Rate

BAB 2 - MEMISAHKAN IBU DAN ANAK

True Story Series 991

Imah baru sahaja melahirkan anak dan ada masalah rumah tangga. Imah menumpang di rumah ibu bapanya. Mengabiskan masa berpantang di situ. Setelah 2 minggu berpantang berlalu bayang suaminya pun tidak muncul-muncul. Hidup Imah tidak ubah seperti gantung tak bertali sejak dia mengandungkan anak mereka dua bulan. Ibu dan bapa Imah tidak suka menjaga cucu mereka lebih suka habiskan masa mencari duit dan bercuti makan angin. Pendek cerita mereka tidak suka menanggung beban kehidupan lagi-lagi memikirkan masalah orang lain meskipun itu anak kandungnya. Setelah 3 minggu berpantang ada satu keluarga muncul di pintu rumah mereka. Datang melawat Imah dan bayinya. Imah tidak kenal sama sekali dengan mereka dan menanyakan pada mereka atas tujuan apa kedatangan mereka. Mereka berkata ingin datang mengambil anaknya tinggal bersama mereka. Imah terkejut dan tidak tahu sama sekali tentang semua ini. Keluarga itu memaklumkan pada Imah bahawa mereka telah menjelaskan bil hospital dan beri duit kepada ibu Imah sebagai pertukaran bayi tersebut. Imah mengamuk dan tidak sangka ibunya tergamak perlakukan dia seperti itu demi Wang. Imah yang tidak mahu membuat polis kerana itu ibunya. Dia tidak mahu ibunya ditangkap. Keluarga itu pulang tanpa bayi kerana Imah enggan menyerahkan bayinya.Pada keesokkan harinya Imah sedar bayinya telah hilang kerana diambil oleh ibunya semasa tidur. Imah yang merana anaknya hilang terus menjadi gila.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience