Chapter 1

Drama Series 2646

Urat pipi dan bibir, mula terasa sakit kerana senyuman paksa yang aku tanyang hadapan semua orang setiap hari dekat tempat kerja.

"Keisya!"aku menoleh ke belakang.

Keisya .yup itu nama aku.nama penuh,keisya laura nama yang di benci oleh semua umat manusia atas muka bumi ni.

Aku pun pelik ! kenapa la kena benci sampai rasa tahap aku tak mintak dilahir kan pun,dalam dunia ni.

Damia menatap muka aku dengan riak tak puas hati."kakde! kan along dah mintak tolong bagi mak duit dulu kenapa susah sangat?"

"Memang la susah!... aku cari duit siang malam,kau senang memintak ,macam tak pernah bagi."bisik hati keisya.

"Along! Kakde dah bagi duit dekat mak  minggu lepas! "

"Bulan ni je pun,dah RM500 kakde kasi !..apa benda susah faham nahasa melayu sangat korang niii..."

   nada suara aku mula meninggi,ikut kan hati nak aku tampar sorang-sorang ,bahasa melayu sendiri pun tak faham-faham,nak aku cakap bahasa tamil ke apa.

"elehhh...Kalau tak nak bagi cakap jela,!...jangan banyak alasan sangat ,macam la orang mintak beribu.!"mulut puaka akak angah berbunyi dari dalam bilik utama.

"Pasal duit, kakde tak pernah berkira dekat mak ,bulan ni! ..kakde banyak hari tak sihat,pastu ambik cuti tanpa gaji!..,ada orang dalam rumah ni ,tanya kenapa?"

"kakde cuma kerja farmasi ,bukan hospital gaji beribu...boleh faham tak?".

Birai mata aku mula menahan air mata,nak terkeluar.aku mula tonyoh-tonyoh mata ,sakit hati punya pasal mata aku yang berair .

"Angah kau bagila pulak!kenapa tiap bulan aku je ,yang kena bagi! suami kau kerja bagus kot!..gaji tinggi berbanding aku ni, gaji RM900 je sebulan,cukup-cukup makan je !"

Angah bangkit  dari kerusi menuju ke arah aku,tangan aku mengeletar ,menahan perasaan sebak .

"Pekkk..."bunyi penampa singgah pipi kanan aku,rasa panas,pastu mula lah rasa perit berbekas ,telapak jari angah hinggap muka aku .

"Dia ni...sejak kerja,sombong kot,"angah guna jari telunjuk tolak dahi aku.,badan aku sedikit menapak ke belakang.

Maklumla badan aku ni terlalu kurus, tu boleh main tolak-tolak macam kain baju,bila tak nak lipat tolak ke tepi buat timbuanan baju,bila nak pakai ambik,dah buruk buang dalam sampah.

Mata aku melirik ,pada semua orang ahli keluarga, yang jadi saksi, niat mintak tolong terus terbatal.

"Memang semua urusan duit dalam rumah ,aku kena tanggung ke?...setahu aku ! korang pun anak dengan menantu keluarga ni.!"

    "korang datang rumah nihh,tanya khabar aku pun tidak!..tiba-tiba mintak duit ?,aku bukan bank 24 jam duit masuk,guna otak,cuba la berfungsi sikit otak tuh?

wajah ayah merah padam atas sofa ,mesti dia nak  tampa aku buat kedua kali,

Semua mata berada dalam ruang tamu tu buat-buat tak nampak termasuk mak dan ayah aku,

Aku mula teriak  sekuat hati "Aghh...kenapa manusia dalam rumh ni  tak faham-faham !benda aku cakap ,aku cakap aku tak sihat ,duit tak ada!..berapa kali lagi aku kena explain?boleh faham?tak ada duit!..

"Aku tak sihat ,sebab aku hadap muka manusia tak tahu bersyukur macam kau!"aku menolak badan angah hingga terjatuh ke lantai.

Along  tarik tangan angah untuk berdiri disebelah along,berdepan degnan muka aku sekali lagi.

"Tolong la keisya,kau buat aku rasa jijik dengan kau !..pura-pura nak attention,dengan perangai macam ni ,...mengalah kan kiteorang yang dah kahwin punya masalah!depression ,anxiety lah,macam -macam penyakit kau bagi alasan,mati lagi baikla,... dari kau sakit je memanjang,tak berguna tau tak dalam family ni"

perit  sungguh perkataan along kali ini,berdarah telinga aku dengar perkaatan makian dari mulut dia,tak habis-habis nak cakap aku tak berguna dalam keluarga. tiap kali jumpa.

"Baru dapat tahu diri depression, rupa dah nazak sangat!..,kau jadi macam tu sebab tak ingat allah,lepas tu nak salah kan kitaorang! la pulak"

Ibu melangkah ke arah aku.ni mesti ada ayat kesian dia nak bagi yeah..play victim.

"Kakde cukup buat masalah hari ni!,kak long dengan kak angah tak ada duit ,sebab diaorang ada familiy masing-masing, cuma kakde je boleh tolong ibu,Kalau tak bagi takpe lah keisya...,ibu pergi meminjam dekat acik nor jiran sebelah."

risau ayah pukul ibu lagi ,aku pun cari dalam purse duit,terus hulur duit RM300 pada ibu,

"Eh.. ada pulak duit perempuan ni ,tadi macam orang gila mengamuk".suami along menganjing.

"amboi sedap mulut kau! sukurang-kurangnya tak ada lah aku !menumpang duit bini,macam orang tu,dah anak 2 pun ,kerja goyang kaki dekat rumah,lain kali sedar diri sikit bila bercakap tuhh"

muka rupa lanun ada hati nak menganjing aku,muka aku berasap  nak meghadap semua muka ada dalam rumah ,lama,lama.

ternampak kelibat kereta mayvi putih haylina berhenti depan rumah menuggu aku,

"mak!..kakde balik rumah sewa dulu ,haylina dah tunggu dekat luar "ada jugak alasan aku nak blah dari rumah .

aku keluar dari pintu rumah,aku hempas kuat -kuat pintu bagai nak tercabut aku buat,nasib pagi tadi aku dah kemas bargasi ,letak luar beranda siap-siap.

Semua hati aku kena jaga,hati aku siapa yang nak ambik tahu pulak,pipi merah di tampar angah tadi aku pegang.jadi aku melang kah keluar dari rumah mak angkat aku untuk kali terakhirnya aku melihat mereka.

Nafas aku ter cungap-cugap,dada aku terasa sakit teramat,baju tidur aku basah seperti di siram dengan air,peluh tidak berhenti keluar dari dahi.

aku gengam serapat mungkin telapak tangan , terasa kuku tajam menikam telapak tangan lembut hingga terasa sesuatu mengalir keluar

"Darah" desis aku tanpa sedar

Rupanya aku mimpi kejadian ngeri 4 tahun lalu, sebelum keluar rumah mak angkat aku terbakar meragut semua family melain kan aku,hanya aku yang tersisi ,kejadian kebakaran di syak kan berlaku litar pintas.

Tiba-tiba ada bunyi cuba membuka pintu bilik, memang aku terbiasa biarkan pintu bilik tidak berkunci,kerana sering mengalami mipi buruk.

"Ya allah keisya !" apa yang jadi ni?"teriak haylina.

Melihat riaksi dari muka haylina,aku tahu yang luka berdarah tadi agak teruk,cepat-cepat aku cover dengan selimut,tak bagi haylina tengok.

Ikut hati dia nak biar kan je dulu luka dekat telapak tangan. sampai darah kering sendiri ,baru rasa ala-ala healing cam tu,

Tapi dah tengok muka member macam nampak malaikat maut, baik dia cuci, sebelum minah tu menagis,Bukan boleh , ada luka pada tubuh aku , mesti haylina yang beria menagis ,kadang aku pun tak tahu siapa yang sakit sebenarnya.

aku pun bangun dari katil tanpa berkata apa-apa ,terus masuk ke dalam toilet,tangan di basuh dalam sink berwarna kelabu,

mata aku menatap wajah masih  sama 4 tahun lepas, dengan fikiran bercelaru, aku benci akan diri sendiri,di lihat dalam cermin yang tersangkut atas sink.

dugaan menimpa diri aku bertalu,hingga tak sanggup nak bangkit kembali,Tertanya mengapa aku masih hidup!..

  aku gengam tangan yang sudah berlumuran darah tadi,aku hayun penumbuk sekuat hati pada cermin kaca.

"Praangg!" bunyi cermin kaca pecah.bertabur serpihan kaca ke lantai diendah oleh aku,aku benci diri aku...aku benci ,semua salah aku...

"Beb! kau ni biar betul." jerekah haylina belari mendapat kan kedua pegelangan aku ,

"sebelum kau !..betul-betul gila ,baik aku  bawak  keluar bilik,."haylina mengherit aku keluar bilik ,masuk dalam bilik dia.

"nak aku tanya ke apa yang kau mimpi?" dia depa kan tangan  atad katil untuk  bagi aku ruang peluk dia.

"mimpi pasal  family angkat aku meninggal dengan tak dapat cari kubur adik aku!...,adik aku mintak tolong haylina...,dia mintak aku cari kubur dia!,tapi aku dah berusaha sedaya upaya untuk cari dia,tapi tak dapat"birai mata aku menahan sebak.

"aku tak boleh balik rumah papa,kalau aku balik,mesti aku tak dapat jumpa kau dah leps ni!...apatah lagi nak tanya papa  tentang kubur aliya dekat mana,.

"aikk...serentak pulak kau mimpi?"

   tidak berasa pelik bila memeluk tubuh chubby  haylina,sebab hanya dia yang tahu  liku-liku perjalan hidup aku, duduk atas katil bercadar design kucing,memberikan sedikit ketenangan pada diri aku utuk bertenang.

"Sekarang kita bincang,apa yang jadi dalam bilik kau keisya?" tanya haylina.

Dalam bilik dihiasi dengan lampu, bintang-bintang warna-warni, haylina menatap aku dengan pandangan yag tajam.

Melihat tepat ke dalam mata haylina,mulut yang  baru ingin dibuka,dikunci kembali tertutup rapat.

"Keisya kau dengar sini baik!keadaan kau ni dah teruk kena pergi hospital amik ubat,..dengar lh nasihat aku,aku tahu mental kau hancur sekarang,kalau kau tak nak pergi hospital aku tak paksa pun,cuma aku sedih bila kau terpaksa tanggung semua sendri,...

"Aku sayang kau, tapi aku tak berdaya nak tolong kau!,aku bukan doctor,tuhan pun bukan."suara haylina mula bergetar,agar aku dengar nasihat dia kali ini.

Haylina memeluk tubuh aku erat -eratnya"apa yang berlaku! pada adik dan pada keluarga angkat kau tu!bukan salah kau,faham tak? Bukan salah kau!,tak ada walau pun sikit."

"Yang jadi tu semua takdir,"haylina mengusap rambut kerinting aku."Besok kita pergi hospital,"pujuk haylina,menguna kan kuasa mata bulat telihat seperti kucing untuk mengoda.

"Boleh tak sebelum tu kita singgah petshop sekejap...kejap je sebelum singgah hospital " aku memecah suasana sepi dengan suara ketawa.Dalam masa tegang macam ni pun haylina sibuk nak rawat haiwan dia.

 Temu janji dengan doctor naufi anas  pada pukul 10.00 pagi,ingat senang nak jumpa si dr naufi a.k.a cousin haylina ni!,dah serupa v.v.i.p panglimen,semua nak kena buat appointment segala benda sebelum jumpa.

Aku mendogak dari katil ke sejadah haylina, yang di buat tempat alas iron baju bawah lantai,..yela kiteorang cuma sewa dua bilik ,tu pun dah hampir RM 400 sebulan ,mana nak ada tempat iron baju, sewa rumah pun ,harga firaun jual air.

"Keisya,walau pun kau malas nak mandi!.,baik kau tukar baju,muka dah rupa kambing ,Kita nak cepat..,cepat lah mandi nanti kita boleh  pergi breakfeast sekali"

aku tak bergerak dari katil haylina ,masih berkelubung dengan selimut ,malam tadi ,dia ajak aku tidur sekali ,bila aku menolak ,tak mahu ,dia pura -pura la merajuk ,tarik muka seribu ,aku tenung je muka haylina dari bawah katil.

"Aku rasa kena ambik sekali ubat anti malas kalau ada,biar kau jadi rajin ,tak ada la nak pergi keluar rumah pun tak mandi"kata-kata haylina berbaur perli.

"Eh ada ke?  kalau boleh nak sekali dengan ubat lupa ingatan kalau ada!mesti aku bertahan nak hidup sampai 100 tahun lagi,"aku tanya, dengan buat -buat muka polos.

"Ehhh,lehhh ah minah ni dah lebih ,dah tak mandi demand lebih-lebih pulak tuh,panas je otak aku dengan kau,pagi-pagi ni ...,,lepas tu buat-buat muka biul pulak"

"Untung la muka biul ni ,kau sayang jugak" bidas aku,aku bangun bergerak, masuk kembali ke bilik aku,nah nyah ...macam kena rompak.bertabur-tabur barang atas lantai.

Keadaan diri aku sekarang memang tak terurus,macam zombi hidup,bilik bersepah,macam sarang tikus,baju bertabur,sisi makanan aku tinggal kan je merata-rata,sampai kotak kfc dah berkulat pun ada atas meja.

punya dasyat la depression aku,walaupun aku masih waras bila barcakap,mantal aku sentiasa penat.

selesai mandi aku kembali ke bilik haylina,dengan azam baru ,aku beria-ria  berjanji dengan haylina.

"Aku janji! lepas jumpa naufi ,my first crush, aku cuba usaha ubah sikit-sikit perangai pengotor,pemalas ,semua segala bermula dengan p.e !..

   Kalau aku,mungkir janji jugak,kau boleh botak kan, rambut kerinting atas kepala aku ni,"Rambut aku tak seberapa penting sekarang, di banding kan nyawa kau sekarang,

Dari tadi haylina tertunduk macam nenek tua iron baju, terus dia bangun,bibirnya tak lekang dengan senyum pada bibir.tangan chubby haylina menampa-nampar lengan aku yang  90% tulang daging 10%,

" Alhamdullilah!"

" Ya Allah,Bagus keisya,kau ada harapan !..,untuk hidup lagi seratus tahun kalau positif kau macam ni"

Kerana telapak tangan haylina besar dari lengan aku,"Sakit la setan." ujar aku menahan sakit dari tadi di pukul ingat ayam penyet gamaknya.

"Uwuu!! Sakit jap lagi kita agi umpa doctor crush kau!mana tahu tiba-tiba penyakit kau boleh sembuh,ala-ala cerita snow white."

Aku tersengih ,betul ke apa haylina kata kan,aku masih ada harapan nak pikat hati  naufi ,mamat handsome rebutan semua gadis di sekolah menengah dulu.

   sedang kan luka pada tangan aku  tidak merasa sakit saat ini, kan pula hati aku yang lama dahaga kan kasih sayang orang lain.

aku pura-pura bahagia ,tidak salah kan...tiba -tiba Haylina berdiri ,dia tarik kerusi ke hadapan aku , sementara aku duduk atas katil,kami saling bertentagan muka,

Haylina mengambil tangan kanan aku ,yang luka,di usap lembut.Bederai air mata aku ,jatuh atas baju tidur satin warna putih, milik haylina.

hanya dengan sentuhan haylina aku boleh menagis,dia je yang sentiasa jaga aku,jsa dia pada aku terlampau banyak,tak terhitung,

aku sudah mencuba menjadi sekuat yang haylina ingin kan,tapi ia di luar kuderat aku.

 memang aku penat ,tak ada pendirian kadang kali aku nak gembira,dalam masa sama aku rasa bersalah bila gembira,Aku penat tengok keadaan aku sekarang, yang huru hara,tak tahu tujuan aku untuk hidup.

aku push diri pura-pura ketawa,gembira,senyum,dalam jiwa aku sangat lah kosang...Akhirnya aku lepas kan segala yang aku pendam ,keadaan aku selama,  

"Sakit weh,sakit sangat sampai aku tak nak hidup besok! pagi,siang,malam, sama je,aku nampak bayang-bayang diaorang masih salah kan aku,"

"Kenapa aku yang tak mati!.. masa tu,!aku tak berguna ,jadi kenapa aku kena hidup sendiri , dalam dunia ni"

Aku menumbuk -numbuk dada yang tidak sakit."Kenapa tak bawak aku sekali,kenapa? Tu je aku nak tahu?,"

Haylina menarik aku dalam dakapanya, walaupun minah ni sengal bab bercinta tapi bab menyentuh hati orang dia lah no satu,

"Allah maha mengetahui ,allah tak akan uji kau ,di luar kemampuan kau,kau perempuan kuat ,yang aku pernah jumpa ,We all try to recover from something yet ,no one know!, anything about it's."

"Dah Jom siap-siap pergi jumpa dr , kekasih hati pujaan kau " haylina mengucup dahi aku ,jangan mengaku kalah sekarang ok."sempat haylina bisik ke telinga aku. 

Lepas kajadian tadi,mata aku bengkak,nak jumpa crush aku dengan mata separuh terbukak , semua haylina punya pasal.

,kalau dia tidak  main psychology pagi -pagi buta,tak ada la aku tumpah air mata kewanitaan berharga aku.

Plan  haylina buat pagi tadi ,Makan breakfast dulu ,... lepastu pergi hospital  tapi masalahnya haylina  lupa pergi pet shop lepas makan  ,nak cepat kejar masa ,punya pasal dah jam nak pukul sembilan ,dah nanti balik kena,singgah kedai petshop.

dari naik grab tadi aku tak perasan,muka aku hodoh siot,tak ada lipstik dekat bibir ,muka pucat,Apa lagi aku selup tangan ,dalam beg haylina ,mintak nak pakai sikit lipstik warna nude peach dia punya,

singgah toilet,pehh,muka Tengok balik dekat cermin toilet haa...ada la gaya ala-ala muka tenuk, muka aku coklat campur susu dekat bibir,warna lipstik haylina nampak pucat macam mayat terus dekat bibir aku.

"Kau nih...dah kena terleng-teleng kepala depan cermin  ,rupa kena gout dah aku tengok?"soal haylina keluar dari pintu toilet,

Aku berpaling menghadap haylina,"kita nak pergi jumpa crush kau,bukan pergi pertunjukan badut haaa...haaaa.."chisss,,dasar mulut bangkai betul haylina ni..

  "ehhh,kalau ye ,pun berkiasalah sikit bahasa kau panggil aku badut!!..,setidaknya aku berusaha! effort kot,pakai makeup"   

"ini bukan effort tapi error terus kau bagi keisya oiii...."haylina mengeluarkan cleanser makeup, dalam tas tangan warna khakis.

haylina ketawa memanjang,binggit telinga aku dengar,sampai aku dah basuh lipstik, hingga tunggu angka no suruh masuk dalam bilik naufi , ketawa dia tak habis lagi. 

Dari jauh aku terhendap-hendap pintu bilik  naufi ,hati aku berbunga-bunga ,teruja nak tahu keadaan dia sekarang,Sampai angka giliran aku ,melangkah masuk dalam bilik,

Tiga puluh minit jugak la kiteorang bertanya khabar,aku di istiharkan  oleh naufi menghidap penyakit, depression ,smile depression ,panic attack.

Mata aku kerja pandang siling warna putih,nak sedih benda dah jadi,nak ketawa risau terkeluar air mata,kang terus masuk hospital bahagia,sedangkan aku tak berapa pun bahagia hidup nih...

"aghh..."aku mengela nafas penat secara tiba-tiba,banyak betul penyakit aku.Yang aku tahu tentang keadaan dr naufi sekarang,dia dah nikah,ada anak 1...tu bukan kan aku lagi kurang semangat ha,ha,ha.

Haylina la paling nampak wajah kecewa bila dapat tahu yang mamat tu nikah tak invite,sebab katanya pihak perempuan terasa malu nak kenal sepupu sepapat yang low class datang majlis.

"Sorry la naufi aku golongan low class!...lagi pun bapak aku bukan orang senang,dia kerja jadi ,m.u.a tak setaraf famiy kau,...rezeki halal jugak bukan tak halal ,siap pakai gloves lagi kalau make up perempuan,"

haylina dah terbakar,dari  masuk pintu bilik ,tadi lah naufi sibuk sangat cakap ,pasal bini dia kaya-raya,dari keluaaga datok lah apa lagi..dia nak puji melangit ...

Kata-kata aku tak jangka keluar dari seorang doctor!...memang manusia itu boleh hati di bolak balik ,walau pun muka hansome tapi hati macam bontot kuali tak guna,

"Mana kau tahu! ..ayah kau tu suci macam kau percaya!.., yela,dah lembut macam sotong,lepas tuh.. suka sentuh-sentuh lelaki,Ehh...entah-entah ayah kau jual bontot kot bagi makan kau!"terka naufi,dengan riak muka selamba dia hina ayah haylina depan aku.

"AstagFirullaHal 'Aziim",...naufi apa mulut kau merepek ni!,aku cuma datang nak jumpa kau ,sebab aku sakit,!bukan sebab nak suruh kau hina ayah haylina"sembur aku,mengeletar tangan aku menahan nak hayun penampar  ke mulut naufi.

"Agaknya kau pun sama gologan rainbow tu ,sebab tu kau stress semacam kan."tutur  naufi lagi ,berlagak sungguh dah gaya mamat ni ,dah terlampau lebih nikmat dekat dunia ,sampai menghina orang lain.

"ehemmm...nak cakap pandai,kau memang belajar tinggi,tapi tak bermaksud...!! ,kau boleh hukum orang sesuka hati..yang kau cakap pada aku dengan haylina  sekarang fitnah ,dulu kau belajar agama ke tak ?...lain kali nak belajar tu biar belajar adap sesama manusia dulu !...,jangan jadi macam khinzir main hauk je cakap"

jari aku perlahan menarik pergelangan blous haylina ,ingin sagera beredar dari bilik hukuman,bukan lah tempat untuk aku dan haylina. dekat sini,makin lama duduk makin buat dosa ada la.

 sepantas lalu ,terkedu aku laju sahaja, tangan haylina menghempuk kepala naufi dengan fail yang berada atas meja,"Jom blah"haylina seret aku keluar bilik,

muka haylina tidak memaparkan apa-apa perasaan semasa berjalan,Berjalan  menuju ke  ,tempat tunggu ubat ,tak sampai lima minit kaunter panggil no,suruh ambik ubat,

 Keluar  daripada hospital haylina tak bercakap sepatah pun dengan aku,Aku cuma boleh  oder grab,untuk pergi petshop, mana tahu ...aku boleh pujuk dia,dengan haiwan-haiwan dekat sana,

     faham sangat , perasaan haylina sekarang.siapa yang tak marah!..,bila ayah stau-satu nya yang masih hidup di hina ,depan mata kepala sendiri,     anak kepada abang ,ayah haylina mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya,bukan lah ....strange  menghina kelurga tapi darah dagaing.

kecewa  aku!... pada  naufi   tetap ada bila dapat tahu dia sudah berkeluarga ,tapi aku lagi sakit lihat haylina di kena hina, depan mata secara live.

  Masa dalam kereta muka haylina redup,nampak sayu ,sepanjang perjalanan pergi pet shop,turn aku pulak meramas jari jemari dia,bila dia berpaling ,senyum yang selalu ceria hilang sekelip mata,

Dia menghala nafas,pura-pura senyum,sambung tengok luar tingkap balik,dari sisi aku tahu haylina ingin menagis,dia pun manusia bukan patung untuk pendam perasaan sepanjang masa,.

minah tuh...pura-pura kuat depan aku sepanjang dia berkawan dengan aku belum pernah nampak dia teriak menangis gila-gila  seperti aku.

Tiba depan kedai petshop, turun sahaja dari pintu  kereta, tersempak mamat pakai baju coat putih macam doctor, penuh dengan percikan darah  bertompo-tompok satu badan,

Mamat itu cuba membuka penutup tong sampah,tertapi  tong warna hitam bentuk bulat tiba-tiba  ,jatuh tergolek arah aku,Tangan aku mula dah mengigil,bila mamat tu laju melangkah datang arah aku nk kejar tong.

 muka di tutup dengan mask muka ,bertambah  cemas aku di buat nya tengok,jantung aku berdebar-debar ,berpeluh teruk,aku susah nak bernafas,korongkong tak berapa masuk oksigen dah,tangan aku pantas ,berpaut pada bahu haylina,lutut mengigil tak boleh berdiri,

Tak sampai sesaat mata aku tertutup gelap,"Tolong,..tolong... "suara haylina meminta tolong,Salah satu suara menjerit meminta kawannya turun dari pada kereta  wrana hitam yang mereka datang bersama.

"Emmeril kau lah handle,aku penat lah ,shiff aku baru je habis ,bagi la aku rest dalam kereta kau ,"bunyi merunggut ..."kau pun doctor jugak kan! ,boleh je tolong " langkah berbunyi tapak kasut, beserta suara lain agak keras berbunyi sebelah aku.

"Eden afreen...!"

" Aku doctor veterinary,doctor haiwan, bukan doctor manusia macam kau"selamba suara mendata tak ada perasaan,terangkan.

"Aku jugak ke?"ulang suara kasar tadi."yela,kau lah !habis tu sapa lagi nak check,tak akan aku?"

" nak suruh aku buat apa bius macam kucing dekat klinik aku,siot la kau eden...!bukan susah pun"gumam seorang lagi.Last aku tahu badan aku, dia anggkat ala-ala snow white,bau coffee hazelnut dan darah pada dada semerbak masuk lubang hidung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience