Rate

PART 2

Fanfiction - KPOP Series 499

apartmen...

Seorang pemuda berkulit putih pucat, mengenakan hoodie berwarna hitam sedang merenung gambar yang terletak dibingkainya.
Gambar itu merupakan gambar Zizi, orang yang didambakannya sekian lama.
Gambar itu ditenungnya tajam.

"Saranghae Zizi..." pemuda itu berbisik. Gambar tersebut diciumnya beberapa kali. Dia menghela nafas.
'Aku akan pastikan kau adalah milikku!' batinnya.

Sementara itu...

Zizi sedang mengadakan sesi photoshoot, ditemani oleh tunangnya JongIn. Semasa photoshoot berlangsung, mata JongIn ralit memerhatikan wajah manis Zizi, yang bakal menjadi suri hatinya. Bibirnya mengukir senyuman.
'Tak sia-sia aku memilihmu sayang!' batinnya.

  Zizi terasa diperhatikan. Dia menoleh kearah JongIn, yang ketika itu mengukir senyuman untuknya. Zizi membalas namun wajahnya memerah.

  JongIn bangun dari duduknya, menghampiri Zizi yang ketika itu sedang berehat sambil melayan Instagramnya. Bibirnya mengukir senyuman, bila melihat banyak komen-komen membina dari para peminatnya.

  "Amboi...senyum sendiri nampak? Ada apa-apa ke tu?" JongIn mengusik tunangnya.
Zizi terkekeh.
"Takdelah...ni haa...tengah baca komen peminat." jawab Zizi.
JongIn memerhatikan smartphone milik tunangnya. Bibirnya mengukir senyuman, perasaan bangga tersemat dihatinya.
"Amboi...banyaknya peminat, tapi aku juga yang bertuah sebab dapat memiliki hatimu baby..." ujar JongIn, seduktif bunyinya.
Wajah Zizi semakin memerah, malu kerana tunangnya berhabisan menggodanya.

Di apartmen...

Pemuda berhoodie itu khusyuk menonton televisyen. Wajah pujaan hatinya terpapar di skrin, namun bersama seorang lelaki iaitu tunangnya. Lelaki itu memeluk dan mencium wajahnya, menyebabkan pemuda itu menggetap bibir. Jarinya dikepal, tanda menahan amarah.

  Pasu bunga dicapai, lalu dibaling ke dinding. Pasu tersebut hancur berkecai. Matanya merah, tanda amarahnya yang membuak-buak.
'Aku takkan benarkan lelaki lain mendekatimu! Kalau aku nampak memang orang itu akan aku hancurkan!' batinnya marah.

  Keesokannya, pemuda berhoodie itu menghadiri kuliah seperti biasa. Mengenakan pakaian kemeja putih dan skinny jeans berwarna hitam, penampilannya amat menggoda sesiapa sahaja terutamanya yeoja. Namun hatinya seolah tertutup, kerana hanya satu nama sahaja di dalam hatinya, Zizi.

  "Selamat pagi Oh Sehun!" seorang makcik cleaner menegurnya.
Pemuda yang dipanggil Sehun itu tersenyum.
"Pagi juga ahjussi..." balasnya sambil tersenyum manis.

????????continue????????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience