BAB 2 :

Romance Series 9726

Tengku Aryan Izz Ukail melangkah lemah ke arah biliknya. Berita dari mamanya tadi benar ii menyeksa dirinya. Mama telah meminang anak kenalan papanya tanpa pengetahuannya. Alasannya cuma 'Umur kamu makin tua bukan makin muda.'

"Hurmmp." Izz mendengus kasar rambut diselak ke belakang. Kakinya menuju ke arah bilik air. Malam ini papa dan mama telah membuat perjumpaan dengan bakal menantunya itu.

'Aku akan pastikan perempuan tu tolak pinangan mamanya itu.' Senyuman sinis terbit di bibir.

***********************

Tok tok tok

Pintu bilik Zawa ditepuk oleh Puan Sri Raissa Mikayla.

"Ye ma?" Zawa memandang wajah mamanya itu.

"Zawa, mama harap kamu tak marah dengan apa yang mama nak sampaikan ni." Bertambah pelik Zawa bila mamanya berkata begitu.

Zawa hanya menganggukkan kepala.

"Sebenarnya kenalan papa hantar meminang untuk Zawa. Tanpa banyak fikir, papa dan mama pun terimalah pinangan tu. Lagipun anaknya itu baik orangnya. Mama dan papa cuma fikirkan masa depan Zawa je waktu tu."

Terbuntang mata Zawa.'What the fish!'.

"Mama and papa terima pinangan tu tanpa bagi tahu Zawa." Lembut suaranya ketika itu. Tidak mahu dicop sebagai anak derhaka.

Anggukkan kepala mamanya cukup untuk buat dia pengsan.

"Baiklah ma, kalau itu yang buat mama dan papa happy Zawa terima je kalau itu memang jodoh Zawa."

Tersenyum Puan Sri Raissa Mikayla saat anaknya itu menerima kata ii nya dengan baik.

"Baiklah, selepas isyak kita jumpa mereka. Nanti Zawa pakai baju yang mama sangkut tu ye." Zawa hanya menganggukkan kepala.

Selepas mamanya keluar dari biliknya, air mata yang ditahan saat ini gugur jua. 'Ya Allah, jika benar dia jodoh ku dekatkanlah dia kepadaku Ya Allah.'

Zawa menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Isyak sudah tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience