Rate

prolog

Romance Series 2335

10 tahun lalu...
"Mak.. Pah tak nak kahwin dengan dia!! Mak cuba fikir ...Pah baruuu je abis SPM mak..tak kan lah Pah nak kahwin dengan dia!!Mak ni ..huhuhu...Pah nak jugak  rasa macam mana berkerja...dapat duit sendiri..makk...Please...tolak pinangan Cikgu Riezdan tu!!"
      "Kalau ye pon nak protes,nak bangkang,nak what ever lah.. Turun lah dari POKOK RAMBUTAN TU dulu!!Ehh..kau ni..buat malu mak jelaa..anak dara..perangai macam jantan..dah senja ni!Berapa lama kau nak buat protes jalanan ni???Aku dapat kau...aku piat-piat telinga kau tu!!"
   Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 40-an berdiri di bawah pokok rambutan itu dengan memakai kain batik sarong ala-ala mak tiri dalam cerita bawang putih bawang merah tu sambil bercekak pinggang.
  Tiada tanda-tanda anak "perempuan"nya itu akan turun.
     Seminit...
     Dua minit..
    Dua minit setengah...
    DAN.....
"NUR IMAN AFIFAH BINTI FAKRULZAMANNNNNNNNNNN!!!!!!!!!"
    Alamak!!! Suara veto dah mai dah!!! Maknanya takat suhu didih mak aku ni dah lebih 100 darjah celcius gamak nya!!!
"OKEY2...Pah turun..tapi...ada tapi tau mak!!Syarat nya yang pertama...Mak jangan piat telinga Pah..Nanti Pah merajuk 5 bulan tak nak makan lauk mak..."
  Belum sempat dia habis kan ayat,Mak nya menyampuk..
  "HEK elehh..pigidah  ...merajuk tak nak makan konon..perut macam tong MPJBT ...ada hati tak nak makan.."
   Wuishh..kerek betul mak aku ni...Emm...takpa2...
"MAK ni...suka sangat panggil Pah tong MPJBT..Apa2 jela ..Haa..syarat kedua...mak kena tolok...ehh salah...Tolak.. T.O.L.A.k! Pinangan Cikgu Kerek tu!.."
  MAK TIMAH hanya berdiam diri sahaja.
"MAKK..MAK dengar tak~~" Tanya Pah.
"Aku tak pekak lagi lah! Cepat ar turun"
Memang mak aku yang satu ni brutal,sama macam anaknya yang sorang ni lah..heheh..
Like mother like daughter bak kata omputeh!
    "Mak janji tak piat telinga Pah?"
     "Yer..janji..."

Yeah...Mak aku dah berjanji~
  Dengan berhati-hati,dia turun dari pokok rambutan.Setelah kaki nya menjejak tanah....
  "HAHAHHAHA....setelah sekian lama berada  nunnnn diatas sana..sampai juga beta di atas tanah ini!!Hahahah.."
       Untuk pengetahuan awak semua,aku ni  memang suka menyakat mak aku ni, dia lah sahabat aku,musuh aku,bantal peluk aku,dan dia juga ayah aku.Ayah aku meninggal lima tahun lepas akibat sakit jantung.
  Tiba-tiba..
   "HHAAAA..Akhirnya,Patik pun dapat juga piat telinga kau!!Hahahhahaha!!"
Terasa sakit mula menyerang telinga sebelah kiri aku.
    "MAK..ampun mak...huhu..sakit mak.."
Beberapa minit,baru mak aku lepaskan.
    "MAK dah cakap ngan family Cikgu Riez tu..nasib baik diorang faham...malu tau tak muka mak bila kamu menjerit terpekik telolong macam beruk pastu panjat pokok ni...macam  budak2..kalau arwah ayah ada ni,dah lama ditibai nya kamu ni!!"
    "Sorry mak,Pah tak sedia lagi nak kawin...,Pah nak kejar cita-cita Pah dulu,Pah nak jadi Chef...Pah nak kumpul duit banyak2 pastu Pah nak happy kan mak.."
Suarnya kedengaran sayu.
  "OKey..kali ni..mak maafkan..lain kali buat..siap kau!"  Kata-kata mak berunsur amaran.
 "OKEY..Pah janji..."
............
  SEBELUM SPM...
"Pah!!Ooooo Pahh!!bangun lah wei!!!"            
       Kedengaran meja ditepuk2 dengan kuat.
"EII...minah ni..ada kang aku sumbat mulut kau dengan buku kang!! Tak nampak ke aku tengah membuta ni??   Dah2 jangan kacau aku!" Mukanya ditekup dengan sapu tangan merah jambunya semula.Misi membuta dalam kelas disambung balik.
  Selang beberapa saat,kedengaran meja diketuk lagi.Kali ni lebih kuat.
   "EII..minah ni...melebih pulak dia!!!Hilang sabar gua!! Kau tunggu ek minah" Gerutu hatinya sambil tangan nya meraba-raba sesuatu di bawah meja nya.
 "Yess!!dapat pun!!"
Dengan mata yang masih tertutup, dia mengambil "barang" yang ada dibawah mejanya lalu......
    BUKKKKKKK..
"ADUHH!!!"Kedengaran suara garau mengaduh kesakitan.
 Hohoho..padan muka kau Sarah!! Tu lah kacau lagi aku tido..kan dah kena!!Botol mineral kosong diletakkan semula ditempat asalnya.
  EHH..kejap,..Garau?? Garau bukan untuk lelaki ke??Sejak bila Sarah ada suara macam jantan??ke dia makan pill hormon?? Omaigod!"

 
 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience