Katil dirapatkan dan semua orang tidur berhimpit.

Malam tu ada yang mendengar kerusi ditarik dari luar :)

Esok je ada seorang akak yang sixsenth berkata dengan kami.

" Sebenarnya akak dah rasa lain macam dah semalam. Waktu Kak Lis buka plastik tu. Banyak benda tu berlari lari nak hisap benda tu."

(Segala nama yang berkaitan bukanlah nama sebenar untuk menjaga aib mereka)

-The End-

:)

I'm sorry kerana lama tak online. I have my problem :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience